Peka kecewa dengan penahanan reman tiga Orang Asli di Gerik

0
88
Orang Asli demanding their rights - File photo courtesy of Komas

Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka) Malaysia telah menerima makluman bahawa bahawa pada hari ini 23 Julai 2019 pada jam lebih kurang 11.20 pagi, pihak polis bersama dengan syarikat pembalakan dan Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah memecahkan sekatan (blockade) Orang Asli di Kampung Sungai Papan/Air Laba, Gerik, Perak buat kali ketiga.

Dalam pada itu, pihak polis telah menahan tiga Orang Asli dari suku Temiar di kawasan berkenaan iaitu Johari Aleju, Pam Yeek dan Shukri Man.

Kami kecewa kejadian ini berlaku walaupun selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy. yang bertugas untuk menjaga kebajikan dan hak Orang Asli, sendiri memberikan kenyataan agar pihak polis tidak campur tangan dalam isu pertikaian tanah adat diantara syarikat yang menerima konsesi balak dan penduduk kampung Orang Asli Temiar itu seperti yang telah disiarkan oleh media pada 20 Julai 2019 yang lalu.

Pihak polis seharusnya bertindak menasihati pihak syarikat pembalak serta Jabatan Perhutanan Perak agar tidak bertindak melanggar undang-undang dan sepatutnya bertindak sebagai pendamai dan memberikan perlindungan kepada Orang Asli Temiar Kampung Sungai Papan/Air Laba, Gerik daripada diugut, dikasari atau dicederai oleh mana-mana pihak.

Di sini kami ingin memaklumkan bahawa tiga Orang Asli yang ditahan tersebut akan dibawa ke Mahkamah Majestrit Gerik pada Rabu, 24 Julai 2019 jam 8.30 pagi bagi permohonan reman oleh pihak polis. Oleh itu, kami ingin memohon agar pihak media dapat membuat liputan akan perkara ini.

(Visited 82 times, 1 visits today)
Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of