Malaysia terlalu tergesa-gesa menandatangani perjanjian perdagangan EFTA (Malay/English)

Volunteers helping out at a farm in Bangsar - BENEDICT LOPEZ

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berasa amat kecewa terhadap keputusan kerajaan Malaysia yang tergesa-gesa menandatangani perjanjian perdagangan dengan Iceland, Liechtenstein, Norway dan Switzerland – yang bersama-sama membentuk Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA) – pada 23 Jun di Norway.

Kerajaan gagal menangani kebimbangan kritikal yang dibangkitkan dalam memorandum kami yang dikemukakan awal bulan ini, berdasarkan teks terbocor lampiran harta intelek kepada Perjanjian Perkongsian Ekonomi Malaysia-EFTA (Meepa).

Teks penuh Meepa kini telahpun diterbitkan. Kandungan lampiran harta intelek adalah sama dengan teks yang terbocor. Dalam memorandum CAP, kami telah menyatakan secara terperinci mengenai kebimbangan kami berhubung lampiran harta intelek tersebut.

Kami mengulangi tuntutan kami bahawa Malaysia mestilah mengekalkan kedaulatan penuhnya untuk menggunakan semua aspek fleksibiliti dan budi bicara penuh mereka dalam Perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mengenai Aspek Berkaitan Perdagangan Hak Harta Intelek (Trips).

Ini membolehkan Malaysia menggubal undang-undang dan mengambil sebarang langkah yang diperlukan untuk memajukan kepentingan negaranya, termasuk mempercepatkan kemasukan persaingan generik dan meningkatkan akses kepada produk perubatan mampu milik.

Peningkatan kos penjagaan kesihatan, di mana sebahagian besar daripadanya ialah kos ubat-ubatan, telah mencetuskan perdebatan nasional, dan kerajaan telah menekankan kepentingan untuk meningkatkan pembuatan tempatan.

Namun, lampiran harta intelek Meepa memerlukan Malaysia meluaskan monopoli syarikat farmaseutikal multinasional dengan berkesan sehingga ia menjejaskan industri tempatan dan akses mampu milik.

Lampiran harta intelek Meepa juga mengancam sektor pertanian kita. Kami amat mengambil berat terhadap peruntukkan yang menyebutkan Kesatuan Antarabangsa bagi Perlindungan Varieti Tumbuhan Baharu 1991 (Upov) yang merupakan satu rangka kerja undang-undang yang sangat ketat dan tidak fleksibel bagi perlindungan varieti tumbuhan.

Kami menekankan bahawa Malaysia perlu mengekalkan Akta Perlindungan Varieti Tumbuhan Baharu 2004 yang sedia ada, yang secara unik mengimbangi kepentingan berbeza dalam sektor pertanian dan mengiktiraf hak petani untuk menyimpan, menggunakan, menukar dan menjual benih dan bahan pembiakan yang disimpan di ladang.

Kita tidak boleh didesak untuk menyertai Upov yang akan bertentangan dengan hak petani itu.

Malah lebih teruk lagi, komitmen harta intelek yang memerlukan perubahan ketara kepada undang-undang sedia ada di Malaysia akan terpakai kepada semua negara, bukan hanya ahli EFTA, dan ini akan menyekat pembangunan industri farmaseutikal tempatan kita dan memberi kesan buruk kepada hak petani Malaysia.

Berdasarkan teks Meepa yang diterbitkan, kami juga mendapati bahawa perolehan kerajaan sekali lagi telah diliberalisasikan walaupun masalah dengan liberalisasi perolehan kerajaan telah pun dihadapi dalam pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), di mana perkara ini telah diketengahkan kepada kerajaan semasa sesi dialog awam Meepa oleh Kementerian Kewangan pada 6 Oktober 2023.

Kami menyoalkan apakah manfaat ketara yang Malaysia akan perolehi daripada Meepa, memandangkan komitmen Malaysia di bawah perjanjian tersebut adalah berat sebelah.

Negara-negara EFTA, termasuk Switzerland, mewakili pasaran eksport yang agak kecil bagi Malaysia. Penduduk EFTA adalah hanya 42% daripada jumlah penduduk Malaysia.

Contohnya, ringkasan EFTA berkenaan Meepa menyatakan bahawa Switzerland hanya memberi Malaysia akses keutamaan pasaran minyak sawit yang terhad, dalam bentuk kuota kadar tarif pada kadar duti yang dikurangkan.

Konsesi ini adalah sama dengan yang diberikan oleh Switzerland kepada Indonesia dan tertakluk kepada syarat teknikal dan kemampanan yang sama.

Pengurangan tarif adalah sebanyak 20-40% bagi 12,500 tan/tahun jika semua kriteria alam sekitar dapat dipenuhi oleh Malaysia.

Jadi jumlah eksport adalah kecil, dan Malaysia tidak mendapat sebarang akses pasaran keutamaan tambahan.

Seperti yang diketahui, terdapat kebimbangan yang meluas di Eropah mengenai kemampanan pengeluaran minyak sawit Malaysia.

Oleh itu, dalam membuat persetujuan untuk memenuhi terma-terma yang melebihi keperluan minima perjanjian Trips WTO untuk konteks pasaran barangan yang terhad ini, Malaysia telah membuat konsesi yang tidak seimbang sebagai balasan bagi keuntungan ekonomi yang minima.

CAP amat menggesa kerajaan Malaysia untuk mempertimbangkan semula kedudukannya dan tidak mengambil langkah seterusnya untuk meratifikasi Meepa sehingga analisis kos-manfaat penuh dan penilaian kesan hak asasi manusia dijalankan dengan penglibatan bermakna pertubuhan masyarakat sivil, pertubuhan petani dan kumpulan advokasi pesakit.

Kami menegaskan bahawa Meepa tidak boleh diratifikasi tanpa ketelusan penuh, rundingan awam yang bermakna, penelitian dan kelulusan parlimen. – CAP

English version

Malaysia too hasty in signing EFTA trade agreement

CAP expresses deep disappointment over the Malaysian government’s decision to rush into signing a trade agreement with Iceland, Liechtenstein, Norway and Switzerland – that together form the European Free Trade Association (EFTA) – on 23 June in Norway.

The government failed to address critical concerns raised in our memorandum submitted earlier this month, based on the leaked text of the intellectual property annex to the Malaysia-EFTA Economic Partnership Agreement (Meepa).

The full text of Meepa has now been published. Contents of the IP annex are substantially the same as the leaked text. In the CAP memorandum, we have set out in detail our concerns on the intellectual property annex.

We reiterate our demand that Malaysia must retain its full sovereignty to use all aspects of the flexibilities and full discretion in the World Trade Organization (WTO) Agreement on Trade Related Aspects of Intellectual Property Rights (Trips).

This allows Malaysia to legislate and take any steps needed to further its national interests, including to expedite the entry of generic competition and to improve access to affordable medical products.

Rising healthcare costs, a big part of which is medicines costs, have triggered national debate, and the government has stressed the importance of increasing local manufacturing.

Yet, Meepa’s intellectual property annex requires Malaysia to effectively extend the monopolies of multinational pharmaceutical companies to the detriment of local industry and affordable access.

The intellectual property annex of Meepa also threatens our agriculture sector. We are particularly concerned about the inclusion of the highly restrictive, inflexible legal framework for plant variety protection, known as the International Union for the Protection of New Plant Varieties 1991 (Upov).

We stress that Malaysia should maintain its existing Protection of New Plant Varieties Act 2004, which uniquely balances different interests in the agricultural sector and recognises farmers’ rights to save, use, exchange and sell farm-saved seed and propagating materials.

We must not be pressured into joining Upov, which will go against those farmers’ rights.

Even worse, these intellectual property commitments that require significant changes to Malaysia’s existing laws will apply to all countries, not just the EFTA members, restricting the development of our local pharmaceutical industry and adversely impacting the rights of Malaysian farmers.

Based on the published Meepa text, we also note that government procurement has again been liberalised despite the problems with government procurement liberalisation already faced in implementing the Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP), which was highlighted to the government during the Meepa town hall session by the Ministry of Finance on 6 October 2023.

It is highly questionable what tangible benefits Malaysia stands to gain from Meepa, given the extensive commitments it is required to undertake that are lopsided.

The EFTA countries, including Switzerland, represent a relatively small export market for Malaysia. Their combined population amounts to just 42% of Malaysia’s own.

For example, the EFTA summary of Meepa states that: “For palm oil, Switzerland grants Malaysia limited preferential market access in the form of tariff-rate quotas at reduced duty rates. These concessions are identical to those granted by Switzerland to Indonesia and are subject to the same technical and sustainability requirements”.

The tariff reductions are 20-40% for 12,500 tonnes/year if all the environmental criteria can be met by Malaysia.

So, the export volume is small, and Malaysia is not getting any additional preferential market access. As is well known, there are widespread concerns in Europe on the sustainability of Malaysia’s palm oil production.

Thus, by agreeing to obligations beyond the minimum requirements of the WTO Trips agreement in the context of this limited goods market, Malaysia risks making disproportionate concessions in return for minimal economic gains.

CAP strongly urges the Malaysian government to reconsider its position and not take the next step to ratify Meepa until a full cost-benefit analysis and human rights impact assessment are conducted with meaningful engagement of civil society organisations, farmer organisations and patient advocacy groups.

We stress that Meepa must not be ratified without full transparency, meaningful public consultation, parliamentary scrutiny and approval. – CAP

Mohideen Abdul Kader is the president of the Consumers Association of Penang.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments