Malaysia memerlukan pelan mitigasi dan adaptasi untuk menghadapi perubahan iklim (Malay/English)

Massive Klang Valley floods 2021

Greenpeace Malaysia mengalu-alukan pengumuman daripada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bahawa kerajaan akan merangka pelan adaptasi kebangsaan yang berkaitan dengan kesan perubahan iklim.

Kesan perubahan iklim menyebabkan kerugian ekonomi yang ketara bagi Malaysia, menjejaskan infrastruktur dan usaha pembangunan, serta memberi kesan kepada mata pencarian rakyat.

Kita menyaksikan ini pada Disember 2021 yang lalu, apabila banjir yang melanda beberapa negeri meragut nyawa 55 rakyat, menjejaskan 125,000 orang, merosakkan 50,000 kereta, dan mengakibatkan kira-kira RM2.6bn kerugian oleh kerosakan harta benda.

Untuk menangani cabaran ini dan bergerak ke arah menjadi berdaya tahan iklim, kerajaan juga mesti mengutamakan peralihan kepada ekonomi rendah karbon. Kerajaan mesti mengutamakan peralihan kepada ekonomi karbon yang rendah untuk menangani cabaran ini dan bergerak ke arah menjadi negara yang berdaya tahan perubahan iklim.

Ini bermakna bukan sahaja adaptasi terhadap perubahan iklim, tetapi mengurangkan atau pencegahan pelepasan gas rumah hijau dengan peralihan daripada penggunaan bahan api fosil, kepada sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Cadangan seperti penggunaan kenderaan elektrik tidak akan mengurangkan pelepasan pelepasan gas rumah hijau dengan berkesan, tanpa
peralihan kepada sumber tenaga yang bersih.

Kajian baru yang dikeluarkan oleh Centre for Research on Energy and Clean Air dan Greenpeace Malaysia melaporkan bahawa kerugian ekonomi pada tahun 2019 sahaja menghampiri RM303bn ($73bn) disebabkan oleh pencemaran udara ambien, kebanyakannya daripada loji janakuasa dan aktiviti perindustrian.

Lebih teruk lagi ialah anggaran 32,000 orang mati setiap tahun akibat pencemaran udara di negara ini.

Tetapi kematian ini boleh dielakkan. Tebatan perubahan iklim akan membolehkan pihak berkuasa melaksanakan sasaran dan dasar yang lebih bercita-cita tinggi untuk udara yang bersih.

READ MORE:  Need to heed warnings from Mother Earth

Mitigasi juga melibatkan perubahan untuk menjadikan peralatan dan bangunan lama lebih cekap tenaga, mengubah amalan pengurusan dan tingkah laku pengguna, serta mereka bentuk semula ruang bandar dan sistem pengangkutan. Ia akan memerlukan usaha daripada kerajaan negeri dan kerajaan tempatan untuk meneliti perancangan bandar dan bandaraya, pelan
struktur negeri, rancangan tempatan dan juga reka bentuk bangunan dari segi lampu elektrik dan sistem pengurusan suhu.

Tambahan pula, kita perlu menghentikan penebangan hutan dan memulihkan habitat semula jadi, yang mempunyai peranan kritikal dalam proses menangkap karbon. Kajian juga telah mengaitkan penebangan hutan dengan peningkatan kadar banjir di Malaysia, dan audit rancangan bandar Kuala Lumpur yang terkini menunjukkan bahawa projek-projek pembangunan telah menyebabkan kerap banjir kilat dan kesesakan jalan raya.

Ini menarik perhatian kepada keperluan mendesak untuk bukan sahaja menamatkan penebangan hutan, tetapi juga meningkatkan usaha penghutanan semula dan pengukuhan perancangan bandar untuk memastikan lebih banyak tumbuh-tumbuhan bandar dilindungi dan diperluaskan.

Malaysia memerlukan pelan mitigasi dan adaptasi terhadap perubahan iklim – kedua-duanya sama penting.

Suatu pelan adaptasi tanpa pelan mitigasi serupa menuang air ke luar bilik yang banjir, tanpa menutup paip. Lebih lagi kita mengabaikan rancangan mitigasi hari ini, lebih ramai orang akan menderita, dan kos untuk adaptasi akan meningkat manakala keberkesanannya pada masa hadapan akan berkurang. – Greenpeace Malaysia

English version

Malaysia needs both climate change mitigation and adaptation plan

An adaptation plan without a mitigation plan is like pouring the water out of a flooded bathroom without closing the tap

The effects of climate change are causing significant economic losses for Malaysia, undermining infrastructure and development efforts and affecting livelihoods.

READ MORE:  Durian plantations are to blame, say Baling villagers

We saw this last December 2021 with flooding in several states that claimed 55 lives and affected 125,000 people, leaving 50,000 cars damaged and broken down and leading to about RM2.6bn in property damages. To address these challenges and move towards becoming climate-resilient, the government must also prioritise a transition to a low carbon economy.

This means not just climate adaptation but reducing or preventing emissions of greenhouse gases by curbing the use of fossil fuels and moving to renewable sources of energy. Without clean energy sources, even the proposed use of electric vehicles will not reduce greenhouse gas emissions effectively.

A recent study by the Centre for Research on Energy and Clean Air and Greenpeace Malaysia reported that in 2019 alone, Malaysia lost almost RM303bn (S$73bn) due to ambient air pollution, mostly from power plants and industrial activities.

Even worse, it is estimated that 32,000 people die every year due to air pollution in the country.

But these deaths can be avoided. Climate change mitigation will enable authorities to implement more ambitious targets and policies for cleaner air.

Mitigation also entails making older equipment and buildings more energy efficient, changing management practices and consumer behaviour, and redesigning urban spaces and transport systems. It will require both state governments and local governments to scrutinise town and urban planning, state structure plans, local plans, and even building designs, such as lighting and temperature regulation systems.

Furthermore, we need to stop deforestation and restore our natural habitats for critical carbon capture ability.

Studies have also linked deforestation to increased flooding in Malaysia, and the latest Kuala Lumpur city plan audit revealed that development projects have been causing increased flash floods and congestion.

READ MORE:  Stopping climate change in its tracks

These highlight the urgent need to not only end deforestation but also increase reforestation efforts and strengthen urban planning to ensure more city vegetation is protected and expanded.

Malaysia needs both climate change mitigation and adaptation plans – they are both equally important.

An adaptation plan without a mitigation plan is like pouring the water out of a flooded bathroom without closing the tap. The less we choose to mitigate today, the more people will suffer and adaptation will become costly and ineffective in the future. – Greenpeace Malaysia



AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments