[ENGLISH VERSION BELOW] Sahabat Alam Malaysia (SAM) berasa bimbang apabila mengetahui mengenai satu lagi lubang benam yang muncul di kawasan Jalan Masjid India di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ia sememangnya amat membimbangkan dengan keadaan keselamatan orang ramai di kawasan itu termasuk di bahagian lain di Kuala Lumpur, yang bukan sahaja terdedah kepada lubang benam dan tanah tenggelam, tetapi juga banjir kilat, tanah runtuh dan kegagalan cerun yang berpunca daripada musim semasa dengan hujan lebat dan kerap.
Agak jelas, tindakan yang lebih komprehensif diperlukan dan langkah-langkah pencegahan perlu diambil bagi menjaga keselamatan awam, bukan sahaja di kawasan Jalan Masjid India tetapi di semua kawasan berisiko tinggi di bandar untuk mengelakkan kemalangan pada masa depan.
Ketika kita sedang bergelut dengan masalah lubang benam atau tanah tenggelam, SAM juga amat prihatin terhadap kemungkinan banjir kilat berlaku, sama seperti bencana yang berlaku di Stesen LRT di Masjid Jamek pada 2020, yang mengakibatkan kerugian dan kerosakan besar-besaran, termasuk di bahagian lain bandar raya.
Dalam kes tragedi lubang benam, kami setuju dengan gesaan oleh kumpulan lain agar Dewan Bandaraya mengeluarkan peta bawah tanah bandar raya dan mendedahkan kepada umum, langkah-langkah mitigasi dan keselamatan yang sedang diambil untuk mengelakkan lebih banyak tragedi daripada berlaku.
Kami juga meminta langkah-langkah berikut diambil demi meningkatkan keselamatan awam di kawasan awam:
- Mewujudkan jawatankuasa antara agensi yang diselaraskan oleh datuk bandar Dewan Bandaraya untuk menyelia, memantau dan memeriksa kawasan berisiko tinggi
- Maklumkan kepada orang ramai mengenai langkah-langkah yang sedang diambil untuk mengurangkan kesan bencana
- Meletakkan papan tanda dan halangan yang lebih baik di tempat yang berisiko tinggi supaya orang ramai sentiasa berwaspada dan diberi amaran secukupnya
- Menjalankan langkah-langkah tindak balas kecemasan yang dipertingkatkan terutamanya di kawasan berisiko tinggi, termasuk dalam mendidik orang ramai
- Mengekalkan ketelusan dan komunikasi bagi semua penduduk dan orang awam di kawasan berisiko tinggi mengenai langkah keselamatan dan tindak balas insiden
Dalam jangka sederhana dan panjang, adalah perlunya bagi rancangan penyesuaian iklim yang betul oleh Dewan Bandaraya sebagai tindak balas kepada kesan perubahan iklim dan keadaan cuaca ekstrem, yang termasuk meningkatkan daya tahan infrastruktur, mengurangkan risiko dan kerentanan kepada banjir, meningkatkan kestabilan tanah dan menjalankan pendekatan berasaskan ekosistem yang bertindak sebagai span dan meminimumkan limpahan air ke dalam longkang dan sungai.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
SAM sekali lagi mengulangi gesaan agar langkah lebih komprehensif diambil yang akan membantu mencegah dan mengurangkan bencana pada masa depan. – SAM
Meenakshi Raman ialah presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM).
English version
Need for urgent measures to prevent tragedies in Kuala Lumpur
Sahabat Alam Malaysia (SAM) is alarmed to learn about yet another sinkhole appearing in the Masjid India Road area in Kuala Lumpur recently.
The state of public safety in the area and other parts of Kuala Lumpur is indeed worrying. These areas are not only vulnerable to sinkholes and land subsidence but also to flash floods, landslides and slope failures arising from the current season of frequent and intense rains.
Quite clearly, much more comprehensive action is needed. Preventive measures need to be taken to safeguard public safety, not only in the Masjid India Road area but in all high-risk areas in the city to prevent future mishaps.
While we grapple with the sinkhole or land subsidence problem, SAM is also very concerned about the likelihood of flash floods happening, similar to the disaster that took place at the light rail transit station in Masjid Jamek in 2020, which led to massive losses and damage, including in other parts of the city.
In the case of the sinkhole tragedy, we echo the call by other groups for City Hall to release the map of the city’s underground and make public the mitigation and safety measures that are being undertaken to prevent more tragedies from happening.
We also share the calls for measures to enhance public safety in public areas by:
- Put in place an inter-agency committee coordinated by the mayor of City Hall to oversee, monitor and inspect high-risk areas
- Inform the public about what measures are being taken to mitigate the impacts of disasters
- Put in place improved signage and barriers in places which are high risk so that the public is on the alert and is warned sufficiently
- Undertake enhanced emergency response measures, especially in high-risk areas, including measures to educate the public
- Maintain increased transparency and communication for all residents and the public in high-risk areas regarding safety measures and incident responses
In the medium and long-term, there is certainly a need for proper adaptation plans by City Hall in response to climate change impacts and extreme weather events. These plans should include enhancing infrastructure resilience, reducing risks and vulnerabilities to flood, improving soil stability and putting in place other ecosystem-based approaches that act as sponges and minimise the overflow of waters into drains and rivers.
SAM reiterates the call for more comprehensive measures to be taken, which will help prevent and mitigate future disasters. – SAM
Meenakshi Raman is president of Sahabat Alam Malaysia (SAM).
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme