
[ENGLISH VERSION BELOW] Kreativiti dan inovasi kerap dipuji sebagai pencetus kemajuan dalam dunia teknologi, perubatan, komunikasi, seni dan banyak lagi.
Ianya sering dilihat sebagai alat untuk memacu perkembangan ekonomi dan sosial.
Tetapi apa yang lebih penting ialah ia harus menjadi alat bagi membentuk kehidupan yang lebih bermakna. Dua nilai ini boleh dimanfaatkan untuk mencipta naratif bagi menjadikan kehidupan kita lebih berhala tuju murni. Ia dapat berfungsi sebagai pemangkin dalam mendorong kehidupan yang baik berdasarkan prinsip keadilan, keterangkuman dan kemampanan.
Hari Kreativiti dan Inovasi Sedunia disambut pada 21 April. Pada hari yang bermakna ini marilah kita merenung makna kreativiti dan inovasi yang lebih mendalam, dan meneliti bagaimana kita boleh menggunakan anugerah ini untuk mengubah kehidupan kita, mengatasi cabaran zaman kini serta menyelesaikan masalah yang mengancam masa depan kita, dan dengan bermatlamat muktamad untuk memelihara dan meningkatkan kemanusiaan.
Berinovasi secara beretika: Kecerdasan buatan (AI) yang kini menjadi arus perdana boleh menghasilkan algoritma berat sebelah dan teknologi yang mengancam keselamatan, privasi dan kewujudan manusia.
Prof Geoffrey Hinton, saintis komputer yang merupakan salah seorang ‘godfather’ pembangunan AI, telah menyuarakan kebimbangan bahawa sistem AI yang berkuasa boleh menjadikan manusia pupus.
AI juga berpotensi untuk menghasilkan semula maklumat yang berat sebelah, atau mendiskriminasi terhadap beberapa kumpulan sosial. Penggunaan AI yang tergesa-gesa menghasilkan sistem perkauman dan gender yang berat sebelah, dan mewujudkan polarisasi masyarakat.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
Syarikat teknologi berlumba-lumba untuk membina sistem AI yang lebih berkuasa sementara penyelidikan terhadap keselamatan AI jauh ketinggalan. Teknologi ini memerlukan pemikiran semula yang mendalam.
Mencipta dengan hati nurani: Telefon pintar merupakan satu lagi teknologi moden yang mewujudkan kebimbangan yang serius. Kita tidak mempunyai kawalan memadai ke atas maklumat peribadi yang dikumpul oleh telefon pintar daripada kita, contohnya data lokasi boleh digunakan untuk mengesan tingkah laku dan pergerakan kita.
Aplikasi, laman sesawang, malah sistem operasi telefon itu sendiri, menjejaki kita sepanjang masa bukan sahaja untuk perkhidmatan lokasi, tetapi juga pengiklanan yang disasarkan.
Telefon bimbit kini merampas perhatian, masa dan kesejahteraan kita, sekali gus mengawal kita lebih daripada apa yang kita fikirkan. Dan ia telah menjadi alat bagi menyebar berita palsu, pembulian siber, penipuan dan pornografi.
Telefon bimbit juga mewujudkan sisa yang tidak diperlukan dan berlebihan kerana banyak telefon tidak dikitar semula dan melakukannya mungkin membahayakan manusia dan planet ini.
Telefon pintar merevolusikan kehidupan kita tetapi apakah tempiasnya?
Menyediakan kesaksamaan untuk semua: Ciptaan baharu dan kemajuan teknologi merupakan pemacu utama penciptaan kekayaan bagi inovator dan pelabur, memburukkan lagi ketidaksamaan kekayaan.
Sektor teknologi telah menyaksikan bilangan “usahawan tekno” (technopreneurs) dan jutawan yang amat banyak telah muncul dalam beberapa dekad kebelakangan ini.
Di AS, terdapat kebimbangan bahawa AI akan meningkatkan jurang ketidaksamaan kekayaan dan pendapatan yang begitu besar yang sudah pun dialami oleh negara itu dengan mewujudkan gelombang baharu usahawan teknologi jutawan yang terkemuka dan berpengaruh serta, pada masa yang sama, menolak ramai pekerja keluar daripada pekerjaan bergaji yang lebih tinggi.
Inovasi tidak seharusnya mencipta kekayaan hanya untuk orang tertentu sahaja. Kemajuan sebenar mestilah membawa kekayaan yang saksama bagi semua.
Membina masyarakat yang berdaya tahan: Kreativiti dan inovasi mendorong kita untuk mencipta bukan hanya bagi diri kita sendiri tetapi bagi generasi yang akan datang.
Bagaimana kita menggunakannya akan menentukan bagaimana masa depan kita terbentuk. Marilah kita menggunakannya dengan penuh pertimbangan dan tanggung jawab bagi kemajuan sebenar dan membangun masyarakat yang kuat yang dapat menghadapi cabaran dunia kita yang semakin berubah.
Mencabar status quo (keadaan sedia ada): Berdepan dengan kerumitan dan kesukaran kehidupan moden, sesetengah masyarakat hari ini telah mencabar status quo dan berjaya menggunakan kreativiti sebagai kuasa komunal untuk kemajuan kolektif dan kehidupan yang lebih baik.
Di setengah pelusuk dunia, malah juga di Malaysia, terdapat komuniti yang dengan penuh inspirasi telah menghasilkan penyelesaian akar umbi yang inovatif kepada masalah yang dihadapi masyarakat. Dipupuk oleh kerjasama dan pertukaran perspektif, mereka berjaya menyelesaikan masalah alam sekitar, sosial dan ekonomi. Usaha sebegini wajar dicontohi.
Cari jalan yang lebih baik: Kreativiti bukan semata-mata ekspresi seni atau ciptaan, ia adalah intipati daripada apa maknanya menjadi manusia. Kita boleh mencari cara untuk hidup lebih baik, serta melindungi alam sekitar.
Contohnya mengurangkan sisa, memikirkan semula tabiat penggunaan atau menerima pakai teknologi mesra alam yang baharu. Terdapat banyak amalan yang menggabungkan imaginasi dan kepintaran, yang individu, syarikat dan penggubal dasar boleh contohi dan menerima pakai bagi manfaat semua.
Kukuhkan ekonomi tempatan:
- Hasilkan pengeluaran makanan kita sendiri bagi berdikari dan keterjaminan, bukannya bergantung kepada import.
- Galakkan pertanian bandar sebagai alternatif kepada sistem pertanian makanan semasa yang bukan hanya mewujudkan pembaziran, tetapi juga memisahkan komuniti, dengan kawasan luar bandar menjadi pengeluar utama makanan dan kawasan bandar terpaksa bergantung kepada bekalan makanan daripada luar, dengan demikian mewujudkan jurang antara bandar dan luar bandar.
- Amalkan pendekatan dari kebun ke meja. Ubah cara kita mendapatkan sumber makanan dengan membeli hasil segar secara langsung dari kebun. Sistem ini mengutamakan kemampanan, ketelusan dan komuniti. Pada masa yang sama, ia mengurangkan pembaziran, mengurangkan jarak pergerakan untuk penghantaran makanan, dan membina hubungan yang lebih kuat dalam kalangan komuniti.
- Sokong perusahaan milik komuniti yang mempromosikan kehidupan mampan (contohnya koperasi yang berfungsi sebagai perantara masyarakat untuk pembelian dan penjualan hasil tanaman dan produk mesra alam) untuk menyokong ekonomi kitaran tempatan.
- Community currency atau mata wang komuniti (sistem pertukaran tempatan yang menggunakan mata wang tanpa bunga, yang diedar dan digunakan di lokaliti tertentu yang ditetapkan oleh masyarakat setempat) merupakan inovasi akar umbi yang menyokong peruncit dan membina kemasyarakatan, kini digunakan di banyak tempat. Tujuannya adalah untuk mendukung dan membangun masyarakat yang lebih setara, terhubung dan berkelanjutan. Mata wang komuniti menjadi alternatif kepada mata wang negara yang rasmi, dengan matlamat menggalakkan perbelanjaan dalam ekonomi tempatan. Konsep ini telah wujud selama beberapa dekad dan terdapat beribu-ribu mata wang komuniti di dunia pada masa kini.
Simpan benih untuk memelihara warisan pertanian
Di banyak negara membangun, termasuk Malaysia, petani telah menggunakan proses yang kreatif untuk mengekalkan kepelbagaian benih di kebun mereka dengan memilih dan mengekalkan kualiti benih dalam usaha untuk terus menanamnya di masa depan. Benih ini dipelihara secara turun-temurun.
Rizab benih komuniti yang mengumpul benih dan dikelola oleh komuniti sendiri, juga telah ditubuhkan untuk menyokong penyimpanan dan pertukaran benih oleh petani. Menyimpan benih adalah satu pendekatan yang mengurangkan pergantungan kepada pengeluar benih komersial, berpotensi menjimatkan wang dan menggalakkan amalan sara diri dalam pertanian.
Hidup secara mampan
- Guna semula barangan lama, seperti menggunakan semula balang kaca sebagai bekas simpanan atau untuk menanam. Ini mampu dibuat oleh setiap individu.
- Pembungkusan mesra alam dan sistem guna semula. Pasar raya dan peniaga tempatan boleh menggunakan pembungkusan semula jadi bagi hasil kebun (contohnya daun pisang) seperti mana yang diamalkan di Thailand dan Vietnam. Ini adalah satu penyelesaian yang baik untuk alam sekitar dan alternatif kepada pembungkusan plastik yang mengancam kesihatan. Untuk mengurangkan pencemaran plastik, kita perlu menjadikan sistem guna semula sebagai satu norma.
Di kala kita meraikan para artis, pencipta, pemikir dan penggerak perubahan, marilah kita bertanya diri sendiri bagaimana kita juga boleh menyumbang, dan apakah idea baharu yang boleh kita terokai, untuk membawa perubahan sebenar dalam kehidupan.
Marilah kita mencabar potensi yang luas dan tidak terbatas yang kita miliki untuk berinovasi berlandaskan nilai yang murni, dalam usaha untuk mencipta dunia yang benar-benar lebih baik untuk diri kita dan generasi akan datang. – CAP
English version
Create for real good, innovate not to decimate
Creativity and innovation – hailed for advancements in technology, medicine, communication, art and more – are often seen as tools for social and economic progress.
But what is important is that they become tools for meaningful living.
These two values can be harnessed to create narratives that give our existence profound purpose. They can serve as catalysts for fostering good living based on the principles of fairness, inclusivity and sustainability.
World Creativity and Innovation Day falls on 21 April. On this day, let us reflect on the deeper meaning of creativity and innovation, and examine how we can use these gifts to transform our lives, overcome the challenges of our times and solve the problems that threaten our shared future, with the ultimate aim of preserving and enhancing humanity.
Innovate ethically: Artificial intelligence (AI), which is now mainstream, can yield biased algorithms that cause harm and technologies that threaten security, privacy and even human existence.
Prof Geoffrey Hinton, a computer scientist regarded as one of the ‘godfathers’ of AI development, has expressed concern that powerful AI systems could make humans extinct.
AI also has the potential to reproduce biased information or discriminate against some social groups. Rushed applications of AI have resulted in systems with racial and gender biases, creating polarisation.
Tech companies are racing to build ever more powerful AI systems while research into AI safety lags far behind. This technology needs a good rethink.
Create with a conscience: The smartphone is another modern tech that poses serious concerns.
We have little control over the personal information our smartphones collect from us, eg location data, which can be used to track our movements and behaviour. Apps, websites and even the phone’s operating system itself track us all the time not only for location services but also targeted advertising.
The mobile phone now hijacks our attention, time and wellbeing, controlling us more than we think. And it has become a tool for fake news, cyber-bullying, scams and pornography.
Mobile phones also create unnecessary and excessive waste. Many phones do not get recycled, and those that do may be harming people and the planet.
Smartphones revolutionise our lives – but at what cost?
Provide equitability for all: New inventions and technological advancements are major drivers of wealth creation for innovators and investors, exacerbating wealth inequality.
The technology sector has seen a particularly high number of ‘technopreneurs’ and billionaires emerge in recent decades. In the US, there are fears that AI will widen the country’s already huge income and wealth inequality by creating a new wave of billionaire tech barons while pushing many workers out of better paid jobs.
Innovation must not create wealth for only certain people. True advancement must come with equitable wealth for all.
Build a resilient society: Creativity and innovation invite us to create not just for ourselves but for generations to come. How we use them thus determines how our future comes into being. Let us use them thoughtfully and responsibly so that they become powerful forces for advancing true progress and building strong communities that can withstand challenges in our changing world.
Challenge the status quo: Faced with the complexities and adversities of modern life, some societies today have challenged the status quo and successfully used creativity as a communal force for collective progress and better living.
In some parts of the world, and even here in Malaysia, inspired communities have come out with innovative grassroots solutions to societal challenges. Nurtured by collaboration and the exchange of perspectives, they innovatively solve environmental, social and economic problems. Such efforts are worth emulating.
Find a better way: Creativity is not merely an expression of art or an act of invention – it is the essence of what it means to be human.
We can find ways to live better and save the environment – by reducing waste, rethinking consumption habits or adopting new eco-friendly technologies. These ways empower us to make conscious choices that benefit the planet and future generations.
There are practices that align imagination and ingenuity, that people, companies and policymakers can adopt for the benefit of all.
Strengthen local economies
- Set up our own food production for self-reliance and dependency, instead of relying on imports.
- Encourage urban agriculture as an alternative to our current agricultural food system which not only creates wastage but also alienates communities, with rural areas serving as primary food producers and urban areas having to rely on external food supplies, thus creating an urban-rural divide.
- Adopt a farm-to-table approach. Change how we source our food by buying fresh produce directly from the farms. This system prioritises sustainability, transparency and community. At the same time, it reduces waste, cuts down on food miles and build stronger connections within communities.
- Join community-owned enterprises that promote sustainable living (eg co-ops that connect like-minded producers and consumers to support the local circular economy).
- Community currencies, a grassroots innovation that support local retailers and build a sense of community, are now used in many parts of the world. Its aim is to build more equal, connected and sustainable societies. A community currency is a special, local currency that can only be used within a certain locale at shops or other businesses that have signed up to accept it as an alternative to the official, national currency, with the goal of encouraging spending in the local economy. The concept has been around for decades and there are thousands of community currencies in the world today.
Save seeds, protect agriculture
In many developing countries, including Malaysia, farmers have used a creative process to maintain seed diversity on their farms by selecting and preserving quality seeds in order to continue growing them in the future. These seeds are conserved through generations.
Community seed banks – collections of seeds maintained and administered by the communities themselves – have also been set up to support farmers’ seed saving and exchanging.
Seed saving is an innovative approach that reduces reliance on commercial seed producers, potentially saves money and promotes self-sufficiency in farming.
Live sustainably
- Repurposing old items, like turning glass jars into storage containers or planters, blend sustainability with creativity. This is something every individual can do.
- Promote eco-friendly packaging and reuse systems. Supermarkets and local traders can use natural packaging for produce (eg banana leaves), as has been practised in Thailand and Vietnam. These are good alternatives to environmentally and health-damaging plastic packaging. To reduce plastic pollution, we need to make reuse systems the norm.
While we celebrate those who dream, dare and do – the artists, inventors, thinkers and changemakers, let us ask ourselves how we too can contribute and what new ideas we can explore to bring about real change in life.
Let’s challenge the limits of possibility based on good values to create a truly better world for ourselves and future generations. – CAP
Mohideen Abdul Kader is president of the Consumers’ Association of Penang.
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme