Memorandum persefahaman PN-PH: Sebuah batu loncatan untuk reformasi Parlimen (Malay/English)

241 views
Is this what the ‘New Deal’ is all about, we wonder?

[ENGLISH VERSION BELOW] Kami, selaku kumpulan masyarakat madani yang menandatangani kenyataan ini, menanggapi berita berkenaan Memorandum Persefahaman (MoU) tentang transformasi dan kestabilan politik yang ditandatangani antara kerajaan dan Pakatan Harapan baru-baru ini.

Terbentuknya sebuah perjanjian keyakinan dan perbekalan tanpa nama, MoU tersebut merupakan sebuah perkembangan positif berikutan pergolakan politik selama 18 bulan dengan pertukaran dua buah kerajaan, yang mana kedua-duanya tidak dipilih oleh pengundi mahupun melalui undi kepercayaan di Parlimen.

Kami mengalu-alukan prospek reformasi politik dan parlimen yang akan menggerakkan negara ini daripada keadaannya yang tidak berfungsi dan memelihara demokrasi perwakilan.

Walaubagaimanapun, harapan kami adalah bahawa pembaharuan seperti itu tidak boleh dianggap sebagai alat jual beli untuk kelangsungan politik, tetapi yang sebenar-benarnya – prasyarat penting untuk demokrasi yang sihat dan lestari yang menjadi tanggungjawab setiap perwakilan politik untuk melaksanakannya tanpa mengira bawaan keuntungan politik peribadi.

Sementara MoU tersebut berisi janji-janji transformasi dengan garis masa yang longgar untuk setiap kategori reformasi, MoU tersebut tidak memperincikan atau menetapkan struktur dan tatacara di Parlimen yang perlu dikembangkan untuk memastikan pencapaian kebanyakan janji tersebut. Hal ini adalah kelemahan yang kritikal.

Memperkasakan Parlimen akan memastikan bahawa mekanisme untuk menunaikan janji akan terus wujud tidak kira terdapat apa-apa perubahan pada objektif politik peribadi pihak-pihak yang menandatanganinya, maka itu akan menjadi ciri tetap untuk Parlimen di masa hadapan.

Berikut adalah beberapa komitmen kritikal yang terlepas pandang daripada MoU yang mana jawatankuasa pemandu MoU dwi-parti ini harus lakukan sebagai tambahan yang perlu:

  • Tidak ada janji untuk mengkanunkan tatacara undi percaya dan tidak percaya. Benar bahawa kepercayaan majoriti Dewan Rakyat adalah asas keabsahan seorang perdana menteri untuk membentuk kabinet dan memerintah. Namun, tidak terdapat di mana-mana undang-undang bertulis dan peraturan Parlimen akan perlindungan terhadap aspek kedaulatan Parlimen ini dengan jelas. Pergolakan politik yang melanda negara dan kesan besar pandemik Covid mungkin dapat dihindari atau diselesaikan melalui cara demokratik jika terdapat peraturan, tatacara dan amalan yang jelas untuk memungkinkan isu-isu kepercayaan dapat ditentukan di Dewan Rakyat
  • Tidak ada janji untuk memperkasa peranan Parlimen dan ahli Parlimen dalam pembuatan undang-undang. Proses perundangan semasa tidak memberi peluang sebenar kepada ahli Parlimen pembangkang dan penyokong kerajaan untuk memperkenalkan undang-undang dan mempengaruhi dasar. Sebagai contoh, mereka tidak dijamin jangka waktu minimum yang memadai antara bacaan pertama dan kedua rang undang-undang bagi memastikan bahawa mereka mempunyai masa yang cukup untuk mempersiapkan perbahasan dasar mengenai rang undang-undang. Tidak ada amalan atau konvensyen untuk menghantar rang undang-undang kepada jawatankuasa pilihan supaya disemak sebelum atau selepas bacaan kedua, yang memungkinkan kajian yang lebih mendalam, dwi-partisan dan peluang untuk mengumpul bukti dan maklum balas pemegang taruh. Peraturan dan tatacara yang ada untuk meminda rang undang-undang kerajaan tidak jelas, dan tanpa sokongan teknikal diberikan kepada ahli Parlimen oleh kakitangan parlimen. Sama pentingnya, tidak ada peluang yang sebenarnya diberikan kepada ahli Parlimen pembangkang dan penyokong kerajaan untuk mengusulkan rang undang-undang mereka sendiri, misalnya dengan memperuntukkan tempoh ahli persendirian di mana rang undang-undang dan usul mereka boleh diperdebatkan
  • Tidak ada janji untuk menubuhkan sebuah kaukus parlimen untuk memimpin dan mengawasi pembaharuan. Jawatankuasa pemandu MoU, walaupun dwi-partisan, bukanlah sebuah badan parlimen dan yang terbuka untuk memainkan peranan tersebut. Adalah mustahak bahawa kaukus parlimen mesti memimpin usaha ini, kerana ia akan mencapai tiga tujuan yang diperlukan bagi setiap proses pembaharuan:
    • inklusif, kerana dapat merangkumi ahli Parlimen daripada kedua-dua belah dalam Dewan termasuk ahli Parlimen bebas dan juga anggota masyarakat madani dan pakar luar
    • ketelusan, kerana prosiding kaukus dapat dijalankan secara terbuka
    • kebertanggungjawaban, kerana kaukus akan dipertanggungjawabkan secara langsung kepada Dewan Rakyat secara keseluruhan dan akhirnya kepada pengundi
  • Tidak ada janji untuk memperkasa orang ramai untuk mengemukakan petisyen Parlimen mengenai isu-isu kepentingan awam. Walaupun di negara demokrasi lain, petisyen (rayuan) parlimen adalah tatacara tradisional, biasa dan mudah diakses untuk orang ramai secara terus mengemukakan isu mereka di Parlimen, namun Dewan Rakyat masih belum memperkasakan proses ini. Peraturan mesyuarat sedia ada sudah usang dan penuh dengan jurang, dengan sedikit atau hampir tiada bantuan yang diberikan oleh kakitangan parlimen untuk membantu pempetisyen atau Ahli Parlimen yang mewakili mereka
  • Tidak ada janji untuk menggubal sebuah undang-undang berkaitan dana pembangunan kawasan yang dapat memastikan peruntukan yang sama rata dan berterusan kepada semua ahli Parlimen, tanpa bergantung pada kemurahan hati atau belas ihsan perdana menteri. Kegagalan untuk menjamin peruntukan dana pembangunan kawasan yang sama rata kepada semua ahli Parlimen tanpa mengira fahaman parti adalah kekhilafan yang nyata dalam MoU. Pakatan Harapan menggambarkan dirinya sebagai pembangkang setia Yang di-Pertuan Agong – sebagai sebuah kerajaan yang menunggu, seharusnya menggunakan kedudukan tawar-menawarnya dalam MoU untuk mendapatkan komitmen terhadap peruntukan  pembangunan kawasan yang sama rata kepada semua ahli Parlimen.
READ MORE:  MoU – A pathway to transformation and stability?

Institusi kita telah lama kekurangan alat dan mekanisme parlimen untuk mendorong reformasi politik dan parlimen seperti yang terdapat di negara demokrasi berparlimen lain. Kepincangan ini telah memungkinkan kerajaan yang dominan pada masa lalu untuk menekan pengukuhan demokratik walaupun rakyat sendiri telah menjadi pendorong kepada perubahan.

Ketidakupayaan institusi-institusi kita untuk mewakili dan mencerminkan kehendak rakyat adalah kerosakan asas kepada demokrasi kita, dan mereka yang telah bersungguh dan bertahan selama beberapa dekad – di semua belah politik – memikul tanggungjawab utama ini.

Kita memerlukan struktur dan tatacara yang lebih kukuh untuk melindungi pada masa hadapan institusi seperti Parlimen daripada dominasi eksekutif dan membolehkannya melaksanakan fungsi perundangan dan pengawasannya secara bebas.

Titik perubahan transformasi politik dan parlimen ini lebih besar daripada kepentingan individu Perikatan Nasional, Umno ataupun PH. Kita semua mesti mengambil masa untuk memastikan bahawa pembaharuan undang-undang dan perlembagaan dapat dicapai bersama dengan reformasi struktur dan tatacara, supaya bentuk dan nasib demokrasi kita tidak diserahkan kepada parti tertentu.

Kami meminta supaya jawatankuasa pemandu MoU untuk bertemu dengan kumpulan masyarakat madani mengenai cadangan untuk memperkukuh MoU dan meningkatkan peluangnya untuk terus bertahan dan berjaya, kerana ianya pasti akan menerima serangan daripada semua arah oleh pihak yang tidak mempercayai kerjasama politik dan tadbir urus pelbagai pihak ini.

Kenyataan ini adalah inisiatif Komuniti Perintis untuk Parlimen Profesional, sebuah jaringan individu yang aktif dalam kumpulan masyarakat madani, badan pemikir dan akademia yang memperjuangkan sebuah Parlimen yang profesional bagi mewujudkan persaingan dasar yang sihat antara pelbagai parti.

Ditandatangani oleh:

  • Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0)
  • Engage
  • Institute for Political Reform and Democracy (Reform)
  • Persatuan Pengundi Muda (Undi18)
  • Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas)
  • Bait Al-Amanah

English version

The PN-PH MoU: Springboard for parliamentary and political reform that needs a protective harness

We, the undersigned civil society groups, respond to the news of the Memorandum of Understanding (MoU) on transformation and political stability signed between the government and Pakatan Harapan recently.

READ MORE:  Where to, now, Malaysia?

Effectively a confidence-and-supply agreement without the name, the MoU is a positive development following 18 months of political upheaval book-ended by two changes of government, both neither sanctioned by the electorate nor confirmed through a confidence vote in Parliament.

We welcome the prospect of political and parliamentary reforms that will move the country beyond its current dysfunction and preserve representative democracy. However, our expectations are that such reforms should be treated not as transactional tools for political survival, but what they are in truth – essential prerequisites for a healthy, sustainable democracy that is the responsibility of every political representative to deliver, irrespective of whether they bring personal political gain.

While the MoU contains promises of transformation with loose timelines for each category of reform, it does not rigorously detail or lock in the structures and procedures in Parliament that need to be developed to ensure the attainment of most promises. This is a critical weakness.

Empowering Parliament would ensure that the mechanisms of fulfilling the promises will exist irrespective of any changes to the contracting parties’ own personal political objectives, and that they will remain permanent features for future Parliaments.

Here are some of the critical commitments that are missing from the MoU which the bi-partisan MoU steering committee should now work out as necessary top-ups:

  • No promise to codify procedures for votes of confidence and no confidence – It is trite that the confidence of the majority of the Dewan Rakyat is the basis of the prime minister’s legitimacy to form a cabinet and govern. Yet, nowhere in the written laws and rules of Parliament is this aspect of the sovereignty of Parliament expressly protected. The political upheaval that plagued the country and magnified the impact of the Covid pandemic may have been avoided or resolved through democratic means if there were clear rules, procedures and practices in place to enable issues of confidence to be determined in the Dewan Rakyat
  • No promise to empower Parliament’s and MPs’ role in law-making – The current legislative process does not give opposition and backbench MPs a genuine chance to introduce laws and influence policy. For example, they are not guaranteed an adequate minimum period between the first and second readings of a bill to ensure they have enough time to prepare for policy debates on bills. There is no practice or convention of sending bills to a select committee for review either before or after its second reading, which would allow for a deeper, bipartisan review and an opportunity to gather evidence and stakeholder feedback. The existing rules and procedures for amending government bills are opaque, and next to no technical support is provided to MPs by the parliamentary staff. Equally important, no real opportunity is given to opposition and backbencher MPs to propose their own bills through, for example, setting aside of private members’ time where their bills and motions may be debated
  • No promise to set up a parliamentary caucus to lead and oversee the reforms – The MoU steering committee, while bipartisan, is not a parliamentary and transparent body to play such a role. It is essential that a parliamentary caucus must take the lead, as it will achieve three necessary aims of any process of reform:
    • inclusivity, as it can include MPs from both sides of the House, including independent MPs as well as members of civil society and external experts
    • transparency, because the proceedings of the caucus can be made public
    • accountability, because the caucus will be accountable directly to the Dewan Rakyat as a whole and ultimately to the electorate
  • No promise to empower the public to petition Parliament on issues of public importance – Although parliamentary petitions are a traditional, common and easily accessible procedure for the public to directly raise their issues in parliament in other democracies, the Dewan Rakyat has yet to empower the process here. The existing standing orders are obsolete and riddled with gaps, with little to no assistance provided by parliamentary staff to assist petitioners or the MPs representing them
  • No promise to enact a constituency development fund act that ensures equal and consistent allocation to all MPs, without depending on the generousity or mercy of the prime minister – The failure to guarantee equal constituency development fund allocations to all MPs irrespective of party affiliation is a glaring mistake in the MoU. Pakatan Harapan has described itself as His Majesty’s loyal opposition; a responsible government-in-waiting, however, ought to have used its bargaining position under the MoU to secure a commitment for equal constituency development fund allocations for all MPs
READ MORE:  Jangan kita terleka dari segalanya

Our institutions have long lacked the parliamentary tools and mechanisms to push through political and parliamentary reforms that are found in other parliamentary democracies. This lack has allowed dominant governments in the past to suppress democratic strengthening even when the people have been the driving force for change.

The inability of our disempowered institutions to represent and reflect the will of the people is a fundamental breakdown of our democracy, and those who have sought and held on to power for decades – on all sides of the political divide – bear primary responsibility. We need stronger structures and procedures to future-proof institutions like Parliament from executive dominance and to enable the independent exercise of its legislative and oversight functions.

This inflection point of political and parliamentary transformation is larger than the individual interests of Perikatan Nasional, Umno or PH. We must all seize the moment to ensure that legal and constitutional reforms are achieved alongside structural and procedural reforms, so that the shape and fate of our democracy is not left to the vagaries of individual parties.

We call upon the MoU steering committee to meet with civil society groups on suggestions to strengthen the MoU and increase its chance of survival and success, as it inevitably comes under attacks from all directions by many who do not believe in collaborative politics and multipartisan governance.

This statement is initiated by the Seed Community for a Professional Parliament, a network of individuals active in civil society organisations, think tanks and academia working towards a professional Parliament that facilitates healthy policy competition between parties.

Signed by:

  • Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0)
  • Engage
  • Institute for Political Reform and Democracy (Reform)
  • Persatuan Pengundi Muda (Undi18)
  • Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas)
  • Bait Al-Amanah
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments