Mengapa polis tahan pengkritik MB Kedah pada musim pandemik ini?

166 views

Eliminating Deaths and Abuse In Custody Together (Edict) merujuk beberapa laporan media yang melaporkan mengenai penahanan ke atas pengkritik-pengkritik menteri besar Kedah yang berlaku baru-baru ini. Setakat ini sudah tiga orang ditahan akibat mengkritik menteri besar Kedah tersebut.

Penahanan pertama adalah ke atas lelaki berusia 61 tahun yang dilakukan pada jam 3.57 pagi 9 ogos. Edict ingin mengecam tindakan polis yang melakukan penahanan pada awal pagi ketika warga emas tersebut sedang tidur hanya kerana satu kesalahan politik seperti ini. Ini adalah satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan serta diluar kewarasan akal manusia.

Penahanan ini adalah jelas satu tindakan yang tidak wajar memandangkan perkara ini boleh dilakukan secara sivil tanpa menggunakan kuasa polis. Menteri besar Kedah adalah manusia biasa seperti orang awam lain yang mana tindakan dan kelakuannya adalah layak dikritik.

Tambahan pula, kritikan-kritikan tersebut berpunca daripada kata-kata dan tindakan menteri besar itu sendiri yang mempermainkan dan menghina orang awam yang terkesan dengan Covid. Namun mengapa tiada apa-apa tindakan diambil ke atas menteri besar Kedah berikutan kenyataannya yang mengguris hati ahli keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang akibat Covid tersebut?

Edict menggesa pihak polis agar tidak mengambil tindakan di luar batasan dan jangan bersikap gelojoh dalam melaksanakan tugas. Pihak polis seharusnya memberikan fokus kepada kes-kes jenayah yang sebenar yang memerlukan perhatian yang lebih penting dan bukannya melakukan intimidasi ke atas orang awam yang mengkritik salahlaku pemimpin kerajaan. Tindakan menyiasat pengkritik politik adalah satu pembaziran masa dan kos awam. – Edict

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments