Kerajaan perlu perbaharui proses pelantikan ketua polis negara (Malay/English)

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menggesa kerajaan untuk mengkaji semula  dan menambahbaik proses pelantikan ketua polis negara bagi meningkatkan integriti jawatan tersebut serta menambahkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan ketua polis menjalankan tugas dengan bersih, adil dan saksama.

Pada 1 Mei, Hamzah Zainuddin, Menteri Dalam Negeri, telah mengumumkan Acryl Sani Abdullah sebagai ketua polis negara bagi menggantikan Hamid Bador.

Bersih 2.0 menzahirkan kebimbangan terhadap perbualan Hamzah bersama seorang individu yang tidak diketahui untuk membincangkan calon untuk ketua polis negara. Perbincangan yang bocor di media sosial dan telah diakui oleh Hamzah antara lain menyebut bahawa mereka perlu melantik “budak kita” untuk menjadi ketua polis.

Pengakuan ini sangat membimbangkan disebabkan keputusan ini sepatutnya dibuat oleh Suruhanjaya Pasukan Polis berdasarkan kriteria-kriteria yang objektif dan bukan calon itu budak kepada sesiapa kerana ketua polis negara perlu menjalankan tugas dengan profesional dan tidak berpihak kepada mana-mana pihak.

Suruhanjaya Pasukan Polis yang dipengerusikan oleh Hamzah juga perlu mengumumkan kriteria yang digunakan oleh mereka untuk melantik ketua polis agar rakyat dapat menilai sejauh mana kompetensi beliau.

Untuk memastikan proses pelantikan ketua polis negara lebih telus dan berakauntabiliti, Bersih 2.0 mencadangkan agar Suruhanjaya Pasukan Polis membentuk satu panel penasihat penilaian yang akan mencadangkan tiga calon ketua polis negara kepada Suruhanjaya Pasukan Polis. Suruhanjaya ini kemudiannya akan memilih seorang calon dan menghantarnya kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk disahkan. Selepas pengesahan daripada jawatankuasa ini, Suruhanjaya Pasukan Polis akan mempersembahkan calon yang terpilih kepada Yang di-Pertuan Agong untuk dilantik sebagai ketua polis.

Kini, proses pelantikan ketua polis negara termaktub di dalam Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan di mana Suruhanjaya Pasukan Polis, yang dipengerusikan oleh seorang menteri persekutuan, akan mencalonkan kepada Agong untuk melantik ketua polis. Jawatan ini walaupun dilantik oleh Agong, namun Bersih 2.0 berpandangan proses sebelum nama calon dibentangkan kepada Agong untuk pelantikan boleh ditambah baik untuk meningkatkan ketelusan dan integriti jawatan ketua polis.

READ MORE:  When politicians interfere to free gangsters in Malaysia

Proses pelantikan jawatan pegawai utama kerajaan seperti ketua polis negara adalah amat penting dan perlu melalui Parlimen agar pelantikannya benar-benar telus, berakauntabiliti serta berdasarkan merit dan bukannya dibuat kerana kecenderungan oleh menteri semata-mata.

Bersih 2.0 juga mencadangkan agar kerajaan menggubal rang undang-undang pelantikan dan pemecatan jawatan pegawai utama kerajaan 2021 agar segala proses pelantikan dan pemecatan jawatan-jawatan utama kerajaan dapat diperhalusi oleh rakyat bagi menambahbaik proses pelantikan yang sedia ada sekarang.

Penglibatan Parlimen juga adalah penting dalam proses pelantikan yang telus dan tidak terhad hanya sekadar menggubal undang-undang atau peruntukan kepada pihak berkuasa sahaja.

Bersih 2.0 juga mengharapkan agar Ketua Polis Negara yang baharu, Acryl Sani Abdullah, dapat menjalankan tugas tanpa rasa takut atau pilih kasih dan benar-benar mengutamakan keadilan dan kebajikan rakyat. – Bersih 2.0

English version

Government needs to reform the appointment process of police chief

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) urges the government to review and improve the process of appointing the inspector general of police to increase the integrity and maintain the public’s confidence in the police chief’s ability to carry out his duties with integrity, impartiality and fairness.

On 1 May, Hamzah Zainuddin, the Home Minister, announced Acryl Sani Abdullah as the new Inspector General of Police to replace Hamid Bador.

Bersih 2.0 expresses concerns over Hamzah’s conversation with an unknown individual to discuss the candidate for the IGP position. The discussion that was leaked on social media and admitted by Hamzah himself, among others, mentioned that they need to appoint “our boy” as the inspector general.

READ MORE:  No place for political interference in police force

This is very concerning as the decision should be made by the Police Force Commission based on objective criteria and not whether the person is “our boy”, as the inspector general must carry out his duties professionally and not take sides with any party.

The Police Force Commission, chaired by Hamzah, also must make public the criteria used to appoint the inspector general in order for the public to evaluate the appointment.

To ensure a more transparent and accountable appointment process for the police chief’s post, Bersih 2.0 recommends that the Police Force Commission form an advisory assessment panel that would nominate three candidates to the Police Force Commission. The commission will then select a candidate and submit his or her name to a parliamentary select committee for approval. After confirmation from the select committee, the Police Force Commission will present the selected candidates to the Yang di-Pertuan Agong for the appointment to be made.

Currently, the process for appointing the inspector general is as stated in Article 140 of the Federal Constitution where the Police Force Commission, chaired by a federal minister, nominates an inspector general for appointment by the Agong. Although this position is appointed by the Agong, Bersih 2.0 believes that the appointment process, before the name is submitted to the Agong for appointment, should be reformed to enhance transparency and integrity in the appointment process.

The process of appointing key government officials such as the inspector general is very important and must go through Parliament so that the appointment is truly transparent, accountable, based on merit and not based on the decision of the federal minister alone.

READ MORE:  Creating a truly multi-ethnic police force

Bersih 2.0 also proposes that the government enact a public appointments and removal bill 2021 so that the entire process of appointment and dismissal of key public officers can be scrutinised by the people to improve the current appointment process. The involvement of the Parliament is also important in the appointment process, as the role of Parliament should not be limited to law-making only.

Bersih 2.0 also hopes that the new Inspector General, Acryl Sani Abdullah, will be able to carry out his duties without fear or favour and truly uphold justice and the welfare of the people. – Bersih 2.0

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments