Laporan penting tentang kanak-kanak yang mengalami keganasan rumah tangga dilancarkan (BM/ENG)

1
58
Launch of WAO Case Study Report

[ENGLISH VERSION BELOW] Seiring ulang tahun Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ke-30, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) melancarkan sebuah laporan penting buat julung-julung kalinya di Malaysia.

Laporan ini mengetengahkan pengalaman kanak-kanak yang mengalami keganasan rumah tangga di Malaysia, sekali gus memperlihatkan betapa hak kanak-kanak perlu diambil kira dalam respons keganasan rumah tangga.

Laporan kajian kes WAO bertajuk “Bagaimana dengan Anak-anak?: Hak Kanak-kanak yang Mengalami Keganasan Rumah Tangga” mengandungi 21 kajian kes yang menyorot pelbagai pandangan dan pengalaman kanak-kanak yang mengalami keganasan rumah tangga, termasuk kanak-kanak yang menjadi sasaran langsung keganasan ayah mereka dan kanak-kanak yang menjadi saksi keganasan ayah terhadap ibu mereka.

“Keperluan serta kepentingan terbaik kanak-kanak adakalanya dilepas pandang dalam sesebuah respons terhadap keganasan rumah tangga,” ujar Sumitra Visvanathan, pengarah eksekutif WAO.

“Menerusi laporan kajian kes yang dikumpul berdasarkan kes-kes WAO dengan rakan penyedia perkhidmatan kami, termasuklah sesi temu bual dengan kanak-kanak, kami berharap agar suara anak-anak ini tampil sebagai faktor penting ketika melakukan respons dalam kes keganasan rumah tangga.”

Laporan “Bagaimana dengan Anak-anak?” ini mengajukan agar respons terhadap keganasan rumah tangga mengambil pendekatan bertunjangkan hak kanak-kanak, dengan berlandaskan empat prinsip teras dalam Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak PBB (CRC).

“CRC menekankan prinsip teras iaitu tiada diskriminasi, perlunya pelibatan kanak-kanak, menegakkan kepentingan terbaik bagi kanak-kanak, dan hak kanak-kanak untuk hidup, kemandirian, dan perkembangan mereka,” tegas Sumitra.

“Kami percaya bahawa empat prinsip teras ini perlu dijadikan pertimbangan utama dalam setiap aspek melibatkan respons terhadap keganasan rumah tangga, bermula daripada tindakan pihak polis, kepada jabatan kebajikan, pihak hospital, penggubal undang-undang, sehinggalah badan-badan bukan kerajaan.”

Matlamat utama laporan WAO ini adalah bagi membantu pembaca memahami rangka kerja undang-undang sedia ada serta mekanisme perlindungan yang tersedia bagi anak-anak mangsa keganasan rumah tangga.

Laporan ini turut menyasarkan agar pembaca dapat mendalami pengalaman anak-anak mangsa yang mengharungi keganasan rumah tangga – dan bagaimana mereka berusaha mendapatkan bantuan untuk menyelamatkan diri.

Selain itu, laporan tersebut turut menyenaraikan beberapa saranan penting kepada pihak berkepentingan bagi mengangkat faktor kepentingan terbaik anak-anak dalam usaha mengelakkan dan ketika berdepan dengan kes keganasan rumah tangga.

READ MORE:  Law reform must include 98 days’ maternity leave, seven days’ paternity leave

Antara saranan yang dikemukakan adalah bagi pihak polis, secara automatik, mengambil kira tentang anak-anak mangsa yang menjadi saksi akan keganasan rumah tangga dalam surat rujukan permohonan perintah perlindungan interim (IPO). Hal ini kerana menyedari akan trauma dan bahaya yang menimpa anak-anak ini rentetan hidup dalam rumah tangga yang ganas.

Selain itu, saranan turut dibuat kepada Kementerian Pendidikan untuk memberi tanggungjawab kepada guru dan pentadbir sekolah untuk melaporkan kes keganasan rumah tangga dan penderaan terhadap anak-anak ini sejurus terdapat risiko ke atas kebajikan mereka.

Menurut sebuah kajian global oleh Unicef, sekitar 275 juta kanak-kanak seluruh dunia terdedah kepada keganasan rumah tangga, sedangkan ini hanyalah suatu anggaran konservatif. Hal ini memandangkan pelaporan kes keganasan rumah tangga masih rendah dan pada tahap kronik, juga kerana ketandusan data tentang bilangan kanak-kanak yang mengalami keganasan rumah tangga.

Walaupun angka sebenar kanak-kanak di Malaysia yang pernah menyaksikan keganasan rumah tangga atau mengalaminya secara langsung tidak diketahui, namun kajian oleh Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender Universiti Sains Malaysia menunjukkan bahawa, daripada 9% wanita Malaysia yang pernah berpasangan dan mengalami keganasan rumah tangga, 73% daripada mereka melaporkan bahawa anak-anak mereka pernah melihat atau mendengar keganasan yang berlaku. Angka ini bersamaan dengan bilangan anak-anak kepada 584,000 wanita yang pernah menjadi saksi akan keganasan rumah tangga.

Laporan ‘Bagaimana dengan Anak-anak?: Hak Kanak-kanak yang Mengalami Keganasan Rumah Tangga’ ini dilancarkan oleh Hannah Yeoh bersempena dengan majlis pecah tanah Pusat Jagaan Kanak-Kanak WAO yang baharu, yang kini sedang dibangunkan secara usahasama dengan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia Belia (Rehda Youth).

“Kami gembira kerana dapat berkongsi dapatan kajian kami bersama-sama penggubal dasar dan pihak berkepentingan utama,” begitu menurut Sumitra.

“Kami berharap, sebagai sebuah masyarakat, kita mampu berganding bahu untuk melaksanakan saranan-saranan yang telah diajukan bagi memastikan kita mampu memberikan respons terbaik kepada anak-anak mangsa keganasan rumah tangga,” begitu menurut Sumitra.

Laporan ‘Bagaimana dengan Anak-anak?: Hak Kanak-kanak yang Mengalami Keganasan Rumah Tangga’ boleh dilayari di wao.org.my

READ MORE:  It’s their future, so let the young have a say

English version

WAO launches landmark report on child domestic violence survivors

As the UN Convention on the Rights of the Child celebrates its 30th year in force, the Women’s Aid Organisation (WAO) is launching the first report to highlight the experiences of child domestic violence survivors in Malaysia and underscore the need for child rights to be integrated into domestic violence response.

The WAO case study report, entitled “Where’s the Child? The Rights of Child Domestic Violence Survivors”, includes 21 case studies illustrating the varying experiences of child domestic violence survivors, including those who have directly experienced abuse or witnessed the abuse of their mother by their father.

“The needs and best interests of the children are sometimes overlooked in domestic violence response,” said Sumitra Visvanathan, executive director of WAO.

“Through these case studies, which were compiled based on cases from WAO and partner service providers, as well as from interviews conducted with child survivors, we hope to put the voice of the child at the forefront of domestic violence response.”

The “Where’s the Child” report advocates for a rights-based approach to domestic violence response, grounded in the four guiding principles of the UN Convention on the Rights of the Child (CRC).

“The CRC emphasises the principles of non-discrimination, participation of the child, upholding the best interests of the child, and the child’s right to life, survival and development,” said Sumitra.

“We believe these four principles need to form the basis of every aspect of domestic violence response, from the actions of the police, to the welfare department, to hospitals, to lawmakers, to NGOs.”

The WAO report strives to help the reader understand the current legal framework and available protection mechanisms for child survivors of domestic violence. It also seeks to help the reader understand the experiences of child survivors in enduring domestic violence and seeking assistance to escape it.

READ MORE:  Stop defaming women human rights defenders

Finally, it makes recommendations to a variety of stakeholders as to how they can promote the best interests of the child in preventing and responding to domestic violence.

Among these recommendations is one to the police to automatically include child survivors who witness domestic violence in the referral letter for an interim protection order, recognising the trauma and harm that comes to children from living in a violent household.

Another recommendation, directed at the Ministry of Education, is to mandate teachers and school administrators to report domestic violence and child abuse where the child’s welfare is deemed to be at risk.

According to a global study by Unicef, around 275 million children worldwide are exposed to domestic violence, and this is a conservative estimate given the chronic under-reporting of domestic violence and the lack of data around how many children are affected.

While the exact number of children in Malaysia who have witnessed or experienced domestic violence is unknown, according to a study by Universiti Sains Malaysia’s Centre for Research on Women and Gender, of the 9% of ever-partnered women in Malaysia who have experienced domestic violence, 73% of these women reported that their children had seen or heard the violence in the household. This is equivalent to the children of 584,000 women having witnessed domestic violence.

The “Where’s the Child” report was launched by Hannah Yeoh today in conjunction with the groundbreaking of WAO’s new Child Care Centre, which is being undertaken in partnership with the Real Estate Housing Developers’ Association Youth Malaysia (Rehda Youth).

“We’re excited to share the learnings from our research with policymakers and key stakeholders,” said Sumitra.

“We hope that we as a community can work together to implement the recommendations in the report, and to ensure that we are providing the best possible response to child survivors of domestic violence.”

‘Where’s the Child: The Rights of Child Domestic Violence Survivors’ is available at wao.org.my

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

1
Join the conversation

avatar
750
1 Comment threads
0 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
1 Comment authors
Mokka Sancha Hii Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Mokka Sancha Hii

Should have some specific guidelines ,i as what one deems as child abuse , u know, like caning till got welts that needs ointment, others might deem it as a norm.