#Lawan: Ini bukan pengakhiran, terima kasih anak muda!

163 views

Sekretariat Solidariti Rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada ribuan anak muda dan rakyat Malaysia yang hadir secara fizikal mahupun secara maya dalam himpunan #KeluarDanLawan hari ini.

Ribuan anak muda telah turun untuk menuntut Perdana Menteri Mahiaddin Yasin segera meletakkan jawatan.

Namun di peringkat Sekretariat, kami kecewa tidak dapat berarak ke Dataran Merdeka walaupun pihak polis sendiri mengakui bahawa perhimpunan ini berjalan secara aman.

Pihak kami memilih Dataran Merdeka kerana lokasi tersebut akan memudahkan pengawalan prosedur operasi standard (SOP), terutamanya penjarakan sosial. Kita berjaya mengawal SOP dengan baik dan semua peserta memakai pelitup muka serta menjaga jarak antara satu sama lain.

Pihak Sekretariat Solidariti Rakyat menganggarkan seramai lebih 2,000 anak muda turun berhimpun. Dengan penjarakan sosial yang dibuat, barisan yang terbentuk dianggarkan sepanjang 3km.  

Hampir 2,000 anak muda turun ke jalan menyatakan suara untuk mendesak Mahiaddin meletakkan jawatan dan lebih 272,000 ciapan (tweet) berkenaan #Lawan serta 20,000 ciapan mendesak agar Dataran Merdeka dibuka.

Ini menjadi bukti bahawa rakyat terutamanya anak muda sudah muak dengan pentadbiran Mahiaddin yang gagal mengemudi negara untuk keluar daripada pandemik Covid.

Hari ini, peserta-peserta kami juga telah menunjukkan bahawa kita boleh dan mampu protes di jalanan dengan selamat untuk menegakkan hak-hak kita. Terima kasih buat para peserta dan sukarelawan kami kerana mendengar arahan marsyal-marsyal protes dan berjaya mematuhi SOP sepenuhnya.

Anak-anak muda kita sedang bersuara bagi setiap rakyat Malaysia yang tidak boleh, atau tidak akan keluar protes walaupun mereka sedang merasai kesan tatatadbir yang gagal dan juga penindasan.

Sukarelawan-sukarelawan perubatan kami juga akan terus #Lawan di hospital, pusat-pusat kuarantin, pusat pemberian vaksin dan di jalanan kerana berdiam diri bukan lagi satu pilihan.

READ MORE:  Anak muda terus #Lawan biar seribu intimidasi

Petang tadi, kami baharu sahaja menerima berita bahawa lima orang penganjur daripada Sekretariat kami telah dipanggil untuk memberi kenyataan kepada polis di ibu pejabat Polis Dang Wangi pada jam 10 pagi esok. Mereka merupakan Mohamad Al Shatri Abdullah, Mohammad Asraf Sharafi Mohammad Azhar, Tharmelinggem Pillai, Qyira Yusri dan Sevan Doraisamy.

 Sekali lagi, kami mengingatkan Mahiaddin serta seluruh kabinet untuk segera berundur dan meletakkan jawatan. Ini bukan pengakhiran kepada tuntutan anak muda. Kita tidak akan sesekali berundur.

 Sekiranya hari ini kita tidak melawan, kita akan ditindas lagi dan lagi! Hidup rakyat!

#Lawan

– Sekretariat Solidariti Rakyat

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments