NGO kecam pembungkaman suara masyarakat sivil / NGOs condemn repression of civil society voices

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Kami, pihak yang menandatangani kenyataan ini yang terdiri daripada NGO, pertubuhan masyarakat sivil, pertubuhan berasaskan komuniti, kumpulan mahasiswa, aktivis serta ahli masyarakat sivil, mengecam dengan tegas langkah-langkah siasatan yang keterlaluan diambil terhadap Mandiri dan Hayat pada bulan ini dengan pembekuan akaun bank peribadi pengarah Mandiri Amir Hadi dan Dobby Chew serta akaun organisasi Mandiri dan Hayat, di samping sekatan perjalanan yang dikenakan ke atas Amir Hadi dan Chew yang menghalang mereka daripada meninggalkan negara.

Tindakan ini dilihat sebagai satu tindakan terbaharu hasil daripada corak tindakan represif yang berterusan ke atas pertubuhan masyarakat sivil pada tahun ini dan menunjukkan suatu gambaran yang menakutkan Malaysia sedang kembali kepada zaman gelap penindasannya terhadap organisasi masyarakat sivil.

Latar belakang

Pada Mei 2026, wujud dakwaan tanpa bukti yang tular di alam maya terhadap Mandiri yang mendakwa bahawa pertubuhan ini menerima pembiayaan asing bagi menjalankan aktiviti politik dan penyebaran maklumat palsu, dengan dakwaan tujuannya adalah untuk menggugat kestabilan pentadbiran negara dan akhirnya menjatuhkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Dakwaan ini telah diperbesarkan oleh ketua Angkatan Muda Keadilan dan setiausaha politik kepada Anwar Ibrahim, Muhammad Kamil Abdul Munim, yang mengeluarkan kenyataan media rasmi yang mengaitkan isu tersebut dengan dakwaan campur tangan asing, kedaulatan negara dan keselamatan negara.

Malahan, Kamil turut menggesa pihak berkuasa supaya menggunakan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktivit Terhad dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla) dalam menyiasat dakwaan-dakwaan tersebut.

Berikutan kritikan awam terhadap kenyataan Kamil, beliau kemudiannya mengalihkan tumpuan kepada dakwaan penyalahgunaan atau penyelewengan dana dengan menyatakan bahawa kebimbangannya bukanlah berkenaan pembiayaan asing itu sendiri.

Peguam yang mewakili Mandiri dan Amir telah menghantar surat tuntutan kepada Kamil yang menuntut supaya Kamil menarik balik dakwaan tersebut, memohon maaf secara terbuka dan menerbitkan penarikan balik serta permohonan maaf tersebut secara umum.

Kamil enggan mematuhi tuntutan tersebut.

Mandiri dan Amir seterusnya memulakan prosiding fitnah terhadap Kamil. Kes tersebut masih dalam proses perbicaraan di hadapan mahkamah.

Sejak awal lagi, Mandiri telah menyatakan secara terbuka bahawa pihaknya tidak melakukan sebarang kesalahan dan bersedia untuk bekerjasama sepenuhnya sekiranya terdapat siasatan yang sah.

Walaupun dakwaan tersebut serius dan terdapat seruan awam supaya agensi penguatkuasaan bertindak selama berbulan-bulan, [sehingga 14 September] tiada seorang pun daripada Mandiri, para pengarah atau kakitangannya dipanggil atau disoal siasat oleh polis, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Bank Negara atau pihak berkuasa berkaitan lain berhubung dakwaan tersebut.

Tiada sebarang pertuduhan jenayah, dapatan pengawalseliaan atau dapatan negatif lain dibuat terhadap Mandiri atau kakitangannya sepanjang tempoh tersebut.

Pada September 2026, Amir dan Dobby dimaklumkan bahawa mereka berdua telah disekat daripada meninggalkan Malaysia. Pada masa sekatan perjalanan tersebut dimaklumkan, Amir dan Dobby masih belum dipanggil untuk disoal siasat berkenaan sebarang dakwaan kesalahan. Malah, sehingga kini [14 September], Amir dan Dobby masih belum diberikan penjelasan yang jelas mengapa sekatan perjalanan tersebut dikenakan atau dakwaan sebenar yang menjadi asas tindakan tersebut.

Selanjutnya pada bulan yang sama, didapati bahawa akaun bank peribadi Amir dan Dobby, bersama dengan akaun organisasi Mandiri dan Hayat, telah dibekukan. Pembekuan akaun-akaun ini menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding dakwaan yang mula tular pada bulan Mei.

Perkembangan ini amat membimbangkan memandangkan Kamil sendiri telah menggesa pihak berkuasa supaya menggunakan Amla terhadap Mandiri dalam kenyataan yang dikeluarkannya pada 17 Mei.

Pembekuan akaun-akaun organisasi ini bukan sahaja memberikan kesan kepada Amir dan Dobby, malah menjejaskan keupayaan Mandiri dan Hayat untuk menjalankan kewajipan organisasi yang biasa dan sah, termasuk pembayaran gaji, perbelanjaan program serta komitmen operasi yang lain.

Risiko penindasan suara masyarakat sivil

Sehingga kini [14 September], tiada notis rasmi atau penjelasan diberikan kepada mana-mana pihak yang terlibat berkenaan asas pembekuan akaun atau sekatan perjalanan tersebut. Tiada seorang pun daripada pihak-pihak yang terlibat dipanggil untuk disoal siasat berhubung sebarang siasatan oleh mana-mana agensi pengawalseliaan atau penguatkuasaan, yang menimbulkan persoalan tentang kesahihan langkah-langkah ini.

Logik di sebalik sekatan perjalanan misalnya adalah untuk memastikan seseorang itu tidak melarikan diri daripada negara dan akan dapat membantu siasatan. Jadi mengapakah kerajaan menyekat Amir dan Dobby daripada meninggalkan Malaysia tanpa memanggil mereka untuk disoal siasat?

Tambahan pula, tiada mana-mana pihak yang terlibat menerima sebarang notis rasmi berkenaan perintah pembekuan akaun yang dikenakan terhadap mereka. Mereka hanya dimaklumkan tentang asas pembekuan akaun tersebut melalui surat daripada bank masing-masing.

READ MORE:  Fear is not a form of governance

Kami mengakui bahawa langkah-langkah keras seperti pembekuan akaun bank dan sekatan perjalanan mungkin diperlukan dalam keadaan tertentu bagi membantu siasatan terhadap sebarang kesalahan. Namun realiti ini harus dilihat bersama-sama dengan risiko penindasan terhadap ahli kumpulan masyarakat sivil.

Dalam situasi seperti ini, kami berpendirian bahawa kerajaan memikul beban yang lebih besar untuk menggunakan kuasa ini secara berhati-hati dan menjunjung ketelusan bagi mengelakkan sekatan terhadap kebebasan bercakap, bersuara dan berpersatuan yang sah.

Corak penindasan yang lebih luas

Tindakan yang diambil terhadap Amir, Dobby, Mandiri dan Hayat hanyalah lanjutan tindakan terbaharu dalam suatu corak penindasan yang lebih luas terhadap suara masyarakat sivil.

Pada tahun ini sahaja, kita turut menyaksikan perkara-perkara berikut telah berlaku:

  • Mantan ketua pegawai eksekutif C4 Center, Pushpan Murugiah, bersama beberapa orang wartawan dan ahli akademik, dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berhubung siasatan di bawah seksyen 124B Kanun Keseksaan, iaitu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.
  • Aktivis alam sekitar Shakila Zen dari Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) dipanggil oleh pihak polis atas sebab satu hantaran media sosial yang kononnya memfitnah institusi diraja Pahang, bagi siasatan bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan (fitnah jenayah) dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian).
  • Pengerusi Bersih Faisal Abdul Aziz, pengarah eksekutif Bersih Asraf Sharafi, pegawai advokasi Bersih Anas Nor’azim dan ahli jawatankuasa pemandu Bersih Alyaah Hani disekat daripada memasuki Sabah.

Secara keseluruhannya, insiden ini merupakan gambaran suram tentang kebebasan bercakap dan bersuara di Malaysia pada hari ini. Hal ini telah memberikan gambaran yang menakutkan tentang Malaysia, yang sedang mengalami kemerosotan hak asasi manusia.

Dan masyarakat sivil perlu mengambil pendirian tegas bagi mencegah kemerosotan ini berterusan, khususnya terhadap kebebasan yang telah kita perjuangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Corak ini perlu dilihat sebagai satu petanda awal bagi kebebasan bersuara dan tidak boleh menjadi pencetus kepada penindasan yang lebih ketat pada masa hadapan, agar kita tidak kembali kepada zaman gelap di mana penindasan berlaku secara berterusan terhadap pertubuhan masyarakat sivil.

Tuntutan kami

Justeru itu, kami menyeru kerajaan supaya memberikan penjelasan yang telus dan jelas berhubung asas tindakan yang diambil terhadap Amir dan Dobby, serta organisasi Mandiri dan Hayat.

Penjelasan ini harus merangkumi keperluan sebenar mengapa langkah-langkah drastik sebegini digunakan terhadap mereka dan sekiranya tiada asas yang sah, kerajaan harus menarik balik perintah pembekuan akaun dan sekatan perjalanan tersebut.

Langkah-langkah keras ini tidak seharusnya digunakan secara sewenang-wenangnya memandangkan tindakan ini akan mengancam keupayaan ahli masyarakat sivil untuk melaksanakan tugas mereka sebagai pembela hak asasi manusia, demokrasi dan kedaulatan undang-undang.

Selain itu, kerajaan mesti komited untuk mengkaji semula undang-undang yang membolehkan kuasa siasatan digunakan tanpa pengawasan yang mencukupi seperti di bawah Amla dan Akta Imigresen 1959/63.

Kami menyeru kerajaan supaya mengesahkan bahawa undang-undang jenayah tidak akan digunakan untuk membungkam kebebasan bersuara, perbezaan pandangan dalam politik, dan kritikan yang adil terhadap kerajaan.

Sekiranya kita ingin membina sebuah Malaysia yang demokratik dan matang, kerajaan Anwar Ibrahim tidak boleh dibenarkan mengulangi taktik zalim yang sama yang digunakan oleh pentadbiran kerajaan terdahulu.

Kami berdiri teguh bersama-sama dengan semua rakan seperjuangan kami yang terkesan dan berdiri tegas menentang sebarang percubaan kerajaan untuk membungkam kami.

English version

NGOs condemn repression of civil society voices

We, the undersigned NGOs, civil society organisations, community-based organisations, student groups, activists and members of civil society, strongly condemn the heavy-handed investigative measures taken against Mandiri and Hayat this month, freezing the personal bank accounts of Mandiri directors Amir Hadi and Dobby Chew, and the organisational bank accounts of Mandiri and Hayat, as well as the travel restrictions placed on Amir and Dobby, barring them from leaving the country.

These actions are the latest in a pattern of repressive actions taken against civil society this year, and are a frightening vision of a Malaysia in regression to its darkest days.

Background

In May 2026, unsubstantiated attacks against Mandiri surfaced online, alleging that the organisation had received foreign funding to conduct political and disinformation activities with the alleged objective of destabilising the administration and ultimately bringing down Prime Minister Anwar Ibrahim.

These attacks were amplified by the then chief of Angkatan Muda Keadilan and political secretary to Anwar Ibrahim, Muhammad Kamil Abdul Munim – who issued a formal media statement linking the issue to allegations of foreign interference, national sovereignty and national security.

READ MORE:  Soft digital repression: New challenges and strategies for resistance

Kamil also urged the authorities to invoke the Anti-Money Laundering, Anti- Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001 (Amla) in investigating the allegations.

Following public criticism of Kamil’s statement, Kamil subsequently shifted the emphasis towards alleged misuse or misappropriation of funds, stating that the concern was not foreign funding itself.

Lawyers acting for Mandiri and Amir issued a letter of demand to Kamil demanding that Kamil retract the allegations, issue a public apology and publish the retraction and apology publicly.

Kamil declined to comply with the demands.

Mandiri and Amir subsequently commenced defamation proceedings against Kamil. The case is pending before the court.

From the outset, Mandiri publicly stated it had committed no wrongdoing and was fully prepared to cooperate with any legitimate investigation.

Despite the seriousness of the allegations and public calls for action by enforcement agencies, for months [as at 14 September], neither Mandiri nor its directors or staff were summoned or questioned by the police, the Malaysian Anti-Corruption Commission, Bank Negara or other relevant authorities concerning these allegations. No criminal charges, regulatory findings or other adverse findings were made against Mandiri or its personnel during this period.

In September, Amir and Dobby were informed that both had been barred from travelling outside Malaysia. At the time the travel restrictions were discovered, neither Amir nor Dobby had been called in for questioning concerning any allegations of wrongdoing. To this day [14 September], Amir and Dobby have not been provided with a clear explanation as to why the travel restrictions had been imposed or the precise allegations forming the basis of the action.

Subsequently, in the same month, it was discovered that the personal bank accounts of Amir and Dobby, together with the organisational bank accounts of Mandiri and Hayat had been frozen.

The freezing of the accounts represented a significant escalation from the allegations that first emerged in May. This development is particularly concerning given that Kamil had specifically urged the authorities to use Amla in relation to Mandiri in the statement issued on 17 May 2026.

The freezing of the organisational accounts also has consequences beyond Amir and Dobby. It affects the ability of Mandiri and Hayat to carry out ordinary and legitimate organisational obligations, including payment of salaries, programme expenditure and other operational commitments.

Risk of repressing civil society voices

To date [14 September], no formal notice or explanation has been given to any of the parties involved regarding the basis for the freezing of accounts or the travel bans. None of the parties have been summoned for questioning regarding any investigations by any regulatory or enforcement agency, which calls into question the legitimacy of these measures.

The logic of a travel ban, for instance, is to ensure that persons do not abscond from the country and will be able to assist with an investigation. So why has the government restricted Amir and Dobby from leaving Malaysia without summoning them for questioning [as of 14 September]?

Additionally, none of the parties involved received any formal notice of the account freezing orders made against them. They were only informed of the basis for the freezing of their accounts through a letter from their bank.

We acknowledge that harsh measures such as the freezing of bank accounts and travel bans may be necessary under certain circumstances to facilitate investigations into wrongdoing.

But this reality must be considered in tandem with the risk of repressing civil society actors.

In situations like this, we hold that the government has a greater burden to use these powers carefully and to uphold transparency to avoid clamping down on legitimate freedom of speech, expression and association.

Broader repression

The actions taken against Amir, Dobby, Mandiri and Hayat are only the latest in a broader pattern of state suppression of civil society voices.

Just this year, we have also seen the following:

  • The then CEO of C4 Center, Pushpan Murugiah, along with several journalists and academics, was summoned to Bukit Aman Police Headquarters in connection with an investigation under section 124B of the Penal Code (activity detrimental to parliamentary democracy).
  • Environmental activist Shakila Zen from Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) was summoned by the police over a social media post that allegedly defamed the Pahang royal institution, for an investigation under section 500 of the Penal Code (criminal defamation) and section 233 of the Communications and Multimedia Act 1998 (improper use of network facilities).
  • Bersih chair Faisal Abdul Aziz, Bersih executive director Asraf Sharafi, Bersih advocacy officer Anas Nor’azim and Bersih steering committee member Alyaah Hani were banned from entering Sabah.
READ MORE:  Open mic for Penang: Residents 'rant and rave' about state's growing pains

Taken together, these incidents paint a grim picture of freedom of speech and expression in Malaysia today. This presents a frightening vision of a Malaysia in regression.

And civil society must take a stand to prevent further decline of the hard-fought freedoms we have won over the past few years.

This pattern should be viewed as a canary in the coal mine for freedom of speech, and must not be a precursor of more stringent repression in the future, lest we return to the darkest days of state suppression of civil society.

Our demands

As such, we call upon the government to provide an explanation of the grounds for these actions to be taken against Amir, Dobby, Mandiri and Hayat. This explanation must include a clear explanation of a genuine need to use such drastic measures against them.

If there is no legitimate basis, the government must lift the account-freezing orders and the travel bans.

These harsh measures must not be used so frivolously, as they will cause serious threats to the ability of civil society actors to perform their duty as defenders of human rights, democracy and rule of law.

Further, the government must commit to a review of the laws that enable investigative powers to be used without sufficient oversight, such as those under Amla and the Immigration Act 1959/63.

We call upon the government to affirm that criminal law shall not be used to silence free speech, political dissent and fair critique of the government.

If we wish to build a mature democratic Malaysia, the Anwar Ibrahim government cannot be allowed to reuse the same draconian tactics employed by previous administrations.

We stand together in solidarity with all our affected comrades, and stand firm against any attempts by the government to silence us.

14 September 2026

Joint released by:

  1. Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)
  2. Agora Society Malaysia
  3. Aliran
  4. All Women’s Action Society (Awam)
  5. Angkatan Kesatuan Siswa Sosialis (Aksi)
  6. Angkatan Kesatuan Siswa Sosialis (AksiI)
  7. Article 19
  8. Association of Women Lawyers (AWL)
  9. Bersih Sabah
  • Beyond Borders
  • Borneo komrad
  • Buku Jalan Chow Kit
  • Cahaya Society
  • Centre for Independent Journalism (CIJ)
  • Citizens International
  • CSO Platform for Reform
  • Demokrat UM
  • Diversity Inclusivity Equity Malaysia (DIEM)
  • Family Frontiers
  • Federasi Pemuda Kebangsaan
  • Freedom Film Network
  • Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih)
  • Gabungan Mahasiswa Islam Se- Malaysia (Gamis)
  • Gempur Rasuah Sabah
  • Gerakan Anak Muda Tuntut Hak Rakyat Sabah (Gegar)
  • Gerakan Belia Sepunjabi Malaysia
  • Gerakan Perempuan Melawan
  • Greater Equitable Measures (Gem)
  • Greenpeace Malaysia
  • Hayat
  • Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (Haram)
  • Ikatan Anak Muda Tawau (Ikat)
  • Islamic Renaissance Front (IRF)
  • Justice for Sisters
  • Kemban Kolektif
  • KLSCAH Civil Rights Committee (KLSCAH-CRC)
  • KLSCAH Youth
  • KMUiTM
  • Kolektif Feminis Malaysia
  • Liga Mahasiswa Malaysia
  • Liga Mahasiswa UM
  • Liga Mahasiswa UniSZA
  • Liga Mahasiswa USM
  • Liga Mahasiswa UTM
  • Liga Rakyat Demokratik (LRD)
  • Malaysia East Coast Coalition of Activists
  • Malaysian Cannabis Awareness Association
  • Malaysian United Democratic Alliance (Muda)
  • Malaysian Youth Generation Organisation (MYGO)
  1. Mandiri
  • Martabat Untuk Semua Petaling Jaya
  • Mekar Club
  • Muda Selangor, Bahagian Selayang
  • Neo Siswa UM
  • New Generation Universiti Malaya
  • Ohmsi Sdn Bhd
  • Pacos Trust
  • Pangrok Sulap
  • Bersama
  • Parti Sosialis Malaysia (PSM)
  • Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa)
  • Persatuan Kesaksamaan Demi Kedamaian Rakyat Sejagat (Sedarjat)
  • Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower)
  • Pertiwi Progresif
  • Pertubuhan Mahasiswa Kongres Gombak (Congress)
  • Pro-Siswa Kolej Komuniti Dan Politeknik
  • Project Stability and Accountability for Malaysia (Projek Sama)
  • ProSiswaKkP
  • Pusat Komas
  • Reformasi Mahasiswa UTM (formUTM)
  • Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia (RRAAM)
  • Ruang Lawan Malaysia
  • Sekretariat Lawan Dua Darjat
  • SIS Forum (Malaysia)
  • SPARC UTEM
  • Student Against Corruption and Wrongdoings (Sacaw)
  • Studio Persekutuan
  • Suara Mahasiswa UMS (SMUMS)
  • Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
  • Suara Siswa UiTM
  • Tenaganita
  • Teoh Beng Hock Association for Democracy
  • Teroka
  • The Bangsart
  • The Center to Combat Corruption And Cronyism (C4)
  • Umany
  • Undi18
  • Women’s Aid Organisation

 

 

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted