Kereta kabel Bukit Bendera: Kelulusan penilaian alam sekitar memerlukan penyertaan orang ramai

A cable car system - WIKIPEDIA

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Sahabat Alam Malaysia (SAM) percaya bahawa ia adalah salah bagi ketua pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk meluluskan laporan penilaian impak alam sekitar bagi projek kereta kabel Bukit Bendera tanpa pameran awam dan ulasan awam.

Ini adalah kerana di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 (Perintah tersebut), semua aktiviti yang berkaitan dengan “pengangkutan” disenaraikan sebagai aktiviti di bawah jadual 2, di mana di bawah perintah tersebut ia memerlukan pameran awam dan ulasan awam.

Di dalam jadual 2 perintah tersebut, pengangkutan disenaraikan sebagai aktiviti yang ditetapkan dan ini termasuk “pembinaan laluan atau landasan cabang baharu bagi projek pengangkutan laju massa”.

Pada pandangan kami projek kereta kabel ini adalah sebuah “projek pengangkutan laju massa”, memandangkan ia melibatkan pengangkutan 1,000 penumpang sejam ke puncak bukit tersebut seperti yang diumumkan oleh Cheok Lay Leng, pengurus besar Perbadanan Bukit Bendera, baru-baru ini.

Jarak laluan kereta kabel ini mungkin hanya 2.7km, tetapi keseluruhan sistem ini akan dibina di atas kawasan alam sekitar yang amat sensitif melibatkan kedua-kedua Bukit Bendera, yang merupakan rizab biosfera, dan Taman Botani Pulau Pinang.

Lebih-lebih lagi, projek kereta kabel juga melibatkan cerun-cerun yang curam dan melangkaui 35 darjah kecerunan di sesetengah bahagian, yang memerlukan laporan penilaian impak alam sekitar dijalankan di bawah jadual 2 perintah tersebut dan oleh itu memerlukan pameran dan ulasan awam.

Oleh itu, dari sudut pandangan kesan perundangan, alam sekeliling dan sosial, ia sepatutnya wajar dan berhemah bagi laporan penilaian impak alam sekitar dibuka kepada orang awam bagi ulasan dan maklum balas.

Kami diberitahu bahawa hanya 50 pokok sahaja akan dialihkan bagi projek kereta kabel RM245 juta, dan projek tersebut adalah mesra alam sekeliling. Itu mungkin pandangan pihak berkuasa, tetapi padangan tersebut adalah untuk orang awam untuk membuat penilaian bebas terhadap jaminan ini.

READ MORE:  Why cut water for up to four days in Penang?

Maksud pandangan kami ialah undang-undang haruslah dipatuhi, dan pameran dan ulasan awam adalah mandatori, sebelum sebarang kelulusan di bawah undang-undang penilian impak alam sekitar, bagi suatu pengangkutan laju massa yang terletak di atas cerun yang amat curam di kawasan alam sekitar sensitif.

Lebih-lebih lagi, dalam mendapatkan kelulusan perancangan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, penilaian impak sosial perlu dijalankan, termasuk penilaian impak trafik. Tiada satu pun daripadanya didedahkan kepada orang awam.

Bukit Bendera dan Taman Botani adalah kawasan yang mempunyai kepentingan awam.

Selain daripada perundangan, ia adalah amalan dan tadbir urus yang baik untuk untuk mempamerkan laporan-laporan penilaian impak alam sekitar, sosial dan trafik secara terbuka bagi maklum balas dan ulasan awam.

Pemberian kelulusan tanpa ketelusan melemahkan keyakinan awam.

Kami menggesa JAS dan kerajaan negeri Pulau Pinang mendedahkan kepada orang awam dokumen-dokumen ini dan tidak memulakan kerja-kerja seterusnya sehingga orang awam diberikan peluang untuk memberikan maklum balas mereka mengenai projek kereta kabel tersebut. – SAM

Meenakshi Raman ialah presiden Sahabat Alam Malaysia.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments