Kemenangan mansuh Auku perlu dikembalikan kepada gerakan mahasiswa

AI-GENERATED IMAGE

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Liga Mahasiswa Malaysia menyambut baik pengumuman pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) oleh Anwar Ibrahim sebagai satu perkembangan penting dalam sejarah gerakan mahasiswa Malaysia.

Namun, pemansuhan Auku bukanlah hadiah daripada mana-mana kerajaan kepada mahasiswa. Ini merupakan hasil perjuangan panjang mahasiswa yang berlangsung selama puluhan tahun dan merentasi pelbagai generasi.

Dengan itu, Liga Mahasiswa Malaysia menuntut agar:

  • Pemansuhan Auku perlu disegerakan
  • Semua prosiding tatatertib dan tindakan hukuman universiti di bawah Auku digugurkan serta-merta
  • Proses penggubalan akta baharu disegerakan dengan penglibatan rasmi gerakan mahasiswa, ahli akademik dan seluruh warga universiti secara terbuka dan demokratik
  • Akta baharu wajib menjamin elemen kebebasan akademik dan melepaskan autonomi mahasiswa

Liga Mahasiswa Malaysia akan mengikuti rapat dan gerak kerja pihak Kementerian Pendidikan Tinggi susulan pengumuman ini.

Kami menuntut satu garis masa pelaksanaan yang jelas dibentangkan dalam kadar segera.

Sekiranya pihak kerajaan sekadar menabur janji, seluruh tenaga dan solidariti mahasiswa bersedia untuk turun ke jalanan secara besar-besaran.

Nafas panjang perlawanan! Hidup Mahasiswa! – Liga Mahasiswa Malaysia

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted