Lagi kematian dalam lokap polis

File photo: themalaymailonline

Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict) mendapat maklumat bahawa terdapat satu lagi kematian dalam lokap polis di ibu pejabat daerah Cheras, pada 8 Mac 2021.

Kes kali ini melibatkan seorang warga emas berusia 54 tahun, berbangsa Cina.

Edict berasa bimbang dengan trend kematian dalam tahanan yang semakin kerap berlaku.

Difahamkan pihak polis menuduh si mati menggantung diri sendiri di dalam lokap.

Tuduhan ini adalah jelas satu tuduhan yang tidak masuk akal memandangkan lokap sentiasa diawasi dengan kamera litar tertutup CCTV dan dipantau oleh beberapa orang anggota polis setiap masa.

Peguam dari Edict pernah beberapa kali mengendalikan kes inkues kematian dalam tahanan, dan tuduhan seperti ini kerap berlaku.

Edict menegaskan bahawa satu inkues mesti diadakan untuk menyiasat kes ini.

Inkues adalah mandatori bagi setiap kematian yang berlaku di dalam tahanan pihak polis atau penjara. Perkara ini jelas dinyatakan dalam Seksyen 334 Kanun Prosedur Jenayah.

Edict juga ingin mengulangi, tidak ada sebarang alasan atau keperluan untuk sesuatu kematian berlaku didalam tahanan. Kematian dalam tahanan pastinya dapat dicegah sekiranya tiada sikap sambil lewa dalam menguruskan para tahanan.

Edict juga ingin menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini atau mengenali ahli keluarga mangsa untuk menghubungi kami agar kami dapat membantu keluarga mangsa untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang bertanggungjawab dalam kes tersebut. – Edict

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.