Kita mempunyai tanggungjawab kolektif untuk memastikan keamanan dan kemampanan

DR WONG SOAK KOON/ALIRAN

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Hari ini (5 April) merupakan Hari Hati Nurani Antarabangsa, iaitu hari untuk memperingatkan kita tentang kesan mendalam kesedaran etika dan tanggungjawab moral terhadap keamanan dan keharmonian global.

Ia adalah hari untuk kita merenung tentang kepentingan hati nurani dalam membentuk masyarakat yang lebih penyayang dan adil.

Hati nurani ialah pandangan moral yang membimbing tingkah laku atau niat kita dengan perasaan atau kewajipan untuk perbuatan yang betul atau menjadi baik. Mempunyai hati nurani adalah mempunyai kesedaran sama ada tindakan kita itu betul atau salah.

Maka, hari yang penting ini juga merupakan peluang untuk individu, komuniti, organisasi dan syarikat untuk menilai dan memikirkan semula tindakan dan keputusan mereka yang boleh membawa perubahan kepada dunia.

Hari ini, marilah kita mendapat inspirasi untuk mengambil langkah yang bermakna untuk hidup dengan betul, bertindak dengan empati dan menegakkan nilai-nilai yang menyumbang kepada kebaikan bagi semua.

Pembuat dasar harus mengutamakan kepimpinan yang beretika.

Perniagaan harus mengamalkan amalan yang selamat, bertindak secara beretika dan bertanggungjawab kepada sosial dan alam sekitar.

Masyarakat sivil boleh mendidik dan meningkatkan kesedaran.

Manakala individu boleh melibatkan diri dalam perbuatan yang baik.

Bertindak untuk kemanusiaan: Mempunyai hati nurani adalah penting dalam mewujudkan keadilan dan membina dunia yang adil. Ini seiring dengan penghormatan terhadap hak asasi manusia dan kebebasan asasi untuk semua tanpa mengira bangsa, jantina, bahasa atau agama.

Pemimpin negara boleh merenung kompas moral mereka dan membangkitkan sisi kemanusiaan paling dalam demi menghentikan pencabulan hak asasi manusia dan melindungi maruah mangsa di negara-negara yang dilanda perang dan konflik.

Untuk mencapai kestabilan, kesejahteraan dan hubungan mesra, terlebih dahulu mesti ada hasrat yang mendalam untuk mengamalkan kebaikan dan menunjukkan belas kasihan kepada manusia. Ini mesti diikuti dengan tadbir urus yang baik.

Memupuk toleransi: Untuk menggalakkan keamanan dan keharmonian, adalah penting bagi setiap orang untuk merasakan keperluan untuk memupuk kesedaran tentang pelbagai budaya, agama dan kepercayaan, dan mengetahui kepentingan toleransi.

Hanya dengan itu kita boleh berkongsi rasa persefahaman dan kerjasama serta membina dunia yang lebih baik dan bermakna untuk diri sendiri dan orang lain.

Lindungi kesihatan awam. Hapuskan amalan industri yang tidak bertanggungjawab.

Mengeksport sisa plastik ke negara membangun (Selatan) oleh negara maju (Utara), sebagai contoh, adalah tidak beretika dan tidak harus diteruskan. Ia membebankan alam sekitar dan kesihatan awam di negara-negara Selatan, sementara membenarkan negara-negara Utara mengelak daripada menangani sisa mereka sendiri.

READ MORE:  Paws for thought: Patriot's plea to end animal cruelty

Perlu ada integriti dalam pembuatan keputusan oleh pihak korporat dan ini hanya boleh dilakukan dengan saling menghormati serta hati nurani untuk tidak menimbulkan keburukan kepada orang lain.

Selamatkan alam sekitar. Dianggarkan sebanyak 42 juta pokok ditebang setiap hari, yang berjumlah 15 bilion pokok setiap tahun.

Dengan mengurangkan penggunaan kertas, memilih produk kayu kitar semula atau dihasilkan secara bertanggungjawab, serta menyokong usaha penanaman dan pemuliharaan pokok, kita semua boleh menjadi sebahagian daripada gerakan untuk melindungi dan menjaga hutan.

Bersikap baik kepada haiwan: Banyak haiwan mengalami pengabaian, penderaan dan eksploitasi di tangan manusia.

Marilah kita melayan haiwan dengan hormat dan belas kasihan. Seperti manusia, mereka adalah makhluk yang mampu merasakan kesakitan, ketakutan, kegembiraan dan kasih sayang.

Jangan lupa bahawa haiwan adalah sebahagian penting dunia ini, yang menyumbang kepada keseimbangan dan biodiversitinya.

Bantu mereka yang kurang bernasib baik: Bersikap baik kepada orang lain mewujudkan dunia yang lebih bahagia dan lebih penyayang.

Pengarang Rusia Leo Tolstoy, yang terkenal dengan novel War and Peace (Perang dan Keamanan) pernah berkata, “Jika anda berasa sakit, anda masih hidup. Jika anda merasakan kesakitan orang lain, anda adalah manusia.”

Kita mempunyai perjalanan kolektif ke arah dunia yang harmoni dan mampan, dan setiap langkah kecil membawa perubahan.

Mari kita lakar inspirasi untuk perubahan positif dari masa lalu dan berusaha untuk bertindak dan hidup dengan lebih berhemah. Biarkan setiap pemikiran dan tindakan kita selaras dengan belas kasihan, kebaikan dan kasih sayang.

Hari ini dan setiap hari, marilah kita komited untuk menggalakkan toleransi yang lebih besar, persefahaman dan dialog demi menegakkan hak asasi manusia dan keadilan, serta memupuk keamanan dunia.

Bersama-sama, melalui hati nurani kolektif, kita boleh memperbaiki diri, masyarakat dan dunia, untuk membina masa depan yang lebih mampan untuk generasi akan datang. – CAP

Mohideen Abdul Kader ialah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

English version

We have a collective responsibility for peace and sustainability

Today (5 April) is the International Day of Conscience, a day that serves to remind us of the profound impact that ethical awareness and moral responsibility can have on global peace and harmony.

READ MORE:  Love on a plate: Reaching out to feed the vulnerable

It is a day for us to reflect on the importance of conscience in shaping a more compassionate and just society.

Conscience is a moral insight that guides our conduct or intentions with a feeling or obligation to do right or be good. To have a conscience is to have an awareness of whether our actions are right or wrong.

As such, this significant day is also an opportunity for individuals, communities, organisations and corporations to review and think about their actions and decisions that can make a difference in our world.

Today, let us be inspired to take meaningful steps to live right, to act with empathy and to uphold values that contribute to the greater good.

Policymakers should advocate for ethical leadership.

Businesses should strive for safe practices, act ethically and be socially and environmentally responsible.

Civil society can educate and raise awareness.

And individuals can engage in acts of kindness.

Act for humanity: Having a conscience is crucial in establishing justice and fostering a world where justice prevails.

This goes hand in hand with respect for human rights and fundamental freedoms for all without distinction as to race, sex, language or religion.

Heads of nations can reflect on their moral compass and awaken the deepest part of their humanity to stop gross human rights violations and protect dignity of victims in war-torn and conflict-riddled countries.

For stability, wellbeing and friendly relations to manifest, there must first be a deep desire to practise kindness and show compassion for mankind. This must be followed by good governance.

Cultivate tolerance: To promote peace and harmony, it is crucial for everyone to strongly feel the need to cultivate awareness about various cultures, religions and beliefs, and to know the importance of tolerance.

Only then can we have a shared sense of understanding and cooperation and build a better and meaningful world for ourselves and others.

READ MORE:  Paws for thought: Patriot's plea to end animal cruelty

Protect public health: Do away with irresponsible industry practices. The exporting of plastic waste to developing nations (the “South”) by developed nations (the “North”), for example, is unethical and should not be repeated.

It burdens the environment and public health of the South, while allowing the North to evade its own waste.

There must be integrity in corporate decisions, and this is only possible with mutual respect – and a conscience to not create ills for others.

Save the environment: About 42 million trees are cut down each day, which amounts to a staggering 15 billion trees each year.

By reducing paper consumption, choosing recycled or responsibly-produced wood products, and advocating for tree planting and conservation efforts, we can all be part of the movement to protect and care for forests.

Be kind to animals: Many animals suffer from neglect, abuse and exploitation at the hands of humans.

Let us treat animals with respect and kindness. Like humans, they are sentient beings capable of feeling pain, fear, joy and love.

Let us not forget that animals are an integral part of our world, contributing to its balance and biodiversity.

Help the less fortunate: Being kind to others creates a happier and more compassionate world.

Russian author Leo Tolstoy, author of the acclaimed novel War and Peace, once said, “If you feel pain, you’re alive. If you feel other people’s pain, you’re a human being.”

We have a collective journey towards a harmonious and sustainable world and every small step makes a difference.

Let us draw inspiration for positive change from the past and strive to act and live more mindfully. Let our every thought and action align with compassion, kindness and love.

Today and every day, let us commit to the promotion of greater tolerance, understanding and dialogue to uphold human rights and justice, and foster world peace.

Together, through collective conscience, we can improve ourselves, our communities and the world, to build a more sustainable future for generations to come. – CAP

Mohideen Abdul Kader is the president of the Consumers’ Association of Penang.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments