Parlimen perlu bersidang semula dan memerangi Covid sebagai Pasukan Malaysia (Malay/English)

12 views

Kami, selaku kumpulan masyarakat sivil yang menandatangani di bawah ini, mengalu-alukan rayuan Azalina Othman Said yang tegas dan jelas agar Parlimen Malaysia bersidang semula dan ahli-ahli Parlimen bekerjasama dalam menangani krisis Covid, yang mana selari dengan suara daripada pelbagai parti politik dan masyarakat madani.

Desakan untuk menangani krisis kesihatan global tidak sewajarnya dijadikan alasan untuk melumpuhkan struktur pemerintahan bertanggungjawab yang merupakan tunjang dalam demokrasi berperlembagaan negara ini. Azalina dalam kenyataannya menjelaskan langkah-langkah betul dapat dilaksanakan untuk mengatasi atau mengurangi risiko dan terdapat beberapa contoh amalan diperingkat antarabangsa yang boleh diteladani.

Para penggubal undang-undang serata dunia telah menyesuaikan diri dengan cara kerja baharu untuk terus memastikan pemantauan ke atas tindak balas memerangi Covid yang dilaksanakan pemerintahan mereka. Walaupun langkah-langkah baharu ini masih dalam proses untuk diperhalusi, kita dapat lihat bahawa parlimen mampu dan akan memberi keseimbangan antara keperluan memastikan demokrasi berfungsi dan menjaga keselamatan awam.

Parlimen Malaysia boleh mencontohi amalan pelaksanaan persidangan secara maya seperti di parlimen UK dan tempat duduk secara fizikal yang disesuaikan mengikut keperluan dengan kaedah pengundian yang baharu. Jika langkah-langkah baharu ini memerlukan pindaan di dalam peraturan majlis mesyuarat parlimen yang sedia ada, hal ini boleh diuruskan dengan mudah jika semua parti bersetuju.

Misalannya, cukup bilang di dalam Dewan Rakyat adalah seramai 26 ahli, tidak termasuk pengerusi Dewan (mengikut peraturan majlis mesyuarat 13). Dengan persetujuan dikalangan semua parti, kehadiran minimum ahli parlimen yang diperlukan untuk hadir boleh dibuat untuk meluluskan sebarang pindaan yang diperlukan di dalam peraturan majlis mesyuarat.

Dewan Rakyat seharusnya boleh diberikan kebenaran untuk bersidang dan menjalankan urusannya di luar interpretasi harfiah peraturan-peraturan majlis mesyuarat (sepertimana di Australia, Indonesia dan Perancis), memandangkan tatacara dan resolusi dewan masih kekal sah walaupun dewan tidak sepenuhnya mematuhi peraturannya sendiri (rujuk peraturan majlis mesyuarat 99A).

Selanjutnya, Speaker juga mengekalkan budi bicara interpretasi yang signifikan dalam pelaksanaan peraturan dewan (lihat peraturan-peraturan majlis mesyuarat 99 dan 100). Oleh itu, selagi wujudnya persetujuan dikalangan ahli-ahli dewan, maka tidak timbul persoalan yang boleh menghalang persidangan tidak boleh dijalankan secara digital mahupun persidangan fizikal mengikut kesesuaian keadaan.

READ MORE:  MCO 3.0 seems good but....

Melihat beban Covid yang semakin memudaratkan negara ini, adalah sesuatu yang menyentuh hati melihat Azalina bersuara membangkitkan hal ini merentasi batasan parti politik, amalan yang hanya memihak kepada pemenang dan mencadangkan langkah-langkah sementara bagi memastikan wakil rakyat yang dipilih dianggap rakan kerjasama di dalam perjuangan ini.

Kami menyokong sepenuh hati seruan beliau agar sokongan kewangan tambahan, kerjasama dikalangan parti-parti politik dan perkongsian data untuk/dengan semua ahli Parlimen.

Berhubung kebimbangan bahawa pembukaan Parlimen akan membawa kepada usul undi tidak percaya kepada perdana menteri dan kerajaan, kami memuji kesediaan Azalina yang telah menyediakan saranan untuk mengatasi kemungkinan kebuntuan tersebut.

Beberapa pilihan telah dicadangkan untuk memudahkan kerjasama antara parti dan sememangnya setiap cadangan membawa risiko dan cabaran yang tersendiri. Selain daripada cadangan kerajaan perpaduan atau kabinet darurat, terdapat juga cadangan untuk mewujudkan perjanjian keyakinan dan perbekalan (confidence and supply agreement).

Kami tidak mahu membahaskan kelebihan pilihan-pilihan yang berbeza ini. Memadai untuk dikatakan bahawa sudah tiba waktunya para pemimpin daripada semua parti berganding bahu untuk mencapai persetujuan dengan syarat-syarat yang akan membebaskan Parlimen bagi menjalankan fungsi perundangan, perwakilan dan pemantauan yang telah diberikan mandat oleh Perlembagaan.

Dalam perenggan pembukaannya, Azalina telah membicarakan kegagalan pihak kerajaan untuk membalas surat yang dihantar kepada peguam Negara pada bulan Februari 2021. Azalina merupakan seorang ahli Parlimen, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, pemimpin kanan dalam partinya dan beliau juga pernah berkhidmat dengan pelbagai jawatan di dalam pentadbiran kerajaan. Jika beliau tidak diendahkan pihak kerajaan, maka siapa lagikah yang layak menyuarakan perihal ini?

Sudah tiba masanya Parlimen dibuka dan diberikan semula peranan pengawasannya. Sekarang merupakan waktu yang kritikal untuk semua parti meninggalkan beban parti masing-masing dan bekerjasama demi mengatasi krisis kesihatan awam yang paling serius yang pernah dihadapi negara ini.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Seed Community for a Professional Parliament, sebuah rangkaian aktivis dan organisasi masyarakat awam serta ahli akademik yang memperjuangkan Parlimen profesional bagi mewujudkan persaingan polisi yang sihat antara parti-parti.

English version

Reconvene Parliament and fight Covid as Team Malaysia

We the undersigned civil society groups welcome Azalina Othman Said’s bold and eloquent appeal for Parliament to reconvene and for MPs to work collaboratively in the battle against the Covid crisis, which is consistent with the voices of many across the political divide and civil society.

READ MORE:  Government has set a dangerous precedent - 10 former Bar chiefs

The exigencies of responding to a global health pandemic were never reason enough to cripple the structures of accountable governance that are the bedrock of our constitutional democracy. As Azalina succinctly lays out, measures can be put in place to address or mitigate risks, and there are international examples from which to learn.

Legislatures across the globe have adapted to new ways of working to continue oversight of their government’s Covid response. Although these new measures remain works in progress, they tell us that even in these times of crisis, parliaments can and do balance the need to keep democracy functioning with the need to keep people safe.

The Malaysian Parliament can draw from the UK parliament’s implementation of virtual and adapted physical sittings, and its new voting methods. If new measures require changes to the current standing orders of Parliament, this can be easily managed if all parties are in agreement. For example, the quorum of the Dewan Rakyat is 26 members, excluding the chair (standing order 13). With cross-party consensus, only the quorum minimum of MPs needs be present to pass any necessary amendments to its standing orders.

In any event, the Dewan Rakyat may convene and conduct business outside of the strict letter of its standing orders (as in Australia, Indonesia and France), because proceedings and decisions of the House may remain legal even where the House has not fully complied with its own rules (see standing order 99A).

Further, the Speaker retains significant interpretive discretion in the application of the rules of the House (see standing orders 99 and 100). Ultimately, so long as the members of the House are in agreement, there is no reason that proceedings cannot be conducted through virtual or adapted physical sittings.

As the burden of Covid wears down this nation, it is heartening to see Azalina rise above and reach across our system of binary, winner-takes-all politics and propose interim measures to ensure that our elected representatives are partners in this fight. We wholeheartedly endorse her call for additional financial support, cross-party collaboration and data sharing for and with all MPs.

READ MORE:  ‘Parliament Virtual Run’ - giving people the runaround

Regarding the fear that reconvening Parliament could lead to motions of no confidence against the incumbent prime minister and government, we applaud Azalina’s willingness to step into the breach with suggestions to overcome the stalemate.

Several options have been suggested to facilitate cross-party collaboration and each carries its particular risks and challenges. Apart from the suggestion of a unity government or emergency cabinet, there is the proposal of a confidence and supply agreement. We do not wish to debate the relative merits of these different options here. Suffice to say, it is time for the leaders of all parties to come together to agree on terms that free up Parliament to carry out its constitutionally mandated legislative, representational and oversight functions.

In her opening paragraph, Azalina spoke of the failure of those in government to respond to her letter to the attorney general in February 2021. Azalina is a sitting member of Parliament, a Deputy Speaker of the Dewan Rakyat, a senior leader in her party and has served in government in multiple administrations. If not to her, then to whom will the government respond when it is freed from the shackles of parliamentary scrutiny?

It is time to unlock Parliament and reinstate its oversight role. It is time for all parties to leave their partisan baggage at the door, engage collaboratively and in good faith to overcome the most serious public health crisis this country has ever faced.

This statement is initiated by the Seed Community for a Professional Parliament, a network of individuals active in civil society organisations, think tanks and academia working towards a professional Parliament that facilitates healthy policy competition between parties.

Endorsed by:
1. Bait Al-Amanah
2. Bersih 2.0
3. Engage
4. Ideas
5. Pusat Komas
6. Reform

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments