Kanak-kanak mangsa, bukan ancaman keselamatan/Children are victims, not security threats

FREEMALAYSIATODAY.COM

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia – Hak Kanak-kanak (KRPPM–Hak Kanak-Kanak) dan persatuan masyarakat sivil hak kanak-kanak mengecam sekeras-kerasnya penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) oleh pihak polis untuk menahan kanak-kanak yang menjadi mangsa perekrutan melalui media sosial dan platform permainan dalam talian untuk menyokong kumpulan pengganas.

Tindakan kumpulan pengganas mengeksploitasi ruang digital dan platform permainan dalam talian untuk merekrut serta mempengaruhi kanak-kanak mencetus kebimbangan global. Taktik ini berkembang dengan pantas dan sering kali mengatasi keupayaan pihak berkuasa untuk bertindak balas dengan berkesan.

Dalam situasi ini, kanak-kanak yang terlibat sebenarnya merupakan mangsa manipulasi dan indoktrinasi, dan sewajarnya diberikan perlindungan, pemulihan serta intervensi psikososial, bukannya dikenakan penahanan keselamatan yang ketat.

Kami menyambut baik laporan pembebasan kanak-kanak tersebut pada 13 Mac.

Walau bagaimanapun, penting untuk diingatkan bahawa sebarang tindakan susulan harus mengutamakan mekanisme pemulihan dan pemantauan yang berstruktur, khususnya dalam kes di mana kanak- kanak mungkin telah menjadi sasaran cubaan perekrutan ekstrimis dalam talian.

Penahanan kanak- kanak di bawah Sosma, yang merupakan undang-undang yang digubal untuk menangani ancaman keselamatan negara, adalah tidak selaras dengan prinsip kepentingan terbaik kanak-kanak serta menjejaskan komitmen Malaysia untuk melindungi mereka daripada eksploitasi.

Penggunaan Sosma terhadap kanak-kanak juga amat membimbangkan kerana undang-undang prosedur ini tidak menyediakan perlindungan khusus bagi kanak-kanak, tiada pengawasan kehakiman serta perlindungan yang selari dengan sistem keadilan kanak-kanak yang mencukupi, khususnya dalam kes yang melibatkan kesalahan keselamatan negara.

Sebagai negara pihak kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak sejak tahun 1995, Malaysia memikul tanggungjawab antarabangsa untuk memastikan setiap kanak-kanak dilindungi daripada penafian kebebasan secara sewenang-wenangnya atau bagi tempoh yang tidak munasabah.

Pada masa yang sama, sistem keadilan hendaklah sentiasa mengutamakan kepentingan terbaik kanak-kanak, menjunjung prinsip proses yang adil serta menjamin akses yang saksama kepada keadilan.

READ MORE:  Stricter enforcement on firecrackers needed to protect children

Akta Kanak-Kanak 2001 menyediakan rangka perundangan yang jelas mengutamakan penjagaan, perlindungan, pemulihan dan kebajikan kanak-kanak, khususnya mereka yang terdedah kepada kemudaratan, eksploitasi atau pengaruh jenayah.

Kanak-kanak yang telah menjadi sasaran rangkaian ekstremis wajar ditangani melalui mekanisme perlindungan kanak-kanak, termasuk kaunseling, program pemulihan daripada pengaruh radikal, sokongan keluarga serta pemulihan berasaskan komuniti.

Intervensi sedemikian hendaklah merangkumi sokongan psikososial yang bersesuaian, pemantauan yang berstruktur serta penglibatan aktif ibu bapa bagi mengurangkan risiko kejadian berulang.

Inisiatif pemulihan juga perlu dirangka dengan memasukkan modul yang peka terhadap keperluan kanak-kanak dan bersesuaian dengan peringkat umur, dengan mengambil kira keperluan perkembangan, kerentanan serta kepentingan terbaik kanak-kanak.

Sehubungan itu, Suhakam dan KRPPM-Hak Kanak-kanak menyeru perdana menteri untuk:

  • Mengenakan moratorium serta-merta terhadap penggunaan Sosma ke atas kanak-kanak
  • Memastikan kanak-kanak yang terlibat dalam kes sedemikian dilayan sebagai mangsa eksploitasi dan diberikan pemulihan serta perlindungan yang sewajarnya di bawah Akta Kanak-Kanak 2001
  • Memansuhkan Sosma atau meminda undang-undang prosedur tersebut dengan memperkenalkan pengawasan kehakiman serta perlindungan yang dapat menghalang penggunaannya secara sewenang-wenangnya

Malaysia perlu mengamalkan pendekatan yang berteraskan kanak-kanak serta berasaskan hak asasi dalam menangani ancaman baharu perekrutan ekstremis secara dalam talian.

Melindungi kanak- kanak daripada eksploitasi keganasan memerlukan sistem perlindungan kanak-kanak yang kukuh, langkah pencegahan awal serta usaha pemulihan yang menyeluruh, bukannya penahanan keselamatan yang berpanjangan.

Suhakam dan KRPPM–Hak Kanak-Kanak kekal komited untuk bekerjasama dengan kerajaan serta agensi penguatkuasaan bagi memastikan langkah-langkah membanteras keganasan di Malaysia dilaksanakan selaras dengan prinsip hak asasi manusia serta melindungi kepentingan terbaik setiap kanak-kanak.

English version

Children exploited online for terrorism should not be detained under Sosma

The Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam), the All-Party Parliamentary Group Malaysia on Children’s Rights (APPGM–CR), and all the civil society groups working on children’s rights strongly condemn the recent use of the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (Sosma) by the police to detain children who are victims of terrorist recruitment through social media and online gaming platforms.

READ MORE:  Children's commissioners blocked from visiting children held under Sosma

There is growing international concern that terrorist groups are increasingly exploiting digital spaces and online gaming platforms to recruit and indoctrinate children. These tactics are evolving rapidly and often outpace the responses of governments.

In such circumstances, the children involved are primarily victims of manipulation, grooming and indoctrination, and should therefore be addressed through protection, rehabilitation and psychosocial intervention, rather than restrictive security detention.

While we welcome the reported release of the children involved on 13 March, it is essential that any further action prioritises structured rehabilitation and monitoring mechanisms, particularly in cases where children may have been subjected to attempted online extremist recruitment.

Detaining children under Sosma, a law designed to address serious national security threats, is inconsistent with the principle of the best interests of the child and undermines Malaysia’s obligation to protect children from exploitation.

The use of Sosma against children raises serious concerns, as the procedural law does not provide child-specific safeguards, adequate judicial oversight or protections consistent with the child justice system, particularly in cases involving national security offences.

As a state party to the Convention on the Rights of the Child since 1995, Malaysia has clear international obligations to ensure that children are protected from arbitrary or prolonged deprivation of liberty.

The justice system must also ensure that children’s treatment prioritises the best interests of the child, due process and meaningful access to justice.

The Child Act 2001 provides a clear legal framework that prioritises the care, protection, rehabilitation and welfare of children exposed to harm, exploitation or criminal influence.

READ MORE:  Children's commissioners saddened by Kuantan tragedy involving five family members

Children who have been targeted by extremist networks should therefore be addressed through child protection mechanisms, including counselling, deradicalisation programmes, family support and community-based rehabilitation.

Such interventions should incorporate appropriate psychosocial support, structured monitoring and active parental involvement to reduce the risk of recurrence.

Deradicalisation initiatives must also be designed to include child-sensitive and age-appropriate modules that take into account the developmental needs, vulnerabilities and best interests of the child.

Suhakam and APPGM–CR therefore call upon the prime minister to:

  • Immediately impose a moratorium on the use of Sosma against children
  • Ensure that children involved in such cases are treated as victims of exploitation and provided appropriate rehabilitation and protection under the Child Act 2001
  • Repeal Sosma or amend the procedural law to introduce judicial oversight and safeguards that prevent its application arbitrarily by the upcoming July parliamentary sitting

Malaysia must adopt a child-centred and rights-based approach in responding to emerging threats of online extremist recruitment.

Protecting children from terrorist exploitation requires strong child protection systems, early intervention and rehabilitation, not prolonged security detention.

Suhakam and the APPGM–CR remain committed to working with the government and the enforcement agencies to ensure that Malaysia’s counterterrorism measures uphold human rights and protect the best interests of every child.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam)
All-Party Parliamentary Group Malaysia Children’s Rights (APPGM–CR)

Endorsed by:

  • Initiative to Promote Tolerance and Prevent Violence (Initiate.my)
  • Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
  • Prof Emeritus Dato’ Noor Aziah Mohd Awal, Suhakam’s first children’s commissioner
  • Mandiri

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted