Luluskan undang-undang peruntukan dana yang saksama / Enact laws to ensure equitable constituency funds

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Projek Kestabilan and Akauntabiliti untuk Malaysia (Projek Sama) mengalu-alukan seruan semula pengerusi kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo, agar kerajaan menghormati janji Pakatan Harapan untuk memberikan peruntukan dana pembangunan kawasan (constituency development fund) yang saksama kepada semua Ahli Parlimen (MP), serta agar komitmen ini dikukuhkan melalui perundangan.

Pada masa yang sama, kami menggesa kerajaan negeri Pulau Pinang dan kerajaan negeri Selangor bertindak segera untuk masing-masing meluluskan undang-undang dana pembangunan kawasan saksama mereka sendiri.

Kedua-dua negeri ini ditadbir oleh PH dengan majoriti yang selesa, dan tidak berdepan sebarang kekangan tawar-menawar gabungan yang merumitkan reformasi di peringkat persekutuan. Justeru, tiada sebab munasabah dana pembangunan kawasan saksama tidak dapat diluluskan di Pulau Pinang dan Selangor.

Di peringkat persekutuan, dana pembangunan kawasan pada masa ini ditadbir sebagai peruntukan dalaman Jabatan Perdana Menteri, yang diberi atau ditahan berdasarkan penilaian kerajaan terhadap kesetiaan politik seseorang MP. Susunan yang serupa wujud di peringkat negeri, berpusat pada menteri besar atau ketua menteri.

Pada kedua-dua peringkat ini, walaupun di Perak dan Kelantan di mana semua ahli dewan undangan negeri pada masa ini menerima dana pembangunan kawasan secara saksama, layanan saksama ini tidak dijamin oleh undang- undang. Ia hanya berterusan atas budi bicara perdana menteri, menteri besar, atau ketua menteri, dan boleh ditarik balik pada bila-bila masa.

Pengumuman perdana menteri baru-baru ini mengenai tambahan RM1j bagi setiap kawasan parlimen adalah wajar dialu-alukan. Namun ia tidak menangani isu utama yang dibangkitkan.

Perdana menteri sendiri telah mengakui bahawa peruntukan diberikan kepada MP berdasarkan sokongan politik, dengan menyatakan bahawa MP yang tidak lagi menyokong kerajaan sebaliknya akan diminta untuk “buat CSR”.

READ MORE:  Can Malaysia break the politics of patronage?

Inilah tepatnya dasar peruntukan berbudi bicara dan berdasarkan naungan politik yang telah diberi amaran oleh pertubuhan masyarakat sivil.

Menggambarkan dana pembangunan kawasan sebagai dana yang disalurkan “terus kepada rakyat” sambil pada masa yang sama menggunakan akses kepada dana tersebut sebagai pengaruh ke atas wakil rakyat yang dipilih merupakan percanggahan dalaman yang tidak boleh diteruskan oleh kerajaan.

Dana awam yang ditadbir melalui budi bicara eksekutif yang boleh ditarik balik secara sepihak seperti ini – berbanding formula berstatutori yang telus dan berasaskan peraturan – akan sentiasa terdedah kepada penyalahgunaan sebagai alat pematuhan politik, tidak kira gabungan mana yang memerintah.

Projek Sama menegaskan semula bahawa ini bukanlah tuntutan baharu. Sebaliknya, ia adalah janji PH sendiri kepada rakyat dalam manifesto 2022 mereka.

Lebih tiga tahun memerintah, janji ini masih belum ditunaikan. Sebarang kelewatan lanjut hanya akan menghakis kredibiliti komitmen reformasi PH yang lain dan menguatkan hujah bahawa manifesto hanyalah alat kempen, bukan komitmen pentadbiran.

Menjelang pilihan raya umum akan datang, kegagalan berterusan PH menggubal undang-undang dana pembangunan kawasan saksama adalah liabiliti yang diciptakan sendiri, dan boleh dielakkan sepenuhnya.

Sebaliknya, Pulau Pinang dan Selangor adalah kedua-dua negeri yang ditadbir PH dengan kuasa perundangan dan eksekutif untuk meluluskan undang-undang dana pembangunan kawasan saksama di peringkat negeri dengan segera.

Berbuat demikian akan membuktikan bahawa komitmen PH tidak terhad kepada retorik mengenai reformasi persekutuan, tetapi sesuatu yang PH sanggup amalkan di negeri-negeri yang sudah ditadbirnya.

Ini juga pasti akan mengukuhkan kewibawaan moral PH untuk menuntut standard yang sama daripada Putrajaya dan setiap kerajaan negeri lain di Malaysia. – Projek Sama

English version

Enact law for fair equitable constituency deelopment funds, starting with Penang and Selangor

Projek Stability and Accountability for Malaysia (Projek Sama) welcomes DAP national chairman Gobind Singh Deo’s renewed call for the government to honour Pakatan Harapan’s pledge of equal constituency development funds allocations for all MPs, and for this commitment to be locked in through legislation.

READ MORE:  Hilang akses peruntukan tanpa sebab dinyatakan

At the same time, we urge the Penang and Selangor state governments to move immediately and enact their own laws for equitable constituency development funds respectively.

Both states are governed by PH with comfortable majorities, and neither faces any of the coalition-bargaining constraints that complicate reform at the federal level. Thus, there is no reason laws for equitable constituency development funds cannot be passed in Penang and Selangor.

At the federal level, constituency development funds are presently administered as internal allocations by the Prime Minister’s Department, disbursed and withheld according to the government’s assessment of an MP’s political allegiance. A similar arrangement exists at the state level, centred on the menteri besar or chief minister.

At both levels, even in Perak and Kelantan, where all state assembly members currently receive equal constituency development funds, this equal treatment is not guaranteed by law. It continues only at the discretion of the prime minister, menteri besar or chief minister, and can be withdrawn at any time.

The prime minister’s recent announcement of an additional RM1m for every parliamentary constituency is welcome. But it does not address the core issues complained of.

The prime minister has himself acknowledged that allocations flow to MPs on the basis of political support, stating that MPs who no longer back the government would instead be asked to “do CSR”.

This is precisely the discretionary, party-favoured model of allocations that civil society organisations warned against. Framing constituency development funds as funds that go “directly to the Rakyat (people)” while simultaneously using access to those same funds as leverage over elected representatives is an internal contradiction that the government cannot sustain.

READ MORE:  Wong Chen's blocked portal and what it reveals

Public money administered through such unilaterally revocable executive discretion, rather than a transparent, rule-based statutory formula, will always be vulnerable to being weaponised for political compliance, regardless of which coalition is in power.

Projek Sama reiterates that this is not a new demand. It is PH’s own promises to voters in their 2022 manifesto. More than three years into government, this pledge remains unfulfilled.

Any further delay will only erode the credibility of PH’s other reform commitment and lends weight to the argument that manifestos are campaign instruments, rather than governing commitments.

Ahead of the next general election, PH’s continued failure to legislate equal constituency development funds is a self-inflicted liability of its own making, and a fully avoidable one.

On the other hand, Penang and Selangor are both PH-helmed states with the legislative and executive means to enact laws for equitable state-level constituency development funds immediately.

Doing so would demonstrate that PH’s commitment is not confined to rhetoric about federal reform, but is something PH is prepared to practise in the states it already controls.

It would certainly strengthen PH’s moral authority to demand the same standard of Putrajaya and of every other state government in Malaysia. – Projek Sama

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted