[ENGLISH VERSION BELOW] Pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap ribuan rakyat Palestin yang tidak bersalah, termasuk wanita, kanak-kanak dan orang awam oleh tentera Israel di Gaza hanya boleh berlaku dengan kerjasama dan sokongan aktif kerajaan dan tentera AS.
Oleh itu, kami, sekumpulan NGO, ingin menyuarakan kekecewaan kami dengan keputusan kerajaan Malaysia, yang walaupun lantang menyokong perjuangan Palestin, namun mengambil sikap ‘berurusan-seperti-biasa’ dengan tentera AS.
Ini kerana ia telah membenarkan kapal induk tentera laut USS Carl Vinson dan kapal tentera laut AS yang lain berlabuh di Pelabuhan Kelang.
Keputusan ini adalah seolah-olah memberi isyarat yang jelas bahawa sokongan Malaysia kepada rakyat Palestin tidak perlu dipandang serius oleh AS.
Ia juga memberi isyarat bahawa tentera mana-mana negara yang dengan berani melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan banyak resolusi PBB dengan membolehkan penyembelihan kejam oleh Israel terhadap rakyat Palestin, masih dialu-alukan oleh kerajaan Malaysia.
Kami menyeru kerajaan Malaysia untuk segera mengamalkan konsistensi dalam dasarnya ke arah perjuangan rakyat Palestin yang adil dan sah, untuk mengotakan kata-katanya dan seterusnya memaklumkan kepada kerajaan AS bahawa selepas ini, tiada satu pun kapal dan aset tenteranya dialu-alukan untuk melawat perairan negara kita – sehingga dan melainkan AS menghentikan keterlibatan aktifnya dengan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
English version
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
NGOs disappointed over visit of USS Carl Vinson
The ongoing genocide of thousands of Palestinian innocents, including women, children and other non-combatants, by the Israeli military in Gaza could only take place with the complicity and active support of the US government and military.
We therefore note with great dismay that the Malaysian government, despite its very vocal pro-Palestinian stance, has chosen to take a ‘business-as-usual’ attitude with the US military by allowing the naval carrier USS Carl Vinson and other US Navy vessels to dock at Port Klang.
This is an apparent signal that Malaysia’s support for the Palestinians is not to be taken seriously and that the military of any country that brazenly violates international humanitarian law and numerous UN resolutions by enabling the wanton slaughter by Israel of Palestinians can still expect to be welcomed in Malaysia.
We call on the Malaysian government to immediately adopt some consistency in its policy towards the just and legitimate struggle of the Palestinian people, to ‘walk the talk’ and consequently inform the US government that henceforth, none of its military vessels and assets will be welcomed to visit our shores – until and unless the US stops its active complicity with the genocide in Gaza.
Endorsed by:
- BDS Malaysia
- Haluan
- Centre for Human Rights Research and Advocacy (Centhra)
- Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia (Agenda)
- International Movement for a Just World (Just)
- Pertubuhan Mawaddah Malaysia
- Volunteering Trip Malaysia (VTM)
- Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia
- Palestinian Cultural Organization of Malaysia (PCOM)
- Pertubuhan Harmoni Bersatu Miri
- Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
- Citizens International
- Muslim Volunteer Malaysia (MVM)
- Sejagat
- Movement for Monetary Justice, Malaysia
- Ikram Muda Malaysia
- Palestine Centre of Excellence (Pace)
- Allied Coordinating Council of Islamic NGOs – Malaysia (Accin)
- Muslim Care Malaysia
- Medicom Malaysia
- Pertubuhan Intelektual Perlis
- Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia cawangan Malaysia (KUMS)
- Viva Palestina Malaysia (VPM)
- Ikram
- Aliran
- Palestine Solidarity of Penang (PSP)
- Persatuan Mantan Profesor Universiti Malaya (PMPUM)
- Center for Peace and Sustainability
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme