[ENGLISH VERSION BELOW] Badan Peguam Malaysia merujuk kepada hantaran media sosial oleh Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi, menjelang pilihan raya kecil Sungai Bakap pada 6 Julai.
Dalam hantaran media sosial tersebut, Rafizi Ramli mengulas tentang seorang peguam yang mewakili seorang warga asing yang ditangkap dan didakwa di Malaysia kerana berdagang senjata api dan memiliki peluru.
Badan Peguam Malaysia mendapati bahawa ulasan yang dibuat oleh Rafizi Ramli membimbangkan kerana ia memburukkan profesion undang-undang.
Ulasan beliau juga menyentuh isu yang lebih mendalam, yang melibatkan konsep proses wajar (due process) dan keperluan untuk mencapai keseimbangan yang betul antara kebebasan bersuara dan hak untuk perbicaraan yang adil.
Terdapat stigma yang wujud terhadap peguam, seperti yang ditunjukkan oleh ulasan Rafizi Ramli. Peguam dilihat seperti memberikan perkhidmatan mereka kepada pembida tertinggi, dan akan melakukan apa sahaja mengikut kemampuan mereka untuk melepaskan klien mereka.
Persepsi sedemikian tentang kerja-kerja guaman merupakan satu salah faham tentang apa sebenarnya yang dilakukan oleh peguam-peguam.
Tugas seorang peguam adalah untuk memberikan suara kepada klien yang memerlukan perwakilan. Peguam perlu membina satu kes untuk klien dalam batas undang-undang. Peguam tidak menambah atau menolak fakta sesebuah kes dan hanya bertindak atas arahan klien.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
Oleh itu, peguam adalah pihak yang berkecuali sepenuhnya. Walaupun perlu ada juga rasa simpati terhadap klien untuk membolehkan peguam menghujah kes daripada perspektif klien, ia tidak bermakna peguam mempunyai kaitan dengan kliennya.
Konsep proses wajar dalam konteks Malaysia memerlukan seorang hakim (atau pegawai lain yang mempunyai kapasiti kehakiman) untuk menentukan kesalahan atau liabiliti, selepas sesuatu kes telah selesai didengar sepenuhnya. Ini bermakna kuasa untuk membuat keputusan terhadap kes-kes terletak khusus kepada hakim-hakim.
Apabila orang ramai atau media mengulas tentang kemungkinan keputusan yang akan dibuat dalam sesuatu kes yang sedang didengar oleh seseorang hakim, ia boleh dianggap sebagai pelanggaran prinsip sub judice.
Walaupun Badan Peguam Malaysia adalah penyokong kuat hak kebebasan bersuara, hak tersebut tidak sepatutnya menjejaskan hak seseorang kepada perbicaraan yang adil.
Dengan mengulas mengenai peguam tersebut dan klien warga asingnya, Rafizi Ramli telah mempertikaikan klien tersebut secara pramatang sebelum kes itu diselesaikan oleh mahkamah.
Elemen utama hak perbicaraan yang adil adalah hak untuk mendapatkan perwakilan undang-undang. Hak ini termaktub dalam Perkara 5, Fasal 3 Perlembagaan Persekutuan. Ia memastikan bahawa mana-mana orang yang perlu hadir di hadapan mahkamah Malaysia dijamin perkhidmatan peguam.
Negara lain yang juga mempraktikkan Common Law mengamalkan apa yang dikenali sebagai “cab-rank rule”, iaitu, seseorang peguam tidak boleh menolak untuk mewakili klien yang ingin mendapatkan perkhidmatan mereka, kecuali dalam keadaan yang sangat terhad.
Walaupun peguam-peguam di Malaysia tidak perlu mematuhi prinsip yang ketat ini, Peraturan 2 Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Amalan dan Etiket) 1978 meletakkan kewajipan profesional kepada peguam untuk memberikan perkhidmatan kepada klien, jika mereka mahir dalam bidang undang-undang berkenaan.
Melainkan terdapat keadaan khas yang menghalang keupayaan peguam untuk memberikan perkhidmatan, mereka tidak seharusnya menolak klien yang memerlukan perwakilan undang-undang. Jika mereka berbuat demikian, ia adalah sama seperti melucutkan hak klien untuk mendapatkan perbicaraan yang adil.
Hakikat bahawa tertuduh dalam situasi ini adalah warga asing tidak seharusnya menghalang dia daripada mendapat perwakilan undang-undang. Peguam yang dinamakan oleh Rafizi Ramli itu hanya menjalankan tugasnya dengan memberikan suara kepada kliennya di hadapan mahkamah Malaysia.
Prinsip kedaulatan undang-undang, yang terkandung dalam Rukun Negara kita, memerlukan sistem keadilan jenayah Malaysia berjalan dengan sewajarnya, tanpa mengira asal usul tertuduh. Dengan melakukan yang sebaliknya, samalah seperti memutuskan bahawa tertuduh bersalah sebelum kes itu dibicarakan.
Badan Peguam Malaysia menyeru semua pihak untuk berhenti memberikan tanggapan yang salah dan membuat sindiran bahawa peguam tidak beretika dalam menjalankan tugasan tetap mereka.
Peguam seharusnya dapat memberikan perkhidmatan mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih, dan bebas daripada prasangka yang tidak berasas. – Majlis Peguam
Mohamad Ezri Abdul Wahab ialah yang dipertua Badan Peguam Malaysia
English version
Rule of law and right to legal representation
The Malaysian Bar refers to a recent social media posting made by Rafizi Ramli, the Minister of the Economy, in the lead-up to the Sungai Bakap by-election on 6 July.
In his social media posting, Rafizi Ramli commented on a lawyer representing a foreigner who was arrested and charged in Malaysia for trafficking firearms and possessing ammunition.
The Malaysian Bar finds the comments made by Rafizi concerning due to the denigrating nature of these comments towards the legal profession.
His comments also strike at a deeper issue, which concerns the concept of due process and the need to strike the right balance between the freedom of expression and the right to a fair trial.
There is an existing stigma against lawyers, as exemplified by Rafizi Ramli’s comments. Lawyers are seen as providing their services to the highest bidder, and will do everything within their means to get their clients off the hook.
Such a perception of the nature of legal work amounts to a misunderstanding of what lawyers actually do.
The duty of a lawyer is to provide a voice to clients in need of representation. This entails building a case for the client within the confines of the law. The lawyer does not add or subtract the facts of a case and only acts on the instructions of the client.
As such, the lawyer is completely neutral. While some level of sympathy with a client’s case is necessary in order to present the case from the client’s perspective, this does not mean that the lawyer identifies with the client.
The concept of due process in the Malaysian context calls for the determination of guilt or liability by a judge (or other officers assuming a judicial capacity), after the hearing of a case has been exhausted. This means that the power to rule over cases lies exclusively with judges.
When members of the public or the media comment on the possible outcomes of cases that a judge is currently hearing, it could amount to a breach of the sub judice rule.
Although the Malaysian Bar is a staunch advocate of the right to free speech, such a right should not come at the cost of prejudicing one’s right to a fair trial.
By commenting on the lawyer and his foreign client, Rafizi has prematurely called the innocence of the client into question before the case has been disposed of by the courts.
A key element of the right to a fair trial is the right to legal representation. The right to legal representation is enshrined in Article 5, Clause 3 of the Federal Constitution. This right ensures that any person who is compelled to appear before the Malaysian courts is guaranteed the services of a lawyer.
Other Common Law jurisdictions practise what is known as the “cab-rank” rule, whereby lawyers cannot refuse to represent a client seeking their services, save in very limited circumstances.
Although Malaysian lawyers are not required to observe this strict rule, rule 2 of the Legal Profession (Practice and Etiquette) Rules 1978 places a positive professional obligation on them to provide their services to a client, if they are proficient in that area of law.
Unless there are special circumstances hampering the lawyers’ ability to provide their services, lawyers should not reject a client in need of legal representation. To do so would be tantamount to depriving the client of the right to a fair trial.
The fact that the accused in this situation is a foreigner should not deprive him of legal representation. The lawyer named by Rafizi is merely discharging his duty by providing a voice for his client before the courts of Malaysia.
The principle of the rule of law, which is in our Rukun Negara, requires that the Malaysian criminal justice system runs its due course, regardless of the accused’s origin. To do otherwise would be to decide that the accused is guilty before the case is even heard.
The Malaysian Bar calls all parties to cease the mischaracterisation and the insinuation of lawyers as being unethical, while in the course of conducting their regular duties.
Lawyers should be able to provide their services without fear or favour, and free of baseless prejudices. – Bar
Mohamad Ezri Abdul Wahab is president of the Malaysian Bar.
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme