Malaysia digesa beralih ke sisa sifar, batalkan cadangan insinerator sisa-kepada-tenaga (Malay/English)

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) telah bersama-sama menyerahkan memorandum bertajuk “Malaysia mesti bergerak ke arah sisa sifar: bantahan loji insinerator sisa kepada tenaga” kepada perdana menteri, kementerian serta agensi yang berkaitan pada 14 Ogos 2024.

Memorandum ini menggesa pembatalan cadangan pembinaan loji sisa-kepada-tenaga (waste-to-energy) di Malaysia dan menyeru peralihan kepada sisa sifar (zero waste).

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengumumkan rancangan untuk membina 18 loji sisa-kepada-tenaga di Malaysia menjelang 2040.

Laporan Bernama bertarikh 1 Julai memetik Menteri KPKT Nga Kor Ming bahawa 18 cadangan loji sisa-kepada-tenaga akan dibina di lokasi-lokasi berikut iaitu Kedah (Jabi dan Padang Cina); Johor (Bukit Payung, Seelong dan Sedili); Pahang (Jabor-Jerangau dan Belenggu); Melaka (Sungai Udang); Kuala Lumpur (Rawang); Selangor (Jeram, Tanjung 12 dan Rawang 2); Pulau Pinang (Pulau Burung); Perak (Lahat, Taiping dan Manjung), Terengganu (Tertak Batu) dan Kelantan (Jedok).

Kami menentang sekerasnya cadangan pembinaan loji sisa-kepada-tenaga ini.

Insinerasi sisa-kepada-tenaga menimbulkan risiko alam sekitar dan kesihatan yang ketara kerana ia melepaskan bahan pencemar berbahaya seperti dioksin, furan, logam berat, dan partikel halus. Ia bercanggah dengan prinsip ekonomi kitaran dengan mengabaikan aktiviti kitar semula dan pengkomposan sambil menghasilkan abu berbahaya yang meningkatkan ketoksikan sisa.

Selain itu, insinerator sisa-kepada-tenaga tidak boleh dianggap sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui kerana ia bergantung kepada sisa yang tidak boleh diperbaharui, yang menghalang usaha kitar semula dan pemuliharaan sumber.

Insinerasi sisa-kepada-tenaga adalah kaedah penjanaan tenaga yang paling mahal dan paling tidak cekap serta melepaskan gas rumah hijau yang menyumbang kepada perubahan iklim.

Teknologi insinerator sisa yang baharu didakwa beroperasi dengan lebih bersih dan dengan kesan terhadap alam sekitar yang kurang. Namun begitu, bahan pencemar masih dihasilkan, dengan fasiliti yang dinaik taraf memerlukan servis yang kerap untuk mengekalkan had paras pelepasan.

READ MORE:  What a waste problem we have!

Ada yang menyatakan bahawa teknologi insinerator yang lebih baharu dengan jadual penyelenggaraan yang mantap mungkin kurang berbahaya.

Tetapi penyakit daripada pendedahan kepada emisi insinerator cenderung untuk menjadi nyata hanya selepas bertahun-tahun pendedahan kumulatif. Jadi adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan bahawa teknologi baharu ini meningkatkan keselamatan.

Untuk menangani cabaran pengurusan sisa di Malaysia, CAP dan SAM mengesyorkan pendekatan sisa sifar, yang menekankan kecekapan, pemulihan, dan pemuliharaan sumber.

Strategi ini termasuk pengurangan sisa, pengkomposan, kitar semula, penggunaan semula, pengisian semula, pembaikan dan perubahan dalam tabiat penggunaan.

Menambah baik infrastruktur pengumpulan dan pengasingan sisa, menyokong amalan ekonomi kitaran, dan melaksanakan tanggungjawab pengeluar lanjutan (extended producer responsibility) adalah langkah penting.

Selain itu, melaksanakan program kitar semula sisa elektronik, sistem bayaran balik deposit, dan inisiatif penggunaan semula dan pengisian semula akan menyokong lagi pengurusan sisa yang mampan.

Sebagai kesimpulan, CAP dan SAM menegaskan bahawa insinerator sisa-kepada-tenaga adalah penyelesaian palsu kepada krisis sisa dan tenaga kita.

Kami menggesa kerajaan untuk memberi tumpuan kepada pendekatan sisa sifar yang lebih kos efektif dan selamat, menjana pekerjaan, melindungi alam sekitar, dan menyumbang kepada komuniti yang berdaya tahan dan mampan.

Memorandum ini boleh dirujuk di sini. – CAP/SAM

English version

NGOs urge Malaysia to transition to zero waste, cancel waste-to-energy incineration plans

The Consumers’ Association of Penang (CAP) and Sahabat Alam Malaysia (SAM) have jointly submitted a memorandum titled “Malaysia must move towards zero waste: The case against waste-to-energy incineration” to the prime minister, relevant ministries and agencies on 14 August.

The memorandum urges for the cancellation of the proposed waste-to-energy incineration projects in Malaysia and calls for a transition to zero waste.

READ MORE:  Bantahan terhadap cadangan pembinaan 18 loji waste-to-energy

The Ministry of Housing and Local Government has announced plans to build 18 waste-to-energy plants in Malaysia by 2040. A Bernama report dated 1 July quoted Minister Nga Kor Ming as saying that the 18 proposed waste-to-energy plants will be built in Kedah (Jabi and Padang Cina); Johor (Bukit Payung, Seelong and Sedili); Pahang (Jabor-Jerangau and Belenggu); Malacca (Sungai Udang); Kuala Lumpur (Rawang); Selangor (Jeram, Tanjung 12 and Rawang 2); Penang (Pulau Burung); Perak (Lahat, Taiping and Manjung), Terengganu (Tertak Batu) and Kelantan (Jedok).

We strongly oppose the proposed development of these waste-to-energy incinerators.

Waste-to-energy incineration poses significant environmental and health risks, as it releases harmful pollutants like dioxins, furans, heavy metals and particulate matters. It contradicts circular economy principles by discouraging recycling and composting while generating hazardous ash that exacerbates waste toxicity.

Moreover, waste-to-energy incinerators do not qualify as renewable energy sources since they rely on non-renewable waste, which hinders recycling efforts and resource conservation.

Waste-to-energy incineration is the most expensive and least efficient method of energy generation.

Furthermore, these incinerators emit more carbon dioxide per megawatt hour than fossil fuel power plants, contributing to climate change.

Newer waste incinerator technologies are claimed to run more cleanly and with less environmental impact. Nevertheless, pollutants are still produced, with upgraded facilities requiring regular service to maintain emission levels.

There is some suggestion that newer incinerator technologies with robust maintenance schedules may be less harmful, but diseases from exposures tend to manifest only after many years of cumulative exposure. So it is premature to conclude that these newer technologies improve safety.

READ MORE:  Former MP's irresponsible food dumping highlights ignorance of food security, waste management issues

To address Malaysia’s waste management challenges, CAP and SAM advocate for a zero-waste approach, emphasising resource efficiency, recovery and conservation. This strategy includes waste reduction, composting, recycling, reuse, refill, repair and changes in consumption habits.

Enhancing waste collection and sorting infrastructure, supporting circular economy practices and implementing extended producer responsibility are crucial steps.

Additionally, establishing dedicated e-waste recycling programmes, deposit-refund systems, and reuse-and-refill initiatives will further support sustainable waste management.

In conclusion, CAP and SAM reiterate that waste-to-energy incinerators are false solutions to our waste and energy crisis, and we strongly urge the government to focus on zero-waste approaches that are cost-effective, safer, generate jobs, protect the environment, and contribute to resilient and sustainable communities.

The memorandum can be viewed here. – CAP/SAM

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments