Pastikan 30% wanita di dalam kabinet; laksanakan pembaharuan ke arah kesamarataan gender

0

[ENGLISH VERSION BELOW] Joint Action Group for Gender Equality (JAG) menyeru kepada Pakatan Harapan untuk memastikan terdapat minima 30 peratus perwakilan wanita di dalam kabinet, dan melaksanakan pembaharuan perundangan dan institusi untuk mempromosi kesamarataan gender.

Pakatan Harapan (PH) telah berjanji di dalam manifesto mereka, untuk “memastikan sekurang-kurangnya 30% penggubal polisi terdiri daripada wanita”.

Pada malam sebelum pilihan raya, Dr Mahathir Mohamad berikrar untuk menamatkan diskriminasi terhadap wanita.

Tetapi, hanya 20% sahaja wanita yang diumumkan sebagai menteri kabinet setakat ini. Kabinet ialah badan penggubalan polisi yang tertinggi di negara ini. Maka, adalah sangat mustahak untuk wanita mempunyai suara di dalam Kabinet.

Jumlah wanita juga sangat sedikit di dalam barisan exco negeri Pulau Pinang, Selangor, Johor, Melaka, dan juga di dalam kabinet negeri Sabah. Hanya ada seorang sahaja wanita di dalam setiap barisan exco di negeri yang disebutkan tadi, kecuali exco negeri Selangor, yang mempunyai dua orang wanita. Itu hanyalah 9-20% perwakilan wanita di dalam tahap exco negeri.

Pakatan Harapan masih ada peluang untuk membetulkan keadaan di tahap persekutuan. Sekurang-kurangnya lima orang wanita harus dinamakan untuk jawatan menteri kabinet yang berbaki, jika jumlah kementerian adalah 25 keseluruhannya. Terdapat 21 orang ahli parlimen wanita yang berkebolehan, dan merupakan jumlah yang cukup untuk pertimbangan menteri kabinet.

Kami juga menggesa PH untuk memastikan sekurang-kurangnya 30% ketua setiausaha dan ketua pengarah kementerian dan jabatan kerajaan, untuk terdiri daripada wanita.

Pembaharuan undang-undang

Di samping memastikan suara wanita termasuk di dalam pembuatan keputusan, kita juga harus melaksanakan pembaharuan undang-undang untuk mempromosi kesamarataan gender.

PH telah berjanji di dalam manifesto mereka untuk “memastikan sistem perundangan melindungi hak wanita di sisi undang-undang dan maruah wanita”.

Sehubungan dengan kenyataan itu, kami mengesyorkan langkah-langkah yang berikut:

Pertama, gubal undang-undang baru, termasuklah Akta Kesamarataan Gender, Akta Gangguan Seksual, Akta Pekerja Domestik, dan perlindungan daripada hendapan (stalking).

Kedua, menilai semua undang-undang sedia ada dengan membuang peruntukan yang mendiskriminasi, dan menambah baik hak asasi.

Ini termasuklah pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan untuk memastikan kaum ibu mempunyai hak yang sama rata untuk memindahkan kewarganegaraan dan menambahkan perlindungan terhadap semua diskriminasi kelainan upaya dan juga peruntukan untuk hak kepada privasi. Undang-undang keluarga Islam juga harus dipinda untuk menegakkan keadilan dan kesamarataan untuk wanita Muslim.

READ MORE:  Vast majority of Malaysians favour policies supporting workplace gender equality - Survey

Ketiga, mansuhkan undang-undang yang mendiskriminasi dan menindas wanita, seperti perkahwinan bawah umur, ‘unilateral conversion’ dan rogol dalam perkahwinan – dan memastikan fatwa tidak mempunyai kuasa perundangan.

Pembaharuan institusi

PH juga harus memastikan bahawa negara Malaysia mempunyai institusi yang sesuai untuk memajukan kesamarataan gender dan pemerkasaan wanita.

Kementerian wanita harus menumpukan kepada hak asasi manusia dan kesamarataan gender, bukan mengukuhkan stereotaip bahawa kementerian wanita harus dikaitkan dengan keluarga, kanak-kanak dan kebajikan. Kuasa kmenterian untuk membuat keputusan tentang kemajuan wanita juga harus diperkuatkan.

Sekolah-sekolah di seluruh Malaysia harus mengajar pendidikan hak asasi manusia dan pendidikan seks yang selari dengan piawaian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

PH juga harus memperkuatkan dan memperkasakan jentera kerajaan dan organisasi yang bertindak balas terhadap isu kesamarataan gender. Hal ini termasuklah memberi peruntukan sumber yang mencukupi kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, One Stop Crisis Centre dan unit jenayah seksual polis.

Akhir sekali, semua kementerian mesti mengamalkan bajet responsif-gender untuk memperkuatkan kapasiti kerajaan untuk memajukan kesamarataan gender. Ini termasuklah larangan untuk menggunakan dana awam untuk meneruskan diskriminasi dan keganasan seksual dan gender.

Ketika pilihan raya umum 2018, ramai wanita keluar mengundi untuk perubahan, dan sebenarnya melebihi jumlah pengundi lelaki di hampir semua kawasan. Kerajaan baru telah membuat janji yang jelas untuk mempromosi kesamarataan gender di dalam Buku Harapan, dan sebahagian daripada janji-janji ini termasuklah untuk menangani halangan berbentuk institusi, struktur, perundangan, sosial, kebudayaan dan agama.

Kami menuntut kerajaan baru untuk melakukan perubahan seperti yang dijanjikan.

Disokong oleh organisasi-organisasi JAG berikut :

Women’s Aid Organisation (WAO)
All Women’s Action Society (Awam)
Association of Women Lawyers (AWL)
Justice for Sisters
Perak Women for Women (PWW)
Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower)
Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
Sabah Women’s Action Resource Group (Sawo)
Sarawak Women for Women Society (SWWS)
Sisters in Islam (Sis)
Tenaganita
Women’s Centre for Change (WCC Penang)

English version

Ensure 30% women in cabinet and undertake reforms for gender equality

The Joint Action Group for Gender Equality (JAG) calls on Pakatan Harapan (PH) to ensure a minimum of 30% women’s representation in cabinet and to reform laws and institutions to promote gender equality.

READ MORE:  GBM’s message for International Women’s Day 2020

PH had promised in their manifesto to “ensure that at least 30% of policy makers are women.”

Moreover, on the eve of the elections, Dr Mahathir Mohamad pledged to end discrimination against women.

Yet, only 20% of the cabinet ministers announced so far are women. The cabinet is the highest policymaking body of the country; thus it is imperative that women have a say in the cabinet.

Women are also glaringly missing in the line ups of the state executive councils of Penang, Selangor, Johor, and Malacca and in the Sabah state cabinet. There is only one woman as representative in each of these, with the exception of the Selangor state executive council, which has two women. That is a mere 9-20% of women’s representation at state executive council level.

PH can still make things right at the federal level. At least five more women need to be named for the remaining cabinet minister posts, if there are 25 ministries in total. There are a sufficient number of capable women MPs among the 21 PH women MPs for their consideration.

We also urge PH to ensure that at least 30% of secretary-generals and director-generals of ministries and government departments are women.

Law reform

In addition to ensuring women’s voices are included in decision-making, we must also reform laws to promote gender equality.

PH had promised in its manifesto to “ensure the legal systems protect women’s legal rights and dignity”.

To that end, we recommend the following:

Firstly, enact new laws including a Gender Equality Act, a Sexual Harassment Act, a Domestic Workers Act, and protection against stalking.

Secondly, review existing laws to remove discriminatory provisions and enhance rights.

This includes amending the Federal Constitution to ensure mothers have equal right to confer citizenship and adding protection against discrimination based on disability, as well as a provision on the right to privacy. And amending Islamic family laws to uphold justice and equality for Muslim women.

READ MORE:  Household chores: Ministry’s posters reinforce negative gender stereotypes

Thirdly, abolish laws that discriminate against and oppress women such as child marriage, unilateral conversion, and marital rape — and ensure that fatwas do not have the force of law.

Institutional reform

PH must also ensure that the nation has the appropriate institutions to advance gender equality and women’s empowerment.

The women’s ministry must focus on human rights and gender equalit, and not reinforce stereotypical associations of women with family, children, and welfare. The ministry’s authority to make decisions on women’s advancement must also be strengthened.

Schools across Malaysia must also teach human rights education and sex education that are aligned with United Nations standards.

PH must also strengthen and empower government machinery and organisations responding to gender equality issues. This includes providing adequate resources to Jabatan Kebajikan Masyarakat, One-Stop Crisis Centres, and the sexual crimes unit of the police.

And lastly, all ministries must practise gender-responsive budgeting to strengthen the government’s capacity to advance gender equality. This should include prohibitions in using public funds to perpetuate sexual and gender-based violence and discrimination.

In the 2018 general election, many women came out to vote for change, and in fact, outnumbered male voters in almost all constituencies. The new government made explicit promises to promote gender equality in its Buku Harapan, and some of these promises included addressing institutional, structural, legal, social, cultural, and religious barriers.

We now demand that the new government delivers on the change it promised.

Endorsed by the following JAG organisations :

Women’s Aid Organisation (WAO)
All Women’s Action Society (Awam)
Association of Women Lawyers (AWL)
Justice for Sisters
Perak Women for Women (PWW)
Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower)
Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
Sabah Women’s Action Resource Group (Sawo)
Sarawak Women for Women Society (SWWS)
Sisters in Islam (Sis)
Tenaganita
Women’s Centre for Change (WCC Penang)

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments