Kawasan air terjun Bayan Lepas dicemari sampah sarap

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah pencemaran sampah sarap di kawasan Air Terjun Bayan Lepas di sini.

Dalam tinjauan yang dibuat CAP mendapati bahan buangan seperti sisa plastik, kertas, tilam dan bantal buruk, lampin bayi, sisa makanan, perabut rosak, tin kosong, botol minuman dan lain-lain bersepah di kawasan itu termasuk terapung dan terdampar didalam kolam air terjun tersebut.

Selain itu, terdapat pokok tumbang dan daun kering yang tidak dibersihkan, jambatan dan bangku telah rosak tidak dibaiki, serta jalan masuk ke kawasan itu sempit dan dipenuhi semak samun.

CAP kesal walau pun masalah ini sudah lama berlaku tetapi tidak ada tindakan berkesan yang diambil oleh pihak berkenaan bagi mengatasinya menyebabkan keadaan pencemaran di sini menjadi bertambah serius dan menjijikkan.

CAP difahamkan, tindakan penghuni rumah pangsa berhampiran membuang berbagai jenis bahan buangan di kawasan ini menjadi punca utama kejadian tersebut berlaku. Selain mencemarkan alam sekitar, masalah ini juga boleh mencetuskan wabak penyakit kepada orang ramai.

Ketika hujan, sampah yang dibuang di kawasan ini masuk ke dalam kolam air terjun, parit, sungai dan terus ke laut. Jika keadaan ini berterusan, pengaliran air akan tersekat dan banjir kilat boleh berlaku pada masa akan datang dan mengancam kehidupan penduduk-penduduk di negeri ini.

CAP juga menggesa pejabat daerah barat daya, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Jabatan Alam Sekitar turut melaksanakan tanggungjawab demi menjaga alam sekitar, kebersihan tempat beriadah dan mengekalkan keindahan alam semulajadi kawasan tersebut serta sumber air bersih untuk para pengunjung mandi manda.

READ MORE:  Tambak laut tiada kesan kepada perikanan? Salah dan mengelirukan (Malay/English)

CAP berharap bahan buangan di sini dibersihkan segera, kemudahan asas untuk para pengunjung dibina dengan sempurna dan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa dilaksanakan dengan tegas ke atas mereka yang melakukan pencemaran alam sekitar di kawasan ini.

Mohideen Abdul Kader adalah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments