[ENGLISH VERSION BELOW] Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus menjunjung nilai saling menghormati, maruah dan nilai keterangkuman dalam memelihara perpaduan nasional serta keharmonian sosial.
Kepelbagaian kaum yang dimiliki Malaysia sejak sekian lama menjadi asas kekuatan negara.
Masyarakat kita yang berbilang kaum dan agama mencerminkan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, termasuk jaminan kesaksamaan dan larangan diskriminasi di bawah Perkara 8 tanpa mengira agama, kaum, keturunan atau latar belakang, serta perlindungan terhadap kebebasan bersuara dan maruah setiap insan.
Namun begitu, sejak kebelakangan ini, naratif awam semakin dicemari dengan permusuhan berasaskan kaum, retorik berunsur hasutan, dan naratif yang memecah belah masyarakat, khususnya di media sosial dan dalam ruang lingkup politik.
Dalam kita memperingati peristiwa tragis 13 Mei 1969, Suhakam menegaskan bahawa pengajaran daripada sejarah seharusnya membimbing negara ke arah kefahaman dan perpaduan yang lebih kukuh, bukannya ketakutan, perpecahan, atau manipulasi politik.
Peristiwa ini tidak seharusnya digunakan untuk membenarkan sikap tidak bertoleransi, menutup ruang perbincangan yang sah, atau menyemarakkan kebencian kaum.
Kebebasan bersuara merupakan hak asasi yang dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan serta diiktiraf dalam piawaian hak asasi manusia antarabangsa.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
Namun, hak ini turut datang bersama tanggungjawab. Sebarang bentuk ucapan atau ekspresi yang menghasut diskriminasi, permusuhan, atau keganasan terhadap individu atau kumpulan berdasarkan kaum, agama, etnik, atau ciri-ciri lain yang dilindungi, akan menjejaskan keharmonian sosial dan mengancam nilai demokrasi.
Suhakam menekankan bahawa usaha menangani ucapan kebencian dan perkauman harus berteraskan prinsip hak asasi manusia, termasuk aspek perundangan, keperluan, kesepadanan dan akauntabiliti.
Dalam mengambil tindakan undang-undang, pihak berkuasa perlu membezakan secara jelas antara kritikan yang sah, perbahasan awam, dan advokasi di satu pihak, dengan hasutan sebenar kepada keganasan atau diskriminasi di pihak yang lain.
Suhakam menegaskan bahawa wakil rakyat dan pemimpin politik turut memikul tanggungjawab yang lebih besar untuk menunjukkan teladan yang baik.
Sebagai pemimpin yang diberikan kepercayaan oleh rakyat, ahli-ahli Parlimen seharusnya memupuk penglibatan yang berhemah, menolak provokasi berasaskan kaum atau agama, serta mengelakkan kenyataan yang boleh menyemai rasa tidak percaya dan perpecahan dalam masyarakat.
Perbezaan politik tidak seharusnya mengorbankan perpaduan nasional atau maruah insan.
Institusi awam, parti politik, pertubuhan masyarakat sivil, pengamal media, pendidik dan pemimpin masyarakat turut memikul tanggungjawab bersama untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan dialog yang konstruktif, empati dan persefahaman antara komuniti.
Perpaduan nasional tidak boleh dicapai hanya melalui slogan atau langkah penguatkuasaan semata-mata, tetapi memerlukan komitmen berterusan terhadap keadilan, kesaksamaan dan penghormatan terhadap kepelbagaian.
Suhakam menggesa kerajaan untuk memperkukuh pendidikan hak asasi manusia, inisiatif dialog antara budaya, serta program kesedaran awam yang bertujuan membanteras perkauman, xenophobia dan prejudis dalam apa jua bentuk.
Pembinaan sebuah masyarakat yang inklusif memerlukan usaha jangka panjang bagi menangani maklumat palsu, stereotaip dan naratif berasaskan kebencian sebelum ia berkembang menjadi diskriminasi atau keganasan.
Perpaduan nasional harus dibina atas pengiktirafan bahawa setiap individu, tanpa mengira kaum, agama, etnik atau latar belakang, berhak mendapat maruah, perlindungan dan penghormatan yang sama rata. – Suhakam
English version
Strengthen national unity through responsible leadership and respectful public discourse
The Malaysian human rights commission, Suhakam, calls on everyone in Malaysia to uphold the values of mutual respect, dignity and inclusivity in preserving national unity and social harmony.
Malaysia’s diversity has long been the foundation of the nation’s strength.
Our multicultural and multi-religious society reflects the principles enshrined in the Federal Constitution, including the guarantee of equality and non-discrimination under Article 8 irrespective of religion, race, descent or background, as well the protection of freedom of expression and human dignity for all persons.
However, in recent years, public discourse has increasingly been marked by racial hostility, inflammatory rhetoric and divisive narratives, particularly on social media and within political spaces.
In conjunction with the remembrance of the tragic events of 13 May 1969, Suhakam emphasises that the lessons of history should guide the nation towards greater understanding and unity, rather than fear, division or political manipulation. Historical events must never be used to justify intolerance, silence legitimate discourse or fuel racial animosity.
Freedom of expression is a fundamental human right guaranteed under Article 10 of the Federal Constitution and recognised under international human rights standards.
However, this right also carries responsibilities. Expressions that incite discrimination, hostility or violence against individuals or groups based on race, religion, ethnicity or other protected characteristics, undermine social cohesion and threaten democratic values.
Suhakam reiterates that efforts to address hate speech and racism must be grounded in human rights principles, including legality, necessity, proportionality and accountability.
Any measures taken by the authorities should clearly distinguish between legitimate criticism, public debate and advocacy on the one hand, and genuine incitement to violence or discrimination on the other.
At the same time, Suhakam stresses that elected representatives and political leaders bear a heightened responsibility to set a positive example.
Members of Parliament, as leaders entrusted with public confidence, should promote respectful engagement, reject racial or religious provocation, and refrain from making statements that may deepen mistrust and polarisation within society.
Political differences must never come at the expense of national unity or human dignity.
Public institutions, political parties, civil society organisations, media practitioners, educators and community leaders all share a collective responsibility to foster an environment that encourages constructive dialogue, empathy and understanding across communities.
National unity cannot be achieved solely through slogans or enforcement measures, but through sustained commitment to justice, equality and respect for diversity.
Suhakam also encourages the government to strengthen human rights education, intercultural dialogue initiatives and public awareness programmes aimed at combating racism, xenophobia and prejudice in all forms.
Building an inclusive society requires long-term efforts that address misinformation, stereotypes and hate-based narratives before they escalate into discrimination or violence.
National unity must be built on the recognition that every individual, regardless of race, religion, ethnicity or background, is entitled to equal dignity, protection and respect. – Suhakam
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme


