Kematian dalam tahanan Imigresen membimbangkan

0
21

Eliminating Abuse and Deaths in Custody Together (Edict) sangat bimbang dengan angka terbaru yang didedahkan kerajaan dalam Parlimen pada 6 Ogos mengenai kematian dalam tahanan Imigresen.

Mengikut laporan berita yang dilaporkan di Malaysiakini, menteri dalam negeri mendedahkan sebanyak 23 kes kematian telah dilaporkan berlaku dalam tahanan Imigresen sepanjang Januari hingga Jun 2020, bermakna setiap minggu sekurang-kurangnya seorang tahanan telah mati dalam pusat tahanan imigresen tersebut.

Angka ini sangat membimbangkan dan menunjukkan betapa lemahnya sistem pusat tahanan negara kita.

Kes kematian dalam pusat tahanan Imigresen tidak termasuk dalam keperluan untuk inkues sebagaimana dalam kes kematian dalam pusat tahanan lain.

Seksyen 334 Kanun Prosedur Jenayah tidak menghendaki atau menyenaraikan kematian dalam tahanan Imigresen sebagai wajib dilakukan inkues untuk mencari punca dan sebab kematian.

Edict melihat sudah tiba masanya pihak kerajaan mula menggubal Seksyen 334 ini supaya dimasukkan kes kematian tahanan Imigresen sebagai salah satu kategori yang mewajibkan inkues diadakan bagi mengetahui punca dan sebab kematian tahanan.

Dengan adanya inkues, dan mengetahui punca serta sebab kematian, akan menjadikan penjaga pusat tahanan lebih berhati-hati dalam setiap tindakan dan layanan mereka ke atas tahanan migran.

Edict bersedia untuk membantu dan memberikan kerjasama untuk menjadikan penggubalan Seksyen 334 Kanun Prosedur Jenayah ini sebagai satu realiti.

Sign Aliran's 'Save our Democracy" petition
Sign Aliran's petition calling for a review of the decision to grant Riza Aziz a DNAA
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments