Kematian dalam tahanan di Penjara Sungai Buloh dan Mahkamah Pulau Pinang

1
77 views
We need to avoid congestion in cells and prisons - File photo: themalaymailonline

Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict) mendapat makluman tentang dua kematian dalam tahanan yang berlaku di dua tempat berbeza pada 10 Ogos.

Kes yang pertama berlaku di Penjara Sungai Buloh, melibatkan seorang warga Indonesia yang dikatakan mengadu sakit perut akibat keracunan makanan pada bulan Jun yang lalu namun hanya diketahui Edict pada 10 Ogos selepas rakan satu sel mangsa menghubungi kami untuk mendapatkan bantuan menyemak kes tersebut.

Kes kedua, berlaku di Kompleks Mahkamah George Town, Pulau Pinang, melibatkan seorang lelaki berusia 30an warganegara Malaysia yang ditemui mati dalam keadaan bergari dan terbaring di kompleks Mahkamah George Town.

Setakat kenyataan ini ditulis (pada 10 Ogos), pihak polis masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan media mengenai kedua-dua kes tersebut khususnya di Pulau Pinang, tentang bagaimana seseorang yang masih bergari boleh didapati jatuh dari tingkat atas bangunan mahkamah yang sepatutnya menjadi tempat yang paling selamat buat tahanan.

Edict berasa sangat bimbang tentang trend kematian dalam tahanan seperti ini yang berlaku sangat kerap saban hari tanpa ketegasan pihak berkuasa yang bertanggungjawab.

Edict juga ingin menegaskan, untuk kedua-dua kes ini, inkues hendaklah dijalankan dan pihak-pihak terlibat tidak boleh hanya berpuas hati dengan siasatan polis semata-mata.

Berikan kuasa kepada pihak koroner untuk menjalankan proses siasatan mengikut undang-undang seperti yang termaktub dalam Seksyen 334 Kanun Prosedur Jenayah.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Santana
Santana
23 Aug 2020 12.07am

How many more deaths in custody do we have to witness before any effective measures taken by the government and people responsible for such deaths held responsible and dealt with appropriately. Just imagine the emotional turmoil the loved ones have to undergo and the financial consequences to the families. It appears as though life has no value.