[ENGLISH VERSION BELOW] Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat khuatir dengan pembaharuan lesen yang diberikan kepada Lynas Malaysia Sdn Bhd, untuk tempoh 10 tahun lagi sehingga 2 Mac 2036, seperti yang diumumkan oleh menteri Chang Lih Kang pada 2 Mac.
SAM berpendapat bahawa syarat-syarat dalam pembaharuan lesen terbaru ini hanyalah sekadar “tabir asap” (smokescreen), untuk mengekalkan status quo Lynas, yang membolehkan mereka terus menghasilkan dan mengumpul lebih banyak sisa radioaktif.
Sementara itu, tiada data umum tersedia yang menunjukkan kejayaan nyata dalam mengurangkan tahap radioaktiviti ke tahap yang mungkin tidak lagi diklasifikasikan sebagai sisa radioaktif.
Pilihan terbaik dan paling berkesan dalam pembaharuan lesen Lynas, sepatutnya adalah agar semua sisa radioaktif yang dihasilkan setakat ini dan pada masa hadapan, dihantar balik ke Australia untuk pengurusannya.
Sebarang pendekatan lain adalah tidak bertanggungjawab, kerana beban tersebut diserahkan kepada kerajaan dan orang awam untuk menguruskan sisa radioaktif Lynas selama beribu-ribu, malah berjuta-juta tahun akan datang, memandangkan thorium mempunyai jangkahayat radioaktiviti yang panjang.
Menurut pengumuman menteri, syarat-syarat berikut telah dikenakan bagi pembaharuan lesen tersebut:
- Lynas dikehendaki berhenti menghasilkan sisa water leach purification (yang bersifat radioaktif) selepas lima tahun, menjelang 2031.
- Semua sisa water leach purification yang dihasilkan dalam tempoh lima tahun tersebut (2026–31) mestilah dineutralkan ke bawah 1Bq/g. Sebaik sahaja ia berada di bawah tahap ini, ia tidak lagi diklasifikasikan sebagai sisa radioaktif dan diklasifikasikan sebagai sisa terjadual.
- Tiada kemudahan pelupusan kekal baharu akan dibenarkan.
- Lesen tersebut akan disemak semula selepas lima tahun pertama dan boleh dibatalkan sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan.
Kebimbangan kami berpunca daripada fakta bahawa ini bukanlah kali pertama Lynas diminta menghentikan pengeluaran sisa water leach purification dan untuk meneutralkan atau mengeluarkan torium [unsur radioaktif] daripada sisa tersebut.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
Dalam lesen terdahulu yang baru sahaja tamat, salah satu syaratnya adalah untuk Lynas menjalankan “penyelidikan dan pembangunan” (research and development atau R&D) bagi mengurangkan kepekatan aktiviti dalam sisa water leach purification ke tahap di bawah 1Bq/g melalui kitar semula atau kaedah lain yang diluluskan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom [kini dipanggil Atom Malaysia atau Jabatan Tenaga Atom Malaysia].
Malah, sejak 2012, dalam lesen pertama yang diberikan kepada Lynas, Lynas dikehendaki menjalankan penyelidikan untuk kitar semula, meminimumkan sisa, dan pengkomersilan sisa water leach purification, termasuk keperluan untuk memastikan sebarang penggunaan semula sisa tersebut adalah di bawah kadar 1Bq/g.
Segala perbincangan mengenai R&D setakat ini hanyalah percubaan eksperimen sahaja, dan orang awam juga turut tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku, atau sama ada terdapat sebarang kejayaan yang mampu dihasilkan semula pada skala industri.
Tambahan pula, dalam lesen bagi tempoh 2020–23, syarikat tersebut dikehendaki memastikan loji retakan dan larut lesap (cracking and leaching) di luar negara beroperasi khususnya sebelum Julai 2023 dan selepas tempoh tersebut, tiada bahan mentah baharu yang mengandungi bahan radioaktif semulajadi akan diimport ke Malaysia dan tiada sisa water leach purification boleh dihasilkan di loji tersebut selepas proses retakan dan larut lesap dipindahkan ke luar negara.
Tiada tanda-tanda bahawa proses pemindahan ini pernah atau telah berlaku.
Sebaliknya, di sebalik syarat pelesenan awal yang dikenakan ke atas Lynas untuk memulangkan sisa yang dihasilkan ke Australia, kerajaan telah berundur daripada syarat-syaratnya sendiri, menyerah kalah, dan membenarkan Lynas melupuskan sisa radioaktifnya di kemudahan pelupusan kekal di Gebeng, Pahang, yang menimbulkan ancaman radioaktif kepada generasi akan datang.
Memandangkan sejarah bagaimana kerajaan telah berurusan dengan Lynas sejak 2012, kami tidak yakin sama sekali bahawa sisa water leach purification Lynas yang dihasilkan kali ini di bawah lesen semasa ini bukan lagi berradioaktif, atau sisa water leach purification yang akan dijana di masa hadapan akan dibawa keluar dari Malaysia bila PDF (permanent disposal facility) sudah penuh.
Sudah tiba masanya kerajaan menghentikan sandiwara ini dan bertindak secara bertanggungjawab dengan tidak membenarkan penghasilan sisa radioaktif yang seterusnya.
Masa yang mencukupi telah diberikan untuk perkara, ini dan sudah tiba masanya untuk semua sisa water leach purification dihantar balik ke Australia, seperti yang dijanjikan pada asalnya oleh Lynas kepada kerajaan ketika ia mula-mula datang ke negara ini. – SAM
English version
Grave concerns over renewal of Lynas licence
Sahabat Alam Malaysia (SAM) is gravely concerned with the renewal of the licence granted to Lynas Malaysia Sdn Bhd for a further 10 years until 2 March 2036, as announced by minister Chang Lih Kang on 2 March.
SAM is of the opinion that the conditions in the latest licence renewal are merely a smokescreen to maintain Lynas’s status quo, enabling them to continue producing and accumulating even more radioactive waste, while there is no publicly available data indicating real success in reducing the radioactivity levels of the waste to levels where it may no longer be classified as radioactive waste.
The best and most effective option in the renewal of the Lynas licence ought to have been for all the radioactive waste produced thus far and in future to be sent back to Australia for management.
Any other approach is simply irresponsible, as the burden is passed on to the government and the public to manage the Lynas radioactive waste for thousands, if not millions, of years to come, given the long lifetime of radioactivity in thorium.
According to the minister’s announcement, the following conditions have been imposed for the licence renewal:
- Lynas is required to stop producing water leach purification residue (which is radioactive) after five years, by 2031.
- All the water leach purification residue produced within the five-year period (2026–31) must be neutralised to below 1Bq/g. Once below this level, it is no longer classified as radioactive waste but as scheduled waste.
- No new permanent disposal facility will be allowed.
- The licence will be reviewed after the first five years and can be revoked in the event of any non-compliance.
Our concerns stem from the fact that this is not the first time that Lynas has been asked to discontinue the production of the water leach purification residue and to neutralise or remove thorium (the radioactive element) from the waste.
In the earlier licence issued in 2023 which has just expired, one of the conditions imposed on Lynas was to conduct “research & development” to reduce the activity concentration in the water leach purification residue to a level below 1Bq/g through recycling or other methods approved by the Atomic Energy Licensing Board (Atom Malaysia – or the Department of Atomic Energy Malaysia).
In fact, since 2012, in the very first licence granted to Lynas, Lynas was required to carry out research for recycling, waste minimisation and commercialisation of the water leach purification residue, including having to keep any reuse of the waste below 1Bq/g.
All the talk of R&D is, at best, experimental, and the public has no knowledge of exactly what is going on, or if there has been any success at all that is capable of being reproduced at an industrial scale.
Further, in the licence for the period 2020–23, the company was required to ensure an overseas cracking and leaching plant be operational specifically before July 2023. After that period, no new raw materials containing naturally occurring radioactive material were to be imported into Malaysia, and no water leach purification residue could be produced at the plant after the cracking and leaching process is transferred overseas.
There has been no indication that this transfer process ever took place.
Instead, despite the initial licensing conditions imposed on Lynas to return the waste generated back to Australia, the government has backtracked on its own requirements and caved in. It has now allowed Lynas to continue disposing its radioactive waste in a permanent disposal facility located in Gebeng, Pahang, posing a radioactive threat for generations to come.
Given the history of how the government has been dealing with Lynas since 2012, we are not at all convinced that the Lynas water leach purification waste produced under the current licence will no longer be radioactive or that future waste will be removed from Malaysia once the current permanent disposal facility is full.
It is time for the government to stop the charade and act responsibly to stop the further generation of radioactive waste at the expense of the people of Malaysia.
Enough time has been given for this. It is time for all the water leach purification waste to be sent back to Australia, as originally promised by Lynas to the government when it first came to this country. – SAM
Mageswari Sangaralingam is the honorary secretary of Sahabat Alam Malaysia.
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme


