
[ENGLISH VERSION BELOW] CSO Platform for Reform mengambil maklum seruan yang dibuat oleh menteri yndang-undang dan reformasi institusi, Azalina Othman Said, serta kumpulan G25 yang terdiri daripada bekas penjawat awam untuk memperkenalkan undang-undang yang mengharamkan pembiayaan asing kepada parti politik dan calon di Malaysia.
Langkah ini penting untuk mencegah campur tangan asing dalam urusan dalaman negara, mempertahankan kedaulatan negara dan memperkukuh kepercayaan awam terhadap proses pilihan raya.
Ini sejajar dengan amalan terbaik antarabangsa untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam pendanaan politik.
Risiko yang berkaitan dengan pembiayaan politik yang tidak terkawal daripada luar negara adalah sangat besar. Pembiayaan luar mungkin membawa kepada agenda tersembunyi yang berpotensi menjejaskan keputusan politik dan melemahkan nilai-nilai demokrasi Malaysia.
Untuk menangani risiko ini, kami mengulangi perlunya untuk mewujudkan sebuah akta pendanaan politik yang secara jelas melarang sumbangan asing, serta sumbangan daripada agensi berkaitan kerajaan dan entiti yang mempunyai konflik kepentingan.
Pelaksanaan peraturan yang jelas mengenai pembiayaan politik adalah penting untuk menggalakkan lebih banyak sumbangan domestik.
CSO Platform for Reform percaya bahawa ketelusan dan akauntabiliti dapat menangani keraguan awam terhadap penyalahgunaan dana. Kerangka kerja yang betul akan membina kepercayaan dan memperkasakan individu serta organisasi untuk menyokong proses demokrasi tanpa rasa takut terhadap eksploitasi.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
Kami bersedia untuk menyokong kerajaan “Madani” dalam usaha ini dan menyeru semua pihak berkepentingan untuk memberi keutamaan kepada pembaharuan penting ini demi melindungi integriti demokrasi Malaysia. – CSO Platform
English version
Ban political funding from abroad
CSO Platform for Reform strongly supports the recent call by the minister responsible for law and institutional reform, Azalina Othman Said, and the G25 group of retired civil servants to introduce legislation banning foreign funding for political parties and candidates in Malaysia.
Such a measure is essential to prevent foreign interference in domestic affairs, uphold national sovereignty and strengthen public trust in the electoral process.
This would align with international best practices aimed at ensuring transparency and accountability in political financing.
The risks associated with unregulated foreign funding in political financing are significant. External funding may come with hidden agendas, potentially compromising the decision-making of political actors and undermining Malaysia’s democratic values.
To address these risks, we echo the need for a robust political financing act that explicitly prohibits foreign donations, as well as contributions from government-linked agencies and entities with conflicts of interest.
Implementing clear rules on political financing is crucial to encouraging more domestic contributions.
The CSO Platform for Reform believes that transparency and accountability can address public doubts about fund misuse. A proper framework will build trust and empower individuals and organisations to support the democratic process without fear of exploitation.
We stand ready to support the government in these efforts and call on all stakeholders to prioritise this critical reform to protect Malaysia’s democratic integrity. – CSO Platform
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme