Mengapa tiada pendakwaan dilakukan ke atas polis melakukan jenayah?

Kerajaan perlu memberi fokus untuk memartabatkan semula nama pihak polis agar institusi itu dipandang tinggi dan dihormati

19 views

Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict) mempersoalkan mengapa pihak polis tanpa rasa segan boleh mengeluarkan kenyataan bahawa tiada pertuduhan jenayah diambil ke atas para anggota polis yang didakwa ditahan tiga bulan lalu dalam keadaan positif dadah, memiliki dan mengambil air ketum serta memiliki bahan lucah pornografi.

Kejadian itu berlaku pada 20 Julai 2021 didalam premis balai polis di Kajang ketika satu serbuan dilakukan oleh Bukit Aman.

Hal ini sangat mengecewakan dan pada masa sama menimbulkan kebimbangan tentang bagaimana perilaku jenayah yang dilakukan anggota polis tidak didakwa dibawah Kanun Keseksaan sepertimana orang awam diperlakukan.

Kami sesungguhnya percaya pertuduhan boleh dibuat terhadap anggota-anggota yang terlibat tersebut di bawah Seksyen 119,120A, 143, 269, 270, 290, 292(a) Kanun Keseksaan secara tambahan kepada apa-apa pertuduhan dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ini menguatkan lagi hujah mengenai betapa pentingnya penubuhan IPCMC [independent police complaints and misconduct commission] seperti yang telah disyorkan oleh suruhanjaya diraja yang ditubuhkan pada tahun 2004 agar IPCMC dapat melakukan siasatan yang telus dan melakukan pendakwaan terhadap para anggota polis yang bermasalah dan melakukan jenayah.

Adalah amat jelas bahawa pihak polis tidak boleh diharapkan dalam menyiasat para anggota mereka sendiri. IPCMC perlu ditubuhkan dengan kadar segera memandangkan ia adalah satu-satunya suruhanjaya bebas yang mempunyai kuasa yang kuat untuk mengheret para anggota yang jelas melakukan kesalahan untuk dibawa ke muka pengadilan.

Edict juga ingin menegaskan bahawa Rang Undang-Undang IPCC [independent police conduct commission] yang ingin dibentang oleh pihak kerajaan adalah satu rang undang-undang yang lemah serta tidak bertaring. IPCC jika dilaksanakan, tidak akan mampu melakukan siasatan yang telus dan lengkap serta tidak boleh membawa kepada pendakwaan sepertimana yang boleh dilakukan oleh IPCMC.

READ MORE:  Are police being denied welfare rights?

Oleh itu, kami menolak rang undang-undang IPCC ini.

Kami menggesa agar rang undang-undang IPCMC tahun 2005 dapat dibentangkan di Parlimen supaya suruhanjaya ini dapat ditubuhkan memandangkan siasatan melalui suruhanjaya ini bersifat telus, berkuasa dan berintegriti serta dapat menyiasat dan mendakwa anggota polis melakukan apa-apa perlakuan salahlaku.

Persepsi umum berkenaan maruah dan integriti polis kini ditahap yang sangat tercemar dan tidak dihormati. Kerajaan perlu memberi fokus untuk memartabatkan semula nama pihak polis agar institusi itu dipandang tinggi dan dihormati. – Edict

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments