
[ENGLISH VERSION BELOW] Kami, pertubuhan masyarakat sivil yang bertandatangan di bawah, menyeru kerajaan Malaysia untuk mengambil tindakan segera dan tegas bagi pihak warganegara Malaysia Pannir Selvam Pranthaman dan orang lain yang berisiko hukuman mati di Singapura.
Pada peringkat ini, setelah ketandusan tindakan kehakiman, tiada apa yang boleh menghalang pelaksanaan hukuman mati ke atas Pannir oleh kerajaan Singapura pada bila-bila masa.
Pelanggaran hak asasi manusia dalam Kes Pannir
Kes Pannir dicemari oleh beberapa pelanggaran undang-undang dan piawaian hak asasi manusia antarabangsa. Pada 2017, Pannir disabitkan kesalahan mengimport 52g diamorphine (heroin) ke Singapura dan dijatuhkan hukuman mati mandatori.
Kesalahan berkaitan dadah tidak memenuhi ambang “jenayah paling serius” yang mana penggunaan hukuman mati mesti dihadkan di bawah undang-undang dan piawaian hak asasi manusia antarabangsa. Hukuman mati dikenakan sebagai hukuman mandatori, yang bermaksud bahawa hakim tidak boleh mengambil kira keadaan tertentu kesalahan atau latar belakangnya. Hakim mendapati Pannir bertindak sebagai “kurier” kerana beliau hanya mengangkut dadah.
Bagaimanapun, pendakwaan tidak memberikan beliau sijil bantuan substantif yang mengakibatkan hakim tiada pilihan lain selain menjatuhkan hukuman mati mandatori.
Proses ini melanggar hak untuk perbicaraan yang adil kerana ia meletakkan keputusan antara hukuman hidup atau mati di tangan pihak pendakwaan yang bukan pihak neutral dalam perbicaraan, yang tidak sepatutnya mempunyai kuasa sedemikian, dan kerana ia menjejaskan pemisahan yang jelas yang mesti wujud antara pihak pendakwaan dan mahkamah.
Selain itu, sabitan dicapai dengan bergantung pada anggapan undang-undang tentang pengetahuan mengenai dadah tersebut di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah. Apabila anggapan undang-undang ini digunakan, beban pembuktian dialihkan kepada defendan untuk disangkal kepada piawaian undang-undang yang lebih tinggi iaitu “pada imbangan kebarangkalian”.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
Anggapan bersalah di sisi undang-undang melanggar hak untuk dianggap tidak bersalah – suatu norma lazim undang-undang antarabangsa – dan jaminan perbicaraan adil lain di bawah undang-undang hak asasi manusia antarabangsa yang memberi mandat bahawa beban membuktikan pertuduhan terletak pada pihak pendakwaan.
Keperluan terdesak untuk campur tangan Malaysia
Sebagai sebuah negara jiran yang mempunyai hubungan sejarah dan diplomatik yang rapat dengan Singapura, Malaysia mempunyai kedudukan unik untuk membela hak asasi manusia dan melindungi hak rakyatnya yang menghadapi hukuman mati di negara itu.
Apabila hak asasi manusia dipertaruhkan, berdiam diri bukanlah pilihan yang boleh dipertahankan. Semua tindakan yang mungkin, perlu diambil untuk menghentikan pelaksanaan dan penggunaan hukuman mati, termasuk apabila ia digunakan dengan melanggar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, lebih-lebih lagi semua ini berlaku di negara jiran merentas sempadan.
Sejak Jun 2024, Singapura telah mempergiatkan usaha untuk melaksanakan hukuman mati, termasuk memendekkan tempoh notis kepada hanya empat hari bagi mereka yang sebelum ini diberikan penangguhan hukuman mati, menambah pada kekejaman dan kebimbangan banduan akhir dan keluarga mereka, selain mengehadkan masa yang boleh mereka luangkan bersama.
Akta Permohonan Pasca Rayuan dalam Kes Hukuman Mati 2022 (PACC) yang berkuat kuasa pada 28 Jun 2024 dan pindaan kepada Akta Pentadbiran Keadilan (Perlindungan) 2024, yang berkuatkuasa pada 28 Januari 2025, mempunyai kesan sekatan selanjutnya ke atas keupayaan banduan akhir untuk memfailkan rayuan undang-undang atau mendapatkan semakan, mengutamakan kemuktamadan penghakiman berbanding semakan dan ujian perlindungan proses.
Pada 2024, lapan daripada sembilan individu telah dihukum bunuh di Singapura atas kesalahan berkaitan dadah. Perkembangan ini menggariskan kesegeraan bagi kerajaan Malaysia dan masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan bersatu dan lebih kuat, menyeru Singapura untuk segera menamatkan semua pelaksanaan hukuman mati sebagai langkah kritikal ke arah memansuhkan hukuman mati.
Sebagai pengerusi Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (Asean) semasa, Malaysia berada dalam kedudukan yang unik untuk memperjuangkan hak asasi manusia dan menjadi contoh yang kukuh untuk rantau ini.
Pengerusi Suruhanjaya Antara Kerajaan Asean mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) Malaysia telah menekankan kepentingan kerjasama serantau untuk menegakkan hak asasi manusia di dialog hak asasi manusia dan hak alam sekitar pada Januari 2025.
Campur tangan Malaysia dalam kes Pannir bukan sahaja menunjukkan komitmen negara untuk menyokong rakyatnya yang berhadapan hukuman mati di luar negara, tetapi juga kepimpinan negara dalam memajukan agenda hak asasi manusia dalam Asean.
Pannir memohon peluang kedua
Sejak 2017, Pannir telah menyalurkan tenaga beliau ke arah kreativiti, advokasi dan refleksi, menggunakan masa beliau sebagai banduan akhir di Singapura untuk menjelaskan realiti yang dihadapi oleh mereka yang dijatuhkan hukuman mati.
Dari sel penjaranya, beliau telah menulis lagu dan puisi yang menyentuh hati yang bercerita tentang kesedihan, harapan dan doa mereka yang dijatuhkan hukuman mati, yang kebanyakannya telah dikongsi dengan orang ramai melalui NGO Sebaran Kasih yang diasaskan oleh adik perempuannya, Angelia. Lagu-lagu ini bukan sahaja mencerminkan pertumbuhan peribadi Pannir tetapi juga mengukuhkan mesej beliau tentang belas kasihan dan kepentingan memberi orang peluang kedua.
Sehingga kini, Sebaran Kasih telah mengeluarkan tiga lagu Pannir, yang menampilkan bakat tempatan yang terkenal seperti DJ Dave, Kidd Santhe, Santesh Kumar dan Saint TFC. Lagu-lagu ini membawa kisah Pannir – dan penderitaan yang lebih luas yang dihadapi oleh banduan akhir – ke hadapan, menggalakkan rakyat Malaysia untuk merenung tentang kuasa pengampunan dan nilai memberi seseorang peluang kedua.
Seruan untuk tindakan segera
Kes Pannir Selvam bukanlah unik; ia adalah lambang kepada isu ketidakadilan sistemik yang lebih meluas dalam pelaksanaan hukuman mati di seluruh rantau ini.
Malaysia telah menunjukkan kepimpinan dengan memansuhkan hukuman mati mandatori dan meringankan sejumlah besar hukuman pada 2024.
Walaupun perjalanan Malaysia ke arah pemansuhan mesti diteruskan, kini tiba masanya untuk melanjutkan kepimpinan tersebut untuk melindungi rakyatnya di luar negara dan menyokong pemansuhan hukuman mati secara global.
Hukuman mati adalah hukuman yang paling kejam, tidak berperikemanusiaan dan menjatuhkan maruah yang semestinya tidak lagi mendapat tempat dalam masyarakat kita.
Kami menyeru kerajaan Malaysia untuk segera campur tangan dalam kes Pannir untuk menghalang pelaksanaan hukuman mati, termasuk yang menyalahi undang-undang di bawah undang-undang dan piawaian antarabangsa.
Kami menggesa kerajaan Malaysia untuk mengambil langkah-langkah berikut tanpa lengah:
- Campur tangan yang pantas dan berkesan: Gunakan semua saluran yang ada, termasuk rayuan terus kepada presiden dan perdana menteri Singapura, untuk mendapatkan semakan segera untuk kes Pannir, dan meringankan hukuman mati beliau dan meminta penangguhan segera ke atas semua pelaksanaan hukuman mati di Singapura
- Memanfaatkan mekanisme Asean: Gunakan kedudukan Malaysia sebagai pengerusi Asean untuk menyokong kerjasama serantau untuk memansuhkan hukuman mati
English version
Malaysia must intervene to stop the execution of Pannir Selvam and others on death row in Singapore
We, the undersigned civil society organisations, urgently call on the Malaysian government to take immediate and decisive action on behalf of Malaysian national Pannir Selvam Pranthaman, and others who are at risk of execution in Singapore.
At this stage, having exhausted all his legal avenues, nothing stands between Pannir having his life taken away from him at any [given] moment by the Singapore government.
Rights violations in Pannir’s case
Pannir’s case has been riddled with several violations of international human rights law and standards.
In 2017, Pannir was convicted of importing into Singapore 52g of diamorphine (heroin) and was sentenced to the mandatory death penalty – although drug-related offences do not meet the threshold of the “most serious crimes” to which the use of the death penalty must be restricted under international human rights law and standards.
The death penalty was imposed as the mandatory sentence, which meant that the judge could not take into account the circumstances of the offence or of his background. The judge found that Pannir had acted as a “courier” as he only transported the drugs.
However, the prosecution did not provide him with a certificate of substantial assistance, leaving no option to the judge but to impose the mandatory sentence of hanging.
This process violates the right to a fair trial, as it placed the decision between a life-or-death sentence in the hands of the prosecution, which is not a neutral party in the trial and should not have such powers, and as it breaks down the clear separation that must exist between prosecution and the court.
Additionally, the conviction was reached with reliance on a legal presumption of knowledge of the drugs under the Misuse of Drugs Act. When these legal presumptions are invoked, the burden of proof is shifted onto the defendant to be rebutted to the higher legal standard of “on a balance of probabilities”.
Legal presumptions of guilt violate the right to be presumed innocent – a preemptory norm of customary international law – and other fair trial guarantees under international human rights law that mandate that the burden of proving the charge rests on the prosecution.
Urgent need for Malaysia’s intervention
As a neighbouring state with close historical and diplomatic ties to Singapore, Malaysia is uniquely positioned to stand up for human rights and safeguard the rights of its nationals facing execution in the country.
When human rights are at stake, silence is not a tenable option, and all possible actions should be undertaken to halt executions and the use of the death penalty, including when it is applied in violation of international human rights law and just across our borders.
Since June 2024, Singapore has intensified its pursuit of executions, including by shortening the notice period to just four days for those who have previously had their notices of execution stayed. This not only adds cruelty and anxiety for those on death row and their families, but also effectively limits the time that they can spend together.
The Post-Appeal Applications in Capital Cases Act 2022 (PACC), which came into effect on 28 June 2024, and the amendments to the Administration of Justice (Protection) Act 2024, which came into effect on 28 January 2025, have the effect of further restricting the ability of death row inmates to file legal appeals or seek reviews, prioritising the finality of judgment over reviews and testing of process safeguards.
In 2024, eight out of nine individuals were executed in Singapore for drug-related offences. These developments underscore the urgency for the government of Malaysia and the international community to take unified and stronger action, calling on Singapore to immediately end all executions as a critical step toward abolishing the death penalty.
As the current Asean chair, Malaysia is uniquely positioned to champion human rights and set a strong example for the region.
Malaysia’s representative to the Asean Intergovernmental Commission on Human Rights (AICHR) has emphasised the importance of regional cooperation to uphold human rights at a human rights and environmental rights dialogue in January 2025.
Malaysia’s intervention in Pannir’s case would not only demonstrate its commitment to support its nationals facing execution abroad but also its leadership in advancing a human rights agenda within Asean
Pannir is asking for a second chance
Since 2017, Pannir has channelled his energy into creativity, advocacy and reflection, using his time on death row in Singapore to shed light on the realities faced by those under the sentence of death.
From his prison cell, he has written heartfelt songs and poems that speak of the anguish, hope and prayers of those on death row, many of which have been shared with the public through the Sebaran Kasih NGO founded by his sister, Angelia Pranthaman. These songs not only reflect Pannir’s personal growth but also amplify his message of compassion and the importance of giving people second chances.
To date, Sebaran Kasih has released three of Pannir’s songs, featuring renowned local talents such as DJ Dave, Kidd Santhe, Santesh Kumar and Saint TFC. These songs bring Pannir’s story – and the broader plight of death row prisoners – to the forefront, encouraging the people of Malaysia to reflect on the power of forgiveness and the value of giving someone a second chance.
Call for urgent action
Pannir Selvam’s case is not unique; it is emblematic of broader issues of systemic injustice in the application of the death penalty across the region.
Malaysia has demonstrated leadership by abolishing the mandatory death penalty and commuting a significant number of sentences in 2024. While Malaysia’s journey towards abolition must continue, now, it is also the time to extend that leadership to protect its nationals abroad and advocate for global abolition of the death penalty.
The death penalty is the ultimate cruel, inhuman and degrading punishment that must no longer have a place in our societies.
We call on the Malaysian government to urgently intervene in Pannir’s case and to prevent further executions from taking place in Singapore, including those that would be unlawful under international law and standards.
We urge the Malaysian government to take the following steps without delay:
- Engage in swift and effective intervention: Use all available channels, including direct appeals to Singapore’s president and prime minister, to seek the immediate review of Pannir’s case, and commutation of his death sentence and to ask for an immediate moratorium on all executions in Singapore
- Leverage Asean mechanisms: Use Malaysia’s position as Asean chair to advocate for regional cooperation on abolishing the death penalty
Jointly issued by:
- Amnesty International Malaysia
- Anti-Death Penalty Asia Network (Adpan)
Endorsed by the following civil society organisations:
- Lawyers for Liberty
- Malaysians Against Death Penalty and Torture (Madpet)
- Sebaran Kasih MY
- Sisters in Islam (SIS)
- Hakam
- Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
- Bersih
- Centre for Independent Journalism
- Freedom Film Network
- Family Frontiers (Malaysia)
- justice for sisters
- North South Initiative
- Parti Sosialis Malaysia
- Agora Society Malaysia
- Gerakan Belia Sepunjabi Malaysia (GBSM)
- Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall Civil Rights Committee (KLSCAH – CRC)
- Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
- The Good Society Malaysia
Endorsed by the following individuals:
- Andrew Khoo
- Mohammad Alshatri bin Abdullah
- Thulasi Munisamy
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme