Parlimen harus memanjangkan jangka hayat sembilan jawatankuasa pilihan khasn (Malay/English) – Perintis Parlimen Profesional

[ENGLISH VERSION BELOW] Kami, selaku kumpulan masyarakat madani yang menandatangani kenyataan ini, menyeru Dewan Rakyat untuk melanjutkan jangka hayat sembilan buah jawatankuasa pilihan khas parlimen (JPKP) sehingga akhir penggal Parlimen ke-14.

Penggal bagi sembilan buah jawatankuasa ini akan tamat pada 10 November, kerana penubuhannya dilakukan melalui usul yang diluluskan di Dewan Rakyat pada 11 November 2020, yang memberi mereka mandat selama dua tahun.

Kami menegaskan bahawa pelanjutan perlu dilakukan pada minggu pertama mesyuarat Parlimen untuk membolehkan jawatankuasa tersebut merancang gerak kerja mereka melangkaui tarikh 10 November. Walaupun mandat mereka akan terhenti secara automatik apabila sesebuah pilihan raya dipanggil, gerak kerja mereka tidak harus dihalang oleh permainan tekaan tarikh pilihan raya.

Kami seterusnya menegaskan, setiap kementerian harus dipantau oleh sekurang-kurangnya sebuah jawatankuasa parlimen dan jawatankuasa tersebut harus bersifat kekal dan bukannya bersifat sementara (dipanggil “khas”) seperti yang sedia ada.

Jawatankuasa berasaskan kementerian sedemikian (dipanggil “jawatankuasa jabatan” di UK) boleh meningkatkan kedua-dua ketelusan dan kebertanggungjawaban kementerian serta kualiti penggubalan undang-undang dan dasar.

Sembilan buah jawatankuasa pilihan khas ini yang mungkin tamat mandatnya dalam tempoh kurang dua bulan ini adalah yang bertanggungjawab ke atas (1) kebebasan asasi dan hak-hak di bawah Perlembagaan, (2) kewangan dan ekonomi, (3) keselamatan, (4) agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, (5) pertanian dan perdagangan dalam negeri, (6) pembangunan infrastruktur, (7) pendidikan, (8) hal ehwal wanita dan kanak-kanak dan pembangunan sosial dan (9) kesihatan, sains dan inovasi.

Kami menyeru 10 orang ahli parlimen yang berada dalam jawatankuasa pemandu Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai transformasi dan kestabilan politik untuk memastikan sebuah usul diluluskan untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan sembilan buah jawatankuasa pilihan khas ini. Jika sembilan buah jawatankuasa ini dibubarkan secara tidak sengaja kerana usul tidak diluluskan tepat pada masanya, perkara 3.2 dalam jadual MoU mengenai perluasan jawatankuasa parlimen akan tercabul.

Dewan Rakyat mempunyai 10 buah jawatan pilihan khas. Terakhir, Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Hal Ehwal Antarabangsa ditubuhkan pada Oktober 2021 dan tempoh perkhidmatannya tidak akan tamat sebelum Parlimen berakhir pada 15 Julai 2023.

READ MORE:  Penubuhan kaukus parlimen demokrasi pelbagai parti (Malay/English)

Kami menegaskan, terdapat sembilan buah portfolio kementerian yang tidak dipantau oleh mana-mana jawatankuasa pilihan khas, termasuk alam sekitar, sumber manusia, sumber asli dan perpaduan negara. Komitmen kerajaan untuk menggalakkan matlamat pembangunan mampan dengan menubuhkan pusat untuk tujuan ini adalah tidak boleh diyakini apabila tiada sebuah pun jawatankuasa pilihan khas mengenai matlamat pembangunan mampan, perlindungan alam sekitar atau keterangkuman sosial (lebih luas daripada hal ehwal wanita dan kanak-kanak).

Tambahan pula, jawatankuasa pilihan khas semasa ditugaskan untuk beberapa kementerian, yang mana menghalangnya daripada berfungsi secara optimum. Yang paling teruk ialah Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Pembangunan Infrastruktur, yang meliputi kerja raya, pengangkutan, pembangunan luar bandar, dan perumahan dan pihak berkuasa tempatan. Maka, perlu wujudnya sebuah jawatankuasa pilihan khas untuk setiap kementerian-kementerian penting ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga harus bertanggungjawab kepada sebuah jawatankuasa pilihan khas mengenai hal ehwal pilihan raya, bukannya kepada Jabatan Perdana Menteri.

Kami menggesa jawatankuasa pemandu MoU untuk menunaikan tiga janji yang masih tidak ditunaikan yang telah lama tertunggak: pindaan perlembagaan untuk menetapkan had tempoh jawatan 10 tahun perdana menteri (perkara 2.3), meluluskan akta perkhidmatan parlimen (perkara 3.1) dan pindaan kepada peraturan mesyuarat parlimen (perkara 3.4).

Bagi memastikan prosiding parlimen dijalankan dengan teratur dan berkesan, peraturan mesyuarat Dewan Rakyat mesti dipinda untuk menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa tetap bagi kesemua kementerian dan agensi utama.

Kenyataan ini adalah inisiatif Komuniti Perintis untuk Parlimen Profesional, sebuah jaringan individu yang aktif dalam kumpulan masyarakat madani, badan pemikir dan akademia yang memperjuangkan sebuah Parlimen yang profesional bagi mewujudkan persaingan dasar yang sihat antara pelbagai parti.

Ditandatangani oleh:

  • Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih)
  • Engage Network
  • Wisdom Foundation
  • Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas)
  • Bait Al-Amanah
  • Persatuan Pengundi Muda (Undi18)
  • Institute for Political Reform and Democracy

English version

Parliament must extend lifespan of nine parliamentary special select committees

We, the undersigned civil society groups, call on the House of Representatives to extend the lifespan of nine parliamentary special select committees until the end of 14th Parliament.

READ MORE:  Better power-sharing through Parliament than a unity government

These nine special select committees’ terms would stand to expire on 10 November 2022, as their establishment was done through a motion passed in the House on 11 November 2020, which gave them a two-year tenure.

We stress that the extension should take place in the first week of the parliamentary meeting to allow the special select committees to plan their works ahead beyond 10 November 2022. While their mandate would stop automatically when an election is called, their work should not be obstructed by the election guessing game.

We further point out, every ministry should be scrutinised by at least one parliamentary committee and such committees should be permanent (called “standing”) instead of temporary (called “special”) as the current ones are.

Such ministry-based committees (called “departmental committees” in the UK) can enhance both transparency and accountability of the ministries as well as the quality of law and policymaking.

The nine special select committees which may have their mandate ended in less than two months are those in charge of (1) fundamental liberty and constitutional rights, (2) finance and the economy, (3) security, (4) agencies under the Prime Minister’s Department, (5) agriculture and domestic trade, (6) infrastructural development, (7) education, (8) women and children’s affairs and social development and (9) health, science and innovation.

We call upon the 10 MPs sitting on the steering committee of the Memorandum of Understanding (MoU) on transformation and political stability to ensure a motion is passed to extend the tenure of these nine special select committees. If these nine special select committees are unintentionally disbanded because a motion is not passed in time, item 3.2 on the MoU’s schedule on expanding parliamentary committees would be violated in spirit.

The House of Representatives has 10 special select committees. The last one, the Special Select Committee on International Relations, was formed in October 2021 and its tenure would not expire before Parliament expires on 15 July 2023.

READ MORE:  The parliamentary reforms we need after the coming general election

We point out, there are nine ministerial portfolios that are left unscrutinised by any special select committee, including environment, human resources, natural resources and national unity. The government’s commitment to promote sustainable development goals by setting up a centre to oversee these goals is not credible when there are not even special select committees on sustainable development goals, environmental protection or social inclusion (wider than women and children’s affairs).

Further, special select committees are tasked with [overseeing] several ministries, preventing them from functioning optimally. The worst was the Special Select Committee on Infrastructural Development that covered public works, transport, rural development, and housing and local authorities. There should be one special select committee for each of these important ministries.

The Election Commission should also be made answerable to a special select committee on electoral matters, instead of the Prime Minister’s Department.

We urge the MoU steering committee to honour the three unfulfilled promises that are long overdue: the constitutional amendment to establish a 10-year tenure limit on the prime minister (item 2.3), the passing of a parliamentary services act (item 3.1) and an amendment to the parliamentary standing orders (item 3.4).

To ensure that parliament proceedings are conducted orderly and effectively (teratur dan berkesan), the House of Representatives’ standing orders must be amended to set up standing departmental committees for all ministries and key agencies.

This statement is initiated by the Seed Community for a Professional Parliament, a network of individuals active in civil society organisations, think tanks and academia working towards a professional Parliament that facilitates healthy policy competition between parties.

Signed by:

  • The Coalition for Free and Fair Elections (Bersih)
  • Engage Network
  • Wisdom Foundation
  • Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas)
  • Bait Al-Amanah
  • Persatuan Pengundi Muda (Undi18)
  • Institute for Political Reform and Democracy


AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments