Kenapa pemimpin PN nampaknya dikecualikan daripada perintah kawalan pergerakan?

Adalah tidak wajar jika peraturan dan syarat perintah kawalan pergerakan ini terbahagi kepada dua kategori, ujar WH Cheng.

Daripada gambar-gambar yang telah tular di dalam media sosial dan beberapa akhbar tempatan baru-baru ini, nampaknya menteri, timbalan menteri, menteri besar, ahli exco negeri, ahli parlimen, ahli dewan undangan negeri daripada Perikatan Nasional (PN) boleh dikecualikan daripada perintah kawalan pergerakan bagi membolehkan mereka mengadakan acara dan kegiatan beramai-ramai, majlis makan tengahari bersama dan bersama para penyokong mereka.

Sama ada mereka telah dikecualikan secara rasmi oleh pihak berkuasa ataupun mereka mendapat surat kebenaran daripada pengerusi PN ataupun presiden parti-parti komponen PN (Bersatu, Umno, Pas, Gabungan Parti Sarawak) masing-masing, itu kita belum dapat memastikannya lagi.

Tetapi yang jelas sekali kelihatan para yang berhormat dan yang amat berhormat ini sedang menghadiri dan merasmikan majlis atau acara masing-masing di dua kawasan yang berlainan.

Oleh kerana pencalonan bagi pemilihan Bersatu yang telah ditutup sebelum bermulanya perintah kawalan pergerakan, senarai pencalonan Bersatu bakal menyaksikan beberapa pertandingan sengit di antara pemimpin-pemimpin parti tersebut.

Belum pasti lagi sama ada presiden Bersatu selaku perdana menteri juga telah memberikan kelonggaran perintah kawalan pergerakan kepada para pegawai atau penyokong bawahannya untuk memulakan kempen bagi pihaknya di seluruh negara.

Kejadian seperti yang telah dilaporkan di atas, jika sekiranya ada “pengecualian” khas buat semua pemimpin PN ini, kami ingin mempersoal kredebiliti kerajaan ini.

Kenapa ada dua set peraturan “mengikut darjat” dilaksanakan? Satu set peraturan digunakan untuk rakyat biasa dengan pengenaan hukuman penjara maksimum terhadap mereka yang melanggari perintah kawalan pergerakan, manakala satu lagi set peraturan yang membenarkan para YB, YAB ataupun VVIP daripada PN meneruskan kegiatan keramaian mereka pada setiap hari.

Sekiranya para YB, YAB ataupun VVIP ini benar-benar telah melanggari peraturan di bawah perintah kawalan pergerakan, kenapa pihak berkuasa enggan mengeluarkan sebarang tangkapan terhadap pelanggaran yang dilakukan oleh golongan daripada PN ini?

Di New Zealand, Australia dan UK umpamanya, beberapa orang menteri, timbalan menteri dan setiausaha parlimen daripada ketiga-tiga negara tersebut yang dikesan melanggari perintah kawalan pergerakan meletakkan jawatan kabinet mereka dengan sukarela, dengan segera apabila perbuatan mereka dibongkar oleh orang ramai.

READ MORE:  Fundamental freedoms in decline under Perikatan government

Akan tetapi, apabila perkara tersebut berlaku di negara kita, para pemimpin PN ini seolah-olahnya meraikannya, bahkan dengan bangga menunjukkan gambar-gambar mereka kepada orang ramai yang terkurung di bawah perintah kawalan pergerakan buat masa ini.

Ingin kami tegaskan di sini, pelanggaran peraturan dan syarat perintah kawalan pergerakan oleh golongan inilah yang telah menyebabkan orang ramai tidak bahkan enggan lagi menghormati perintah kawalan pergerakan yang sedang dikuatkuasakan sekarang – kerana para YB, YAB dan VVIP daripada PN sendiri turut menolak perintah kawalan yang telah menghalang “tugasan” dan kegiatan mereka selama ini.

Oleh itu, di harap pihak berkuasa dapat memberikan maklumat yang tepat dan jelas mengenai dasar dan pengecualian perintah kawalan pergerakan untuk perkara-perkara dan kegiatan yang tertentu dan mohon penjelasan kenapa pengecualian tersebut adalah perlu dan apa kepentingannya kepada umum.

Adalah tidak wajar jika peraturan dan syarat perintah kawalan pergerakan ini terbahagi kepada dua kategori – kerana perlaksanaan ini, jika benar, adalah tidak adil kerana ianya menyentuh hukuman maksimum terhadap para pesalah.

Sumber: g-socialaffairs.blogspot.com

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
2 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
nair
nair
27 Apr 2020 4.27am

This reminds the public of BN / UMNO abuse of power & arrogance prior to losing their tooth in GE14. Their tail were kept folded well behind their backside for 2 years under Pakatan. Unfortunately it popped up immediately again now under PN takeover.

The same old UMNO abusive attitude back on the main screen.
Its further surprises the nation when the general tax payers are immediately handcuffed and put in lock up while the VIP MPs who were created via vote by the same rakyat is above Law. Where is Law & Order now????

Denis George
Denis George
27 Apr 2020 9.28am
Reply to  nair

Too much donkey’s politic…….