[ENGLISH VERSION BELOW] Pesuruhjaya kanak-kanak melahirkan kebimbangan yang mendalam berhubung liputan media baru-baru ini mengenai seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang ditahan kerana memandu kereta dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun yang menyamar sebagai seorang doktor.
Kedua-dua kanak-kanak tersebut ditampilkan di media dengan cara yang menyedihkan walaupun mereka tidak sepenuhnya bertanggungjawab di atas tindakan mereka.
Kesalahan kanak-kanak lelaki terbabit berlaku disebabkan oleh kecuaian ibu bapanya, sementara pihak polis telah mengesahkan bahawa kanak-kanak perempuan tersebut pernah menerima rawatan psikiatri, namun beliau tidak melakukan rawatan susulan.
Seksyen 15(2) Akta Kanak-Kanak jelas melarang pihak media daripada melaporkan atau menyiarkan gambar kanak-kanak yang terlibat dalam perundangan, yang dilindungi dan berada dalam pemulihan, atau yang bertindak di luar kawalan dalam mana-mana tahap kes sekali pun.
Pelanggaran kepada peruntukan ini merupakan satu kesalahan jenayah, yang boleh dihukum dengan denda sehingga RM10,000, penjara hingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali selaras Seksyen 15(2) akta tersebut.
Malaysia, sebagai salah sebuah negara pihak kepada Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak sejak tahun 1995, komited dalam memastikan bahawa tiada kanak-kanak dikenakan layanan yang menjatuhkan maruah walaupun kanak-kanak tersebut berkonflik dengan undang-undang, seperti yang digariskan oleh Perkara 37 konvensyen tersebut.
Selain itu, pesuruhjaya kanak-kanak juga mengambil maklum bahawa pihak polis telah mengambil langkah yang sewajarnya dalam melindungi identiti kanak-kanak yang terbabit, namun pelaporan dan penyiaran media yang berlaku adalah berada di luar kawalan polis.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
Sehubungan itu, pesuruhjaya kanak-kanak menggesa supaya pihak media mematuhi Akta Kanak-Kanak dalam semua pelaporan yang melibatkan kanak-kanak. Pelanggaran undang-undang yang berterusan oleh pihak media tanpa sebarang tindakan adalah sangat membimbangkan.
Oleh itu, pesuruhjaya kanak-kanak menyeru supaya penguatkuasaan yang tegas dibuat kepada Seksyen 15 akta tersebut bagi menghalang insiden seumpama ini daripada berulang.
Pesuruhjaya kanak-kanak bersedia untuk bekerjasama dengan Institut Akhbar Malaysia dalam menyediakan latihan kepada pihak media bagi memberi kefahaman undang-undang berkaitan hak kanak-kanak. – Suhakam
Dr Farah Nini Dusuki ialah pesuruhjaya kanak-kanak
English version
Media urged to observe Child Act when reporting and publishing about children
The children’s commissioner expresses deep concern over recent media coverage of a 12-year-old boy who drove a car and a 14-year-old girl who posed as a doctor.
Both children were portrayed in a distressing manner, despite not being fully accountable for their actions.
The boy’s offence resulted from parental negligence, and the police confirmed that the girl had previously received psychiatric treatment but did not continue with follow-up care.
Section 15(2) of the Child Act 2001 explicitly prohibits the media from reporting or publishing images of children involved in legal conflicts, those under protection and rehabilitation or those beyond control at any stage of their case.
Violating this section is a criminal offence, punishable by a fine of up to RM10,000, imprisonment for up to five years or both under Section 15(3) of the act.
Malaysia, as a signatory to the Convention on the Rights of the Child since 1995, is committed to ensuring that no child is subjected to degrading treatment, even if the child conflicts with the law, as outlined in Article 37 of the convention.
The children’s commissioner acknowledges that the police took measures to protect the identities of the two children; however, the media’s reporting and publication were beyond police control.
The children’s commissioner strongly urges the media to adhere to the Child Act in all reporting involving children. The persistent media violations without reprimand are a serious concern.
Therefore, the children’s commissioner calls for strict enforcement of Section 15 of the act to prevent such incidents from recurring.
The children’s commission is prepared to collaborate with the Malaysian Press Institute to provide training for the media on legal literacy concerning children’s rights. – Suhakam
Dr Farah Nini Dusuki is the children’s commissioner
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme