Pastikan setiap bangunan diguna dan tidak terbiar kosong (Malay/English)

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan agar memanfaatkan setiap bangunan yang dibina dan tidak menjadikannya terbiar kerana ia hanya akan merugikan negara memandangkan begitu banyak wang yang telah dibelanjakan untuk membinanya.

Akhbar tempatan pada Januari 2025 melaporkan bangunan Mahkamah Persekutuan yang berstatus warisan di tengah bandar raya Kuala Lumpur dibiarkan terbengkalai sehingga mencacatkan pemandangan indah di ibu kota.

Pada Disember 2024 dilaporkan kompleks bangunan pejabat kerajaan negeri di Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, Perak yang sebelum ini beroperasi untuk pelbagai urusan masyarakat itu kini terbiar kosong.

Di Pulau Pinang, kompleks pasar awam Batu Ferringgi yang terletak di Jalan Sungai Satu yang memulakan operasinya pada Ogos 2020 yang turut menyediakan medan selera, dewan serba guna, gelanggang badminton, ruang awam dan kemudahan-kemudahan lain yang serba lengkap itu kini juga terbiar.

Bangunan-bangunan terbiar ini tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja kerana ia perlu dibangunkan semula serta dimanfaatkan semula kerana ia akan memberikan gambaran negatif mengenai pengurusan harta negara.

Kerajaan mestilah membuat sesuatu untuk membaik pulih bangunan itu kerana ia boleh digunakan untuk manfaat lain dan jika dibiarkan kosong, mungkin lebih banyak kerosakan berlaku pada bangunan ini. Apabila berlaku kerosakan maka lebih banyak kos yang diperlukan untuk membaikinya.

Kerajaan boleh membuat penilaian terlebih dahulu untuk melihat sama ada ia sesuai digunakan semula atau perlu dirobohkan dan dibangunkan bangunan baharu. Jika ia boleh terus digunakan, kerajaan akan dapat menjimatkan perbelanjaannya.

Contohnya bangunan kuarters kakitangan Jabatan Perikanan Pulau Pinang di Batu Maung yang akan dirobohkan dan akan dibina semula, tetapi sehingga kini bangunan kuarters itu masih terbiar dan tidak dirobohkan.

Semua ruang dan bangunan kosong perlu dimanfaatkan demi untuk kelestarian alam sekitar, penggunaan sumber yang lebih cekap dan untuk pembangunan komuniti. Masalah ini tidak termasuk lagi bangunan yang terbiar akibat projek terbengkalai.

Bangunan yang terbiar ini juga ternyata merugikan rakyat yang sememangnya bergantung kepada bangunan yang dibina ini untuk mendapat kemudahan infrastruktur awam yang lebih baik serta boleh dimanfaatkan oleh mereka.

Walaupun bilangannya mungkin kecil sahaja tetapi ia tetap menjadi satu kerugian kepada negara dan pihak yang berkenaan lebih-lebih lagi kerana ia melibatkan wang rakyat yang bukan sedikit jumlahnya.
CAP menggesa agar pihak yang diberikan amanah dalam menguruskan bangunan terbiar ini melaksanakan tanggungjawab mereka dalam memastikan bangunan yang masih boleh digunakan untuk tidak membiarkannya tanpa dimanfaatkan.

Oleh itu, dalam masalah ini aspek pemantauan mestilah ditekankan bagi memastikan semua bangunan milik kerajaan persekutuan dan negeri digunakan sepenuhnya agar ia tidak terbiar begitu sahaja demi untuk manfaat bersama. – CAP

English version

Ensure every building is used and not left vacant

The Consumers’ Association of Penang (CAP) urges the government to make use of every building that has been constructed and not leave them abandoned, as this would only be a loss to the country, considering the large amount of money that has been spent on building them.

A local newspaper in January 2025 reported that the Federal Court building, which holds heritage status and is located in the heart of Kuala Lumpur, has been left abandoned, tarnishing the beautiful scenery of the capital city.

In December 2024, it was reported that the state government office building complex at Changkat Jong Road in Teluk Intan, Perak, which was previously operating for various purposes for the people, is now left abandoned.

In Penang, the Batu Ferringhi public market complex, located at Sungai Satu Road – which began operations in August 2020 and includes a food court, multi-purpose hall, badminton court, public spaces and other fully equipped facilities – is now abandoned.

These abandoned buildings should not be left as they are, as they need to be redeveloped and utilised. Leaving them vacant indicates poor asset management.

The government should take action to restore these buildings, as they can be used for other beneficial purposes. If left vacant, more damage may occur to the buildings. More cost will be required for repairs when damage occurs.

The government can conduct an assessment first to determine whether these buildings are suitable for reuse or need to be demolished and replaced with a new ones. If they can still be used, the government will be able to save on expenses.

For example, the staff quarters building of the Penang Fisheries Department in Batu Maung was supposed to be demolished and rebuilt. But until now, the quarters remain abandoned.

All empty spaces and buildings need to be utilised for the sake of environmental sustainability, more efficient use of resources and community development. This issue does not even include buildings left abandoned due to stalled projects.

These abandoned buildings clearly disadvantage people from accessing better public infrastructure and facilities. Although the number may be small, it still represents a loss to the country and the relevant authorities, especially since it involves a significant amount of public funds.

CAP urges the parties entrusted with managing these abandoned buildings to fulfil their responsibilities by ensuring that buildings that are still usable are not left unused.

Monitoring must be emphasised to ensure that all buildings owned by the federal and state  governments are fully utilised and not left abandoned. – CAP

Mohideen Abdul Kader is the president of the Consumers’ Association of Penang (CAP).

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments