Lindungi orang ramai daripada pencemaran udara (Malay/English)

Haze has periodically blanketed parts of the country - File photo
  • [ENGLISH VERSION BELOW] Pada Hari Udara Bersih Antarabangsa untuk langit biru ini (7 September), Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa Malaysia supaya bertindak segera terhadap pencemaran udara yang merupakan risiko kesihatan alam sekitar terbesar pada zaman ini.

Menurut PBB, lebih 99% orang ramai pada hari ini menghirup udara yang tidak selamat. Pendedahan ini boleh menyebabkan strok, penyakit jantung dan paru-paru, kanser dan banyak lagi. Secara global, udara tercemar membunuh 6.7 juta orang setiap tahun dan 2.4 bilion orang terdedah kepada paras berbahaya pencemaran udara isi rumah.

Kami menggesa kerajaan untuk melindungi kesihatan orang ramai dan melaksanakan dasar serta amalan yang baik bagi mengurangkan pelepasan dengan ketara daripada lima sektor berikut yang dikenal pasti di peringkat antarabangsa sebagai sumber utama pencemaran udara yang didorong oleh manusia:

  • Pengangkutan – Bahan zarah halus termasuk karbon hitam, ozon dan nitrogen dioksida semuanya dikaitkan dengan pelepasan daripada sektor pengangkutan global. Pendedahan kepada pelepasan kenderaan dikaitkan dengan sehingga 400,000 kematian awal setahun dan kira-kira $1 trilion dalam kerosakan kesihatan
  • Industri – Industri melepaskan sejumlah besar karbon monoksida, hidrokarbon, zarah dan bahan kimia ke udara
  • Sisa – Pembakaran bahan buangan secara terbuka membebaskan metana, bahan zarah, bahan pencemar organik berterusan dan toksin lain. Ia memasuki rantaian makanan dan ekosistem, mengancam kesihatan manusia dan alam sekitar
  • Isi rumah – Zarah termasuk karbon hitam, karbon monoksida, plumbum dan merkuri adalah bahan pencemar utama daripada pembakaran bahan api pepejal dalam api terbuka dan dapur yang tidak cekap di dalam rumah. Pencemaran udara isi rumah menyebabkan 4.3 juta kematian awal setiap tahun
  • Pertanian – Metana yang dihasilkan daripada proses pertanian dan ternakan menyumbang kepada pencemaran udara ozon di paras tanah menyebabkan asma dan penyakit pernafasan lain. Metana juga merupakan gas rumah hijau berkuasa yang menyumbang kepada sebanyak 45% pemanasan global bersih semasa. Pembakaran terbuka untuk membersihkan ladang dan tanah pertanian merupakan penyumbang utama pencemaran zarah termasuk karbon hitam

Pencemaran udara juga berkait rapat dengan krisis iklim yang semakin teruk dan ia memberi kesan kepada ekosistem, mengancam jaminan keselamatan makanan dan produktiviti ekonomi.

Kami menggesa agar pihak berkuasa supaya sentiasa memantau kualiti udara di negara ini, bekerjasama dan membolehkan tindakan merentasi semua sektor utama bagi menangani masalah itu dan melindungi kesihatan dan mata pencarian.

READ MORE:  Haze: A burning issue

Langkah-langkah boleh diambil dalam pengangkutan, bangunan dan bidang lain untuk menjana manfaat udara bersih dan melindungi orang ramai daripada toksin dan bahan pencemar yang berbahaya. CAP menggesa pihak berkuasa supaya:

  • Mengeluarkan peraturan baharu bagi mengurangkan bahan pencemar udara berbahaya daripada sumber perindustrian
  • Memastikan dasar yang baik bagi menambah baik pengurusan sisa pepejal perbandaran dan mengurangkan pelepasan daripada sektor itu
  • Melaksanakan pelan tindakan kualiti udara tempatan dan negara
  • Memperkenalkan dasar yang meningkatkan akses kepada sumber tenaga yang bersih dan tidak mencemarkan di semua rumah
  • Sentiasa memantau kualiti udara dan menilai semua sumber pencemaran dan menanganinya dengan segera
  • Memaksa perniagaan untuk menggunakan amalan lestari dari segi ekologi, ekonomi dan sosial yang mengurangkan pencemaran udara

Bagi orang ramai, pihak berkuasa hendaklah:

  • Menyediakan pengangkutan awam percuma di kawasan bandar untuk meningkatkan kesedaran bagi menggalakkan pemandu meninggalkan kereta mereka di rumah
  • Menganjurkan jalan-jalan mesra alam sekitar dan acara berbasikal awam untuk menggalakkan berjalan kaki dan berbasikal
  • Berkongsi bahan pendidikan dalam talian untuk sekolah tempatan
  • Mengadakan jalan bebas kereta
  • Mencipta ruang hijau di bandar untuk membantu menghilangkan beberapa bahan pencemar

Pihak berkuasa juga perlu menjalankan kempen awam secara berkala untuk menasihati orang ramai supaya:

  • Kurangkan sisa, kompos makanan, kitar semula sampah bukan organik, guna semula beg runcit dan jangan membakar sampah
  • Beralih kepada diet kaya tumbuhan, kurangkan produk plastik sekali guna dan pertimbangkan cara mengembara melalui cara yang kurang mencemarkan
  • Gunakan pengangkutan awam, berbasikal atau berjalan kaki untuk bersiar-siar

CAP menasihatkan pengguna untuk mengelak daripada menghabiskan masa yang lama di tempat-tempat di mana pencemaran terkumpul seperti jalan raya yang sibuk. Jika berjalan kaki atau berbasikal, menggunakan laluan yang jauh dari jalan yang sesak boleh mengurangkan separuh daripada pendedahan.

Kita semua boleh membantu mengurangkan pencemaran dalam kehidupan seharian kita. Marilah kita semua “Bersama-sama untuk udara bersih”, seperti yang dianjurkan dalam tema untuk sambutan tahunan ke-empat Hari Udara Bersih Antarabangsa untuk langit biru tahun ini. – CAP

READ MORE:  Haze: A burning issue

Mohideen Abdul Kader adalah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang

English version

Protect the public against air pollution

On this International Day of Clean Air for blue skies (7 September), the Consumers Association of Penang calls on the Malaysian authorities to act urgently on air pollution, the biggest environmental health risk of our time.

According to the UN, over 99% of people today breathe unsafe air. Exposure can lead to stroke, heart and lung diseases, cancer and more. Globally, polluted air kills 6.7 million people per year, and 2.4 billion people are exposed to dangerous levels of household air pollution.

We call on the government to protect public health and implement good policies and practices to significantly reduce emissions from the following five sectors, which have been internationally identified to be the main sources of human-driven air pollution:

  • Transport – Fine particulate matter, including black carbon, ozone and nitrogen dioxide are all linked to emissions from the global transport sector. Exposure to vehicle emissions is linked to up to 400,000 premature deaths a year and approximately $1tn in health damages
  • Industry – Industries release large amounts of carbon monoxide, hydrocarbons, particulate matter and chemicals into the air
  • Waste – The open burning of waste releases methane, particulate matter, persistent organic pollutants and other toxins. These enter the food chain and ecosystems, threatening human and environmental health
  • Households – Particulate matter including black carbon, carbon monoxide, lead and mercury are the main pollutants from burning solid fuels in open fires and inefficient stoves inside homes. Household air pollution causes 4.3 million premature deaths annually
  • Agriculture – Methane, generated from agricultural processes and livestock, contributes to ground-level ozone air pollution, causing asthma and other respiratory illnesses. Methane is also a powerful greenhouse gas that has contributed to as much as 45% of current net-global warming. Open burning to clear agricultural fields and land is a leading contributor of particulate pollution including black carbon

Air pollution is also strongly correlated with the worsening climate crisis, and it affects ecosystems, threatening food security and economic productivity. We urge the authorities to constantly monitor air quality in the country, collaborate with and enable action across all key sectors to tackle the problem and protect health and livelihoods.

READ MORE:  Haze: A burning issue

Measures can be taken in transport, buildings and other areas to generate clean air benefits and protect the public from harmful toxins and pollutants. CAP calls on the authorities to:

  • Come out with new regulations to reduce harmful air pollutants from industrial sources
  • Ensure good policies that improve municipal solid waste management and reduce emissions from that sector
  • Implement local and national air quality action plans
  • Introduce policies that increase access to clean, non-polluting energy sources in all homes
  • Regularly monitor air quality and assess all pollution sources and tackle them immediately
  • Compel businesses to use ecologically, economically and socially sustainable practices that reduce air pollution

For the public, the authorities should:

  • Provide free public transport in urban areas to raise awareness to encourage drivers to leave their cars at home
  • Organise eco-walks and public cycling events to promote walking and bicycling
  • Share online educational materials for local schools
  • Create car-free streets
  • Create green spaces in cities to help remove some pollutants

The authorities should also conduct regular public campaigns to advise people to:

  • Reduce waste, compost food, recycle non-organic trash, reuse grocery bags and don’t burn trash
  • Switch to a plant-rich diet, cut single-use plastic products and consider ways of travelling through means that pollute less
  • Use public transport, cycle or walk to get around

CAP advises consumers to avoid spending long periods of time in places where pollution builds up, such as busy roads. If you travel on foot or on a bike, using routes away from congested roads can cut exposure by half.

We can all help reduce pollution in our daily lives. Let’s all come “Together for clean air”, as advocated in the theme for this year’s fourth annual celebration of the International Day of Clean Air for blue skies. – CAP

Mohideen Abdul Kader is president of Consumers Association of Penang (CAP)

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments