[ENGLISH VERSION BELOW] Persatuan Pengguna Pulau Pinang mengalu-alukan cadangan dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12 untuk menggalakkan kemakmuran ekonomi, menghapuskan kemiskinan tegar, memerangi rasuah, meningkatkan kualiti hidup rakyat dan menangani krisis iklim.
Rancangan itu akan kekal sebagai pelan melainkan ia dilaksanakan dengan cekap dan berkesan untuk mencapai hasil yang diinginkan. Adalah menggalakkan memandangkan tidak seperti rancangan Malaysia sebelum ini, kajian separuh penggal memperuntukkan satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk memantau pelaksanaan dan mengenal pasti halangan bagi mencapai sasaran kajian separuh penggal.
Sumber yang diperuntukkan di bawah kajian separuh penggal bagi menaik taraf 1,200 klinik awam yang usang akan memberi manfaat kepada ramai golongan berpendapatan rendah yang tidak mampu untuk membayar rawatan di klinik dan hospital swasta. Pertambahan dana perlu diperuntukkan bagi penjagaan kesihatan awam untuk menambah baik kemudahan di hospital dan klinik awam yang memberi perkhidmatan kepada sebahagian besar penduduk. Pencegahan penyakit mestilah diberikan keutamaan yang tinggi melalui usaha bagi menjalankan program pendidikan dan kempen yang berkesan untuk menggalakkan kehidupan yang sihat.
Keterjaminan makanan kini menjadi isu global yang amat kritikal dan kajian separuh penggal meletakkan pertanian dan industri asas tani sebagai di antara lima sektor bernilai tinggi dengan pertumbuhan yang tinggi. Ini adalah satu langkah yang bijak kerana pada masa lalu pertanian makanan adalah keutamaan yang rendah. Malaysia terlalu bergantung kepada import makanan dan ini mestilah diperbetulkan untuk menjadi sebahagian besar keperluan makanan yang mencukupi untuk keperluan sendiri.
Pihak berkuasa perlu memberi insentif kepada golongan muda khususnya graduan pertanian untuk menceburi bidang pertanian dan memperkenalkan inovasi bagi meningkatkan produktiviti ladang. Pertanian organik dan pertanian bandar mestilah digalakkan bagi memenuhi keperluan makanan. Koperasi petani boleh ditubuhkan di bandar untuk memasarkan hasil petani tanpa melalui orang tengah dan menyediakan makanan yang lebih murah kepada pengguna.
Perumahan merupakan satu masalah yang utama terutama sekali di bandar-bandar besar. Matlamat kajian separuh penggal bagi menyediakan 500,000 rumah dalam jangkauan adalah amat dipuji sebagai satu langkah jangka pendek.
Kita memerlukan dasar perumahan yang meletakkan tanggungjawab utama kepada kerajaan untuk menyediakan perumahan yang merupakan satu keperluan asas. Dasar semasa memberikan tanah negeri dan persekutuan kepada pemaju swasta di bawah perjanjian usaha sama untuk membina rumah dan kondominium yang kebanyakannya mahal untuk orang kaya mestilah dihentikan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
Lembaga Perumahan Negara perlu ditubuhkan untuk membangunkan unit perumahan dan perniagaan untuk dijual atau disewa. Ia perlu mengutamakan unit perumahan dan sewaan sosial terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah, gelandangan dan pekerja yang datang ke pusat bandar untuk mencari pekerjaan.
Ia perlu membangunkan perumahan di atas tanah negeri dan persekutuan serta tanah milik pihak berkuasa awam. Tanah-tanah ini tidak boleh diberikan atau dijual kepada pemaju swasta bagi sebarang tujuan. Ia juga boleh memperoleh tanah untuk perumahan sosial dan membangunkan bank tanah bagi perumahan di seluruh negara.
Mengenai krisis iklim, kajian separuh penggal yang menerima pakai pelan penyesuaian nasional bagi menangani kesannya adalah dipuji tetapi ia sudah lama tertangguh. Kerajaan mestilah memperuntukkan dana yang mencukupi bagi langkah-langkah mitigasi dan penyesuaian. Tidak boleh ada penebangan hutan dan pembangunan di lereng bukit dan tanah tinggi yang mudah terjejas.
Segala cadangan aktiviti tebus guna pantai dan laut di Malaysia khususnya projek tambakan laut selatan Pulau Pinang (“PSI”) yang dirancang kerajaan negeri Pulau Pinang mestilah ditolak. Hanya aktiviti penambakan untuk perkhidmatan awam yang penting harus dibenarkan. Kawasan pesisir pantai yang telah rosak perlu dipulihkan dengan spesies pokok yang sesuai.
Kita perlu menghentikan rasuah dan menggalakkan tata kelola yang baik, ketelusan, akauntabiliti dan integriti di semua peringkat. Dalam hal ini, cadangan kajian separuh penggal untuk mereformasi tata kelola yang memberi tumpuan kepada undang-undang antirasuah dan perolehan kerajaan berdasarkan tender yang kompetitif dan terbuka boleh membantu mengurangkan rasuah dan ketirisan dana yang dimaksudkan untuk projek awam.
Pihak berkuasa mestilah memastikan perlindungan pemberi maklumat yang diperlukan untuk menjaga kepentingan awam dan menggalakkan budaya akauntabiliti dan integriti awam. Wang yang diletakkan di tempat berlindung cukai di bawah akaun tanpa nama mestilah dibawa balik dan mereka yang menghantar wang itu perlu dipertanggungjawabkan.
Mohideen Abdul Kader adalah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
English version
Ensure mid-term review proposals are implemented
The Consumers Association of Penang welcomes the proposals in the mid-term review of the 12th Malaysia Plan to promote economic prosperity, wipe out core poverty, fight corruption, improve the quality of life of our people and address the climate crisis.
The plan will remain only a plan unless it is implemented efficiently and effectively to achieve the desired outcomes.
It is encouraging that, unlike previous Malaysia plans, the mid-term review provides for a special committee to be set up to monitor the implementation and to identify the obstacles to achieving the mid-term review targets.
The resources allocated under the mid-term review to upgrade 1,200 dilapidated public clinics will benefit many in the lower-income group who cannot afford treatment in private clinics and hospitals. Increased funds should be allocated for public healthcare to improve the facilities in the public hospitals and clinics, which serve the vast majority of our population.
Disease prevention must be given high priority through conducting education programmes and effective campaigns to promote healthy living.
Food security is becoming a critical global issue and the mid-term review has placed agriculture and agro-based industries among the five high-growth high-value sectors. This is a wise move, as in the past, food agriculture had a low priority. Malaysia is overdependent on food imports and this must be corrected to become largely self-sufficient in food.
The authorities should provide incentives to young people, particularly agriculture graduates, to take up farming and introduce innovations to upgrade farm productivity. Organic agriculture and urban agriculture must be promoted to meet our needs for food. Farmer’s cooperatives can be set up in towns to market the farmers’ produce, without going through middlemen, and to provide cheaper food to consumers.
Housing is a major problem, particularly in the larger towns. The mid-term review goal of providing 500,000 homes within reach is commendable as a short-term measure. We need a housing policy that places primary responsibility on the government to provide housing, a basic need. The current policy of giving state and federal lands to private developers under joint-venture agreements to build mostly expensive houses and condominiums for the rich must be stopped.
A national housing board should be set up to develop housing and business units to sell or rent. It should prioritise social housing and rental units, especially for the lower-income groups, homeless and workers who come to city centres to seek employment. It should develop housing on state and federal lands and those lands belonging to public authorities. These lands should not be given or sold to private developers for any purpose. It can also acquire land for social housing and develop land banks for housing throughout the country.
On the climate crisis, the mid-term review’s adoption of the national adaptation plan to address its impacts is commendable but long overdue.
The government must allocate enough funds for mitigation and adaptation measures. There must be no deforestation and development on fragile hill slopes and highlands. All proposals for coastal and sea reclamation activities in Malaysia, especially the Penang southern reclamation project planned by the Penang state government, must be rejected. Only reclamation activities for essential public services should be allowed. Degraded coastal areas ought to be rehabilitated with suitable tree species.
We need to stop corruption and promote good governance, transparency, accountability and integrity at all levels. In this regard, the mid-term review’s proposal to reform governance focusing on anti-graft laws and government procurement based on competitive and open tenders could help to reduce corruption and leakages of funds meant for public projects.
The authorities must ensure the protection of whistleblowers who are needed to safeguard public interest and promote a culture of public accountability and integrity. Money parked in tax havens under anonymous accounts must be brought back and those sending the money made accountable.
Mohideen Abdul Kader is the president of Consumers Association of Penang (CAP)
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme