Kebenaran yang berlaku ketika himpunan Rakyat Benci Rasuah 2.0

freedom of assembly

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Sekretariat Rakyat Benci Rasuah (SRBR) mengecam sekeras-kerasnya tindakan kasar, tidak berperikemanusiaan dan melanggar undang-undang oleh seorang anggota polis…ketika satu persembahan teater aman sedang berlangsung sempena Himpunan Rakyat Benci Rasuah 2.0.

Ketika persembahan masih berlangsung secara aman dan tidak menimbulkan sebarang ancaman keselamatan, anggota polis berkenaan telah merangkul leher salah seorang mahasiswa secara tiba-tiba, tanpa sebarang amaran mahupun sebab yang munasabah.

Apabila ditanya berkali-kali oleh mahasiswa dan peserta himpunan, anggota polis tersebut gagal memberikan sebarang alasan bagi tindakannya.

Tindakan ini merupakan pencabulan terang-terangan terhadap hak kebebasan individu dan melanggar peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 28A(2) Kanun Tatacara Jenayah (CPC) yang dengan jelas menyatakan bahawa: ‘Seseorang pegawai polis hendaklah, secepat mungkin, memberitahu orang yang ditangkap akan sebab-sebab tangkapan itu.”

Namun, tiada sebarang makluman rasmi diberikan. Sebaliknya, mahasiswa itu telah ditarik dan diheret secara kasar, menyebabkan berlaku pergelutan fizikal hingga bajunya terkoyak. Ini adalah satu bentuk penggunaan kekerasan yang tidak wajar, berlebihan dan tidak berkadar (disproportionate) terhadap seorang mahasiswa yang tidak bersenjata dan tidak melakukan sebarang provokasi.

Susulan kejadian tersebut, pihak sekretariat dengan tegas mendesak agar nama dan nombor badan semua anggota polis yang terlibat didedahkan untuk tujuan laporan rasmi kepada pihak berwajib.

Hanya selepas desakan selama hampir satu jam 30 minit oleh mahasiswa dan peserta himpunan, barulah pihak polis akur dan memberikan maklumat tersebut – satu petanda jelas bahawa polis berusaha menutup salah laku dan menyembunyikan identiti pelaku.

Sekretariat akan mengemukakan laporan rasmi kepada ibu pejabat Polis Dang Wangi, Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dalam masa terdekat atas cubaan penahanan tanpa sebab yang sah di sisi undang-undang dan kekasaran fizikal terhadap peserta himpunan.

READ MORE:  City hall must align by-laws with PAA and moratorium on Section 11

Kami juga mengecam keras laporan berita palsu, berat sebelah dan bersifat manipulatif yang diterbitkan di beberapa laman media. Laporan-laporan tersebut bersifat tidak beretika, menyebarkan naratif ‘polis mangsa’ dan mengabaikan penderaan serta pencabulan hak peserta yang telah dirakam dan akan didedahkan kepada umum.

Pihak polis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pasukan keselamatan harus dihentikan daripada terus bermain naratif propaganda dan menipu rakyat.

Pihak sekretariat mempunyai bukti video yang sah dan akan menyertakan lampiran dalam masa terdekat bagi membongkar pembohongan dan manipulasi naratif yang cuba dipaksakan kepada rakyat

Kami memberi amaran kepada pihak berkuasa agar tidak memperlekehkan suara rakyat dan mahasiswa. Polis perlu mengambil tindakan tegas ke atas anggota yang bertindak di luar batas dan bukan bersembunyi di sebalik seragam.

Sekretariat akan terus menuntut akauntabiliti, integriti dan tindakan undang-undang kepada semua pihak yang terlibat. – SRBR

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Najib.Abdullah
Najib.Abdullah
5 Jul 2025 12.23am

Inilah satu2 tindakan kasar polis yang tak cukup latihan sempurna dan tidak pandai membaca kedudokan yang sebenar.
Sungguh menyedehkan.