Kuatkuasakan undang-undang berkaitan keselamatan makanan dengan tegas (Malay/English)

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan supaya menguatkuasakan undang-undang berkaitan keselamatan makanan dengan tegas memandangkan kejadian kes keracunan makanan yang berlaku di negara ini baru-baru ini adalah berkaitan dengan ketidakpatuhan peraturan keselamatan makanan.

Kes terbaharu ialah 99 pelajar dan guru sekolah menengah di Batu Pahat, Johor mengalami gejala keracunan makanan selepas mengambil makanan dari kantin sekolah.

Terdahulu pada Jun semasa program sekolah di Gombak, Selangor, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun meninggal dunia selepas mengambil makanan di program sekolah itu. Di samping kematian ini, 82 individu lain yang menghadiri program yang sama mengalami gejala keracunan makanan, ia menekankan betapa teruk dan meluasnya kesan akibat wabak itu.

Kelaziman kes keracunan makanan, terutamanya dalam persekitaran sekolah, menimbulkan ancaman besar kepada kesihatan dan keselamatan awam. Pada separuh pertama 2024 sahaja, banyak insiden dilaporkan, menekankan betapa mendesaknya keperluan bagi menangani isu ini.

Murid sekolah menjadi mangsa utama insiden keracunan makanan ini di seluruh negara. Kanak-kanak dengan sistem imun yang mudah terjejas lebih mudah dijangkiti keracunan makanan.

Satu lagi kes tragis berlaku pada tahun lalu di Terengganu di mana seorang wanita berusia 54 tahun meninggal dunia kerana disyaki keracunan makanan. Dia dilaporkan mengalami gejala keracunan makanan akibat memakan sandwic yang dibelinya di kawasan Rehat dan Rawat Perasing di Kemaman, Terengganu.

Insiden kes keracunan makanan yang tinggi di negara ini sebahagiannya adalah disebabkan oleh keadaan iklim dan ciri biasa masakan. Iklim yang panas dan lembap serta gabungan pelbagai bahan mentah dalam masakan biasa Malaysia boleh meningkatkan kemungkinan pencemaran dan kerosakan makanan yang sering mengakibatkan peningkatan insiden keracunan makanan.

READ MORE:  What awaits us in Malaysia: Be prepared for any eventuality

Faktor lain yang boleh membawa kepada insiden keracunan makanan ialah pencemaran silang dan amalan pencairan dan memasak yang tidak betul disebabkan oleh amalan pengendalian makanan yang lemah atau tidak mencukupi daripada pengendali makanan.

Lokasi paling biasa di mana keracunan makanan dilaporkan ialah sekolah awam, dengan bilangan kes tertinggi di dapur sekolah berasrama penuh, diikuti oleh kantin sekolah. Dapur umum di sekolah berasrama penuh yang direka untuk menyimpan sejumlah besar bahan mentah untuk dimasak lebih mudah terdedah kepada kerosakan makanan.

Langkah-langkah kawalan makhluk perosak yang lemah dan peningkatan risiko pencemaran silang semasa pengendalian makanan termasuk pengangkutan dan penghantaran bahan mentah dan makanan yang dimasak, serta kawalan yang tidak mencukupi terhadap proses pembuatan seperti kawalan suhu dan keadaan penyimpanan dikenal pasti sebagai faktor kritikal yang menyumbang kepada wabak ini.

Oleh sebab itu, pendidikan yang disasarkan bagi pengendali makanan adalah penting untuk meningkatkan pengetahuan mereka mengenai keselamatan makanan dan penyakit bawaan makanan yang boleh mempengaruhi tingkah laku dan amalan masa depan mereka yang berkaitan dengan keselamatan makanan.

Memandangkan peningkatan jumlah kes keracunan makanan yang berlaku di negara ini, CAP menggesa Kementerian Kesihatan untuk:

  • Menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan keselamatan makanan dengan tegas
  • Menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan berkala ke atas premis makanan
  • Mendidik pengguna melalui media sosial mengenai cara mencegah keracunan makanan

Sementara itu, pengguna dinasihatkan untuk meningkatkan standard mereka dan menghentikan daripada mengunjungi kawasan perniagaan yang terletak di tempat yang mempunyai standard kebersihan yang tidak bersih. Ini adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk memberi tekanan kepada penjual makanan supaya tidak meneruskan amalan tidak bersih mereka.

Mohideen Abdul Kader ialah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). 

English version

Strictly enforce legislation pertaining to food safety

The Consumers’ Association of Penang (CAP) calls upon the Ministry of Health to strictly enforce the legislation pertaining to food safety in view of the recent spate of food poisoning cases in the country related to non-compliance with food safety regulations. 

READ MORE:  Former MP's irresponsible food dumping highlights ignorance of food security, waste management issues

The latest is the case of 99 students and teachers from a Batu Pahat secondary school who suffered food poisoning symptoms after consuming food from the school canteen.

Earlier in June during a school programme in Gombak, Selangor, a two-year-old girl and a 17-year-old boy died after consuming food at the school programme. Alongside these fatalities, 82 other individuals who attended the same programme suffered food poisoning symptoms, underscoring the severe and widespread impact of such outbreaks.

The prevalence of food poisoning cases, especially within school settings, poses a significant threat to public health and safety. In the first half of 2024 alone, numerous incidents have been reported, emphasising the urgency of addressing this issue.

Schoolchildren are becoming primary victims of food poisoning incidents across the country. Children with compromised immune systems are more susceptible to contracting food poisoning.

Another tragic case occurred last year in Terengganu, where a 54-year-old woman died of suspected food poisoning. She reportedly suffered symptoms of food poisoning from eating a sandwich she had bought at the Perasing Rest and Recreation (R&R) area in Kemaman, Terengganu.

The high incidence of food poisoning cases in the country is partly attributed to its climate conditions and typical cuisine features. The hot and humid climate and the combination of various raw ingredients in typical Malaysian cuisine could enhance the likelihood of food contamination and spoilage, which often results in an increased incidence of food poisoning.

Other factors that could lead to food poisoning incidents are cross-contamination and improper thawing and cooking practices caused by poor or inadequate food-handling practices from food handlers.

READ MORE:  When Malaysia's rice crisis gets ignored

The most common locations where food poisoning was reported were public schools, with the highest number of cases in boarding school kitchens, followed by school canteens. Communal kitchens in boarding schools which are designed to store large amounts of raw materials for cooking are susceptible to food spoilage.

Poor pest control measures and the heightened risk of cross-contamination during food handling, including transport and delivery of raw materials and cooked food, as well as inadequate control of the manufacturing process such as temperature control and storage conditions were identified as critical factors contributing toward outbreaks.

Therefore, targeted education for food handlers is essential to improve their knowledge of food safety and food-borne illnesses, which could influence their future behaviour and practices related to food safety.

In view of the rising number of food poisoning cases occurring in the country, CAP calls upon the Ministry of Health to:

  • strictly enforce legislation pertaining to food safety
  • conduct regular checks and enforcement on food premises
  • educate consumers through social media on how to prevent food poisoning

Meanwhile, consumers are advised to raise their standards and stop giving business to places with poor hygiene standards. This is one of the most effective ways to pressure food sellers to buck up on their unhygienic practices.

Mohideen Abdul Kader is president of the Consumers’ Association of Penang (CAP).

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments