Keperluan pindaan perlembagaan berkaitan kewarganeragaan anak

1
27

Sisters in Islam (SIS) menegaskan bahawa pindaan perlembagaan adalah sangat perlu dan mesti dilaksanakan dengan segera untuk mengelakkan lebih ramai kanak-kanak menjadi mangsa status kewarganegaraan atas dasar tempat kelahiran dan kewarganegaraan ibu mereka.

Oleh itu, kami menyokong pengumuman yang dibuat oleh Hannah Yeoh untuk meminda Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan. Pindaan ini adalah bagi membolehkan ibu warganegara Malaysia mendapat status kewarganegaraan bagi anak mereka yang lahir di luar negara secara automatik.

Malaysia adalah antara 25 negara di dunia di mana hanya bapa yang berwarganegara Malaysia dibenarkan untuk memperoleh kewarganegaraan anak yang dilahirkan di luar negara secara automatik. Sementara itu, sekiranya ibu yang berwarganegara Malaysia, proses permohonan perlu dibuat untuk tujuan tersebut.

Keperluan untuk membuat permohonan ini bukan saja suatu bentuk diskriminasi terhadap ibu berwarganegara Malaysia, malah pengalaman ibu-ibu dalam membuat permohonan tersebut juga mengalami pelbagai halangan dan kelewatan yang menyumbang kepada ketidakadilan dalam akta Perlembagaan yang sedia ada. Adakalanya permohonan tersebut menjadi tertunda selama bertahun-tahun tanpa alasan yang jelas dan munasabah dari pihak berkuasa.

Kanak-kanak adalah mangsa akibat proses permohonan ini dan sering mengalami komplikasi apabila ingin memasuki alam persekolahan.

Masalah dalam proses permohonan yang panjang ini juga sering merumitkan akses kepada rawatan kesihatan dan pergerakan keluar-masuk negara bagi kanak-kanak tersebut.

Andaian yang kebanyakan ibu warganegara Malaysia yang terlibat tidak berminat memohon status kewarganegaraan Malaysia untuk anak mereka kerana berharap akan mendapat lebih banyak faedah yang diberi oleh negara suaminya, bukan saja tidak wajar, malah adalah suatu penghinaan dan penganiayaan yang menjatuhkan martabat wanita Malaysia.

Andaian oleh sesetengah pihak bahawa bapa berwarganegara asing khususnya dari negara maju semestinya akan menuntut supaya anak mereka menjadi warganegara yang senegara dengannya adalah tidak tepat dan tidak munasabah.

Malah ada juga yang cuba menegaskan bahawa ada pihak yang akan cuba mengambil kesempatan untuk menuntut dwi-kewarganegaraan untuk anak mereka.

Semua andaian ini tidak berasas dan tidak mencerminkan realiti kehidupan yang dialami oleh keluarga-keluarga yang dibelenggu dalam masalah ini.

Pada hakikatnya, masalah permohonan kewarganegaraan kanak-kanak merupakan beban ekonomi jangka panjang yang boleh dialami oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kemampuan dan taraf pendidikan keluarga tersebut.

Oleh itu, kami menggesa supaya pindaan perlembagaan dilaksanakan dengan segera untuk membawa keadilan dan kesaksamaan kepada keluarga-keluarga terutama sekali kanak-kanak yang tidak dapat menjalankan kehidupan secara normal akibat akta yang sedia ada.

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

1
Join the conversation

avatar
750
1 Comment threads
0 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
1 Comment authors
Loganathan Jambunadan Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Loganathan Jambunadan

Why keep amending the Constitution.