Laksanakan reformasi institusi segera dan substantial

Putrajaya

Masyarakat sivil di dalam Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia berkaitan Integriti, Governans dan Anti Rasuah dengan tegas menuntut agar kerajaan menunjukkan komitmen serius untuk melaksanakan reformasi institusi dengan kadar segera dan substantial.

Kumpulan ini menegaskan keprihatinan terhadap pengendalian yang lemah oleh Jabatan Peguam Negara terhadap beberapa kes rasuah berprofil tinggi hingga menyebabkan kes telah terhenti atau digugurkan lalu menyebabkan timbulnya persepsi bahawa sistem keadilan berada dalam situasi genting dan digugat oleh pengaruh yang tidak wajar.

Isu nasional yang mengkhuatirkan ini juga telah mencetuskan kekeliruan dalam kalangan rakyat dan membawa kepada idea bahawa terdapat sistem undang-undang dua darjat. Ia turut membangkitkan persoalan tentang integriti sistem keadilan, justeru ia mengancam kestabilan negara.

Kami turut menegaskan bahawa peguam negara dan semua badan-badan yang berkaitan mempunyai tanggungjawab untuk mematuhi standard akauntabiliti dan ketelusan yang tertinggi dalam setiap aspek proses pendakwaan, termasuk penzahiran maklumat dan butiran komprehensif berkenaan dengan kes-kes berprofil tinggi di negara ini.

Melepaskan individu yang tertuduh di dalam kes melibatkan rasuah politik membawa implikasi serius terhadap integriti sistem perundangan kita. Oleh itu, kami mendesak ahli politik dan ahli Parlimen untuk segera memulakan kajian empirikal yang tegas, bagi memastikan bahawa pemisahan kuasa antara peguam negara dan pejabat pendakwa raya tidak lagi dilengah-lengahkan.

Cita-cita perdana menteri untuk menjadikan Malaysia sebagai salah satu daripada 25 negara terbaik di Indeks Persepsi Rasuah dalam dekad yang akan datang seharusnya disusuli dengan tekad sungguh-sungguh dan tidak berbelah bahagi. Untuk memenuhi komitmen ini, selain usaha mencegah rasuah dan menanamkan nilai-nilai etika di peringkat akar umbi, pemantapan dan pengukuhan kerangka undang-undang kita adalah satu kewajipan. Ini penting untuk memastikan individu yang bersalah menerima hukuman setimpal, dan rantaian rasuah dapat diputuskan di setiap peringkat ekosistem.

READ MORE:  Keputusan DNAA Zahid cukup mengejutkan: Jabatan Peguam Negara perlu membuat banyak penjelasan!

Kami dengan ini mendesak agar kerajaan menyatakan garis masa yang komprehensif untuk pelaksanaan setiap reformasi institusi yang dicadangkan oleh kumpulan ini dalam tempoh dua tahun akan datang.

Mengambilkira kepentingan matlamat ini dan dalam merealisasikan objektif bersama, adalah penting bahawa masyarakat sivil dilibatkan secara aktif dalam jawatankuasa pilihan khas parlimen dan mana-mana jawatankuasa yang mungkin akan dibentuk (jika ada) untuk tujuan tersebut. Koordinasi ini penting untuk memastikan kesegeraan perlaksanaan perubahan yang ingin dicapai.

Kami akan sentiasa memantau komitmen anti-rasuah yang dijanjikan oleh kerajaan, memastikan pematuhan terhadap prinsip-prinsip demokratik, serta menjamin sokongan padu melalui input penyelidikan dan analisa berasaskan data agar inisiatif reformasi institusi dapat dijayakan demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Kerajaan diingatkan dengan tegas bahawa masa untuk bertindak adalah sekarang. Integriti dan maruah negara sedang dipertaruhkan.

Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia berkaitan Integriti, Governans dan Anti Rasuah

  • Dr Syed Hamid Albar
  • Nazir Razak
  • Hussamuddin Yaacub
  • Dr Anis Yusal Yusoff
  • Dr Edmund Terence Gomez
  • Shah Hakim Zain
  • Anas Zubedy
  • Maha Balakrishnan
  • Christopher Leong
  • Nurhayati Nordin #RasuahBusters (Yayasan Sinar Untuk Malaysia) – Sekretariat
  • Badlishah Sham Baharin (Ikram)
  • Dr Muhammad Mohan, Transparency International Malaysia
  • Dr Tricia Yeoh, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas)
  • Cynthia Gabriel, Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4),
  • Mohamed Arshad Raji, Patriot
  • Tharma Pillai, Undi18
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments