Kajian PBB beri amaran jurang jantina semakin melebar disebabkan pandemik (Malay/English)

0
163 views
Photograph: Juan Pablo Serrano Arenas/Pexels

[ENGLISH VERSION BELOW] Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) melapurkan tindakan yang disarankan oleh PBB.

Daripada maklumat polisi yang telah diterbitkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menekankan bahawa kesan yang diakibatkan oleh pandemic Covid-19 telah membawa kepada ketidaksaksamaan jantina, dengan:

  • impak ekonomi yang tidak seimbang kepada wanita dan kanak-kanak perempuan
  • peruntukan semula sumber penjagaan kesihatan yang menjadi keperluan khusus wanita dan kanak-kanak perempuan
  • peningkatan perkhidmatan penjagaan tidak berbayar
  • peningkatan kes keganasan berasaskan jantina

Tanpa langkah-langkah yang sensitif jantina dan bersasar dalam menangani kedua-dua kesan jangka masa panjang dan jangka masa pendek pada ketika krisis yang berlaku, kita berisiko untuk kehilangan kemajuan terhad yang dicapai dalam kesaksamaan jantina hasil usaha keras yang telah dilakukan di Malaysia sejak dua dekad yang lalu.

Impak ketidakseimbangan ekonomi yang mempengaruhi wanita, kanak-kanak perempuan

Maklumat polisi PBB yang bertajuk “Impak Covid-19 ke atas Wanita,” telah memberi amaran mengenai impak ekonomi yang tidak seimbang diakibatkan oleh pandemik ini ke atas wanita yang menyebabkan wanita mendapat pendapatan yang lebih rendah, mempunyai simpanan yang bernilai lebih rendah, mendapat pekerjaan yang tidak tetap atau tidak menjamin pendapatan stabil, dan kebiasaannya hanya bekerja dalam sektor tidak formal.

Menurut kajian, peratus wanita yang berumur 25-54 tahun yang berada dalam pasaran kerja adalah 29% lebih rendah daripada bilangan lelaki di dalam kumpulan umur yang sama. Dengan 740 juta wanita di seluruh dunia bekerja dalam sektor ekonomi tidak formal, ini bermakna daripada keseluruhan wanita yang berada di dalam pasaran kerja global, peratusan yang signifikan bekerja dalam pekerjaan tidak formal.

Di Malaysia, kira-kira satu per empat wanita bekerja berada di bawah kategori pekerjaan tidak tetap, sama ada mereka bekerja sendiri, pekerja tidak formal atau pekerja keluarga tidak bergaji. Golongan wanita ini tidak mempunyai jaminan keselamatan seperti mereka yang bekerja di dalam sektor formal dan amat terdedah kepada kehilangan pendapatan atau separuh pendapatan ketika pandemik berlaku.

PBB menyarankan supaya kerajaan mengambil beberapa langkah terancang ke arah memperkasakan ekonomi golongan wanita akibat impak negatif Covid-19. Ini merangkumi:

  • bantuan kewangan secara terus kepada wanita
  • memperkenalkan pengecualian cukai kepada perniagaan milik wanita
  • memperkenalkan penilaian jantina sebagai sebahagian daripada penilaian terancang negara yang bertujuan untuk memahami impak Covid-19 ke atas wanita dan kanak-kanak perempuan dan bagaimana untuk menanganinya secara efektif

Peruntukan semula sumber penjagaan kesihatan untuk menangani keperluan khusus wanita, kanak-kanak perempuan

Kajian PBB turut menekankan tentang isu halangan akses kepada wanita dan kanak-kanak perempuan kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan bagi memenuhi keperluan khusus mereka sebagai sumber pekhidmatan yang tidak diperuntukkan.

Sememangnya, ketika krisis seperti pandemik yang sedang berlaku ini, sudah ada halangan akses kepada penjagaan kesihatan khusus wanita kerana infrastruktur yang serba kekurangan. Perkhidmatan kesihatan wanita juga terjejas akibat tidak dianggap oleh kerajaan sebagai hak asas golongan wanita.

Antara perkhidmatan yang berisiko adalah perkhidmatan penjagaan kesihatan seksual dan kesihatan wanita. Di Malaysia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara telah menutup kliniknya dalam tempoh perintah kawalan pergerakan, satu tindakan yang akan menyekat akses kontraseptif. Tindakan ini terutamanya akan menyebabkan kesukaran dalam kalangan wanita untuk menangani masalah kehamilan tidak dirancang dalam keadaan masalah kewangan.

Wanita juga berisiko besar untuk terdedah kepada jangkitan Covid-19 kesan daripada ketidakseimbangan jantina dalam pekerjaan: 70% daripada tenaga kerja sektor kesihatan terdiri daripada wanita. Di Sepanyol, 72% daripada pekerja kesihatan yang dijangkiti Covid-19 adalah wanita, sementara di Itali 66% daripada pekerja kesihatan yang dijangkiti adalah wanita. Di Malaysia, 97% jururawat adalah wanita, bermakna wanita berisiko oleh kerana pekerjaan mereka.

Selain daripada jururawat, bidan, dan pekerja kesihatan komuniti, wanita juga menjadi majoriti di dalam pekerjaan sektor perkhidmatan – daripada tukang cuci kepada katerer – kakitangan sokongan kesihatan, yang meningkatkan lagi risiko secara keseluruhannya.

Bagi kerajaan untuk menangani risiko kesihatan khusus wanita dan kanak-kanak perempuan ketika pandemik ini berlaku, PBB menyarankan sebaran mesej bersasar tentang kesihatan umum kepada wanita dan kanak-kanak perempuan.

Tambahan lagi, kerajaan perlu melaksanakan langkah-langkah untuk menangani keperluan pekerja kesihatan wanita dan mereka yang bekerja sebagai anggota sokongan dalam sektor kesihatan.

Ini termasuk memastikan kelengkapan perlindungan peribadi seperti topeng muka dengan saiz yang sesuai untuk wanita dan tidak membiarkan mereka terdedah kepada jangkitan, serta membekalkan keperluan sanitasi dan kebersihan (termasuklah tuala wanita dan sabun) yang mencukupi bagi pekerja kesihatan wanita, serta wanita dan kanak-kanak perempuan yang dikuarantin.

READ MORE:  Nikki Haley: A role model for women

Peningkatan pekerja jagaan tidak berbayar

Menurut maklumat polisi PBB, “Krisis global Covid-19 telah menunjukkan dengan jelas bahawa ekonomi formal dunia dan pengurusaan kehidupan sehari-hari kita terbina atas tenaga kerja tidak berbayar oleh wanita dan kanak-kanak perempuan yang tidak terlihat.”

Sebelum pandemik ini berlaku, wanita melakukan kerja tidak berbayar dalam kerja-kerja rumah dan penjagaan tiga kali ganda lebih daripada lelaki. Kini, dengan anak-anak yang tidak ke sekolah, lebih banyak makanan yang perlu disediakan, dan penjagaan orang tua serta keluarga yang sakit, telah meningkatkan lagi beban buat wanita.

Kajian pada tahun 2019 oleh Institut Kajian Khazanah mendapati wanita Malaysia menggalas ‘beban berganda’ di mana mereka terpaksa menghabiskan lebih 64% masa mereka lebih daripada lelaki dalam melaksanakan kerja yang tidak berbayar, walaupun mereka turut bekerja dengan jangkamasa yang sama dengan lelaki di dalam pekerjaan berbayar.

Kajian PBB juga memberi amaran bahawa dengan penutupan sekolah, remaja perempuan akan melakukan kerja rumah lebih banyak berbanding remaja lelaki. Jutaan kanak-kanak perempuan berkemungkinan tidak boleh untuk meneruskan pelajaran, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman atau hidup dalam kemiskinan. Pandemik yang berlaku sebelum ini telah menunjukkan kanak-kanak perempuan berisiko untuk tidak meneruskan pelajaran, walaupun setelah krisis berakhir.

Antara saranan yang telah diberi oleh PBB adalah supaya kerajaan cuba untuk menangani ketidaksaksamaan ini dengan:

  • menyediakan perlindungan sosial yang inklusif kepada pengasuh/penjaga untuk berhadapan dengan kesan kepada beban kerja tidak berbayar mereka
  • meluaskan bantuan penjagaan kanak-kanak kepada ibu bapa yang bekerja – termasuklah mereka yang berada dalam sektor tidak formal – sewaktu sekolah dan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak ditutup
  • meneruskan program bantuan makanan dengan penyesuaian kepada konteks semasa dengan menyediakan bekalan makanan beserta penghantaran atau diambil sendiri

Peningkatan kes keganasan berasaskan jantina

Pada ketika kerajaan seluruh dunia melaksanakan langkah-langkah kritikal untuk mengawal penularan koronavirus dan menjaga keselamatan komuniti, terdapat banyak laporan peningkatan kes keganasan ke atas wanita dan kanak-kanak yang terperangkap di rumah bersama pendera.

WAO pada awalnya melaporkan 44% peningkatan dalam panggilan ke hotline WAO dan pertanyaan WhatsApp dari Februari hingga Mac 2020, pada ketika perintah kawalan pergerakan mula dikuatkuasakan.

Kemudiannya, kami melihat peningkatan yang lebih tinggi: pada separuh pertama April, WAO menerima 264 panggilan dan pertanyaan WhatsApp, iaitu 111.2% peningkatan berbanding 125 panggilan dan pertanyaan WhatsApp dalam tempoh 14 hari pada bulan Februari.

Ramai pemandiri keganasan rumahtangga berhadapan dengan ketidakpastian mengenai cara untuk mendapatkan perlindungan pada waktu ini: dalam sesetengah kes, balai polis berjaya menjalankan misi menyelamatkan pemandiri daripada rumah mereka, sementara dalam kes yang lain, pemandiri telah dinafikan pertolongan dan disuruh untuk pulang dan datang semula setelah perintah kawalan pergerakan tamat.

Bagi memastikan pemandiri keganasan berasaskan jantina menerima bantuan yang mereka perlukan ketika pandemik, PBB telah memberi beberapa saranan kepada kerajaan, termasuklah untuk:

  • menyenaraikan rumah perlindungan keganasan rumahtangga sebagai perkhidmatan penting dan meningkatkan bantuan sumber kepada mereka serta pekerja awam yang berada di barisan hadapan
  • mengenalpasti ruang yang selamat bagi wanita untuk melaporkan kes penderaan tanpa pengetahuan pendera, contohnya seperti di kedai runcit atau farmasi
  • menyediakan akses kepada perkhidmatan kritikal secara atas talian

Perancangan masa hadapan

Selain daripada saranan khusus yang telah disarankan, maklumat polisi PBB memberi penekanan kepada tiga kepentingan bagi negara dalam mengambil langkah sensitif jantina dalam respon pandemik.

Kepentingan tersebut adalah

  1. memastikan penyertaan sama rata oleh wanita di dalam kesemua perancangan dan pembuatan keputusan berkenaan respon Covid-19
  2. memacu perubahan transformatif untuk kesaksamaan dengan menangani ekonomi penjagaan berbayar dan tidak berbayar
  3. menyasarkan wanita dan kanak-kanak perempuan di dalam kesemua usaha bagi menghadapi impak sosioekonomi Covid-19.

Satu perkara yang ditegaskan oleh kajian PBB adalah, tanpa tindakan yang dirancang rapi, ketidaksaksamaan jantina yang sudah sedia wujud akan menjadi lebih teruk disebabkan oleh pandemik.

Daripada kita membiarkan sahaja usaha yang telah dilakukan ke arah kesaksamaan jantina terus musnah, sekarang adalah masanya untuk mengambil tindakan ke arah Malaysia yang lebih baik dan saksama.

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)

English version

UN paper warns of gender gaps amplified by pandemic, Malaysia must take heed

A policy brief published by the UN has highlighted how the circumstances created by the Covid-19 pandemic have compounded gender inequality, with:

  • economic impacts disproportionately affecting women and girls
  • the reallocation of healthcare resources addressing the unique needs of women and girls
  • the increase of unpaid care work
  • gender-based violence
READ MORE:  The mother: Stereotype and neuroses

Without targeted and gender-sensitive measures addressing both the short-term and long-term effects of the current crisis, we are at risk of losing even those limited and hard-fought gains made towards the realisation of gender equality in Malaysia over the past two decades.

Economic impacts disproportionately affecting women and girls

The UN policy brief, entitled, “The Impact of Covid-19 on Women,” warns of the disproportionate economic impacts of the pandemic on women as a result of women earning less, subsequently saving less, holding less secure jobs, and more often being employed in the informal sector.

According to the brief, the percentage of women aged 25-54 who are in the labour force is 29% lower than the number of men in the same age bracket. With 740 million women worldwide working in the informal economy, this means that, out of those women participating in the labour force globally, a significant percentage are engaged in informal employment.

In Malaysia, about one-fourth of working women fall under the category of vulnerable employment, where they are either self-employed, informal workers, or unpaid family workers. These women lack the security of those employed in the formal sector and are heavily susceptible to partial or total income loss during the pandemic.

To address the economic impacts of Covid-19 on women, the UN recommends that governments take several tailored measures. These include

  • putting cash directly in women’s hands
  • introducing tax relief for women-owned businesses
  • introducing a gender assessment as part of planned country assessments specifically to understand the impact of Covid-19 on women and girls and how to effectively address this

Reallocation of healthcare resources addressing the unique needs of women and girls

The UN paper also highlights the issue of the restricted access of women and girls to healthcare services that serve their unique needs as resources are allocated away from such services.

Indeed, during a crisis such as the current pandemic, already restricted access to women-specific healthcare as a result of poor infrastructure or restrictive cultural norms may be further compounded, justified by governments as being necessary for ‘the overall good of society’.

Among the services at risk are sexual and reproductive healthcare services. In Malaysia, the National Population and Family Development Board has closed its clinics during the movement control order, a move which will hinder women’s access to contraception. This is especially concerning, as an unintended pregnancy during the current financial crisis can result in distress and financial hardship for women and their families.

Women may also be at-risk of greater exposure to Covid-19 as a result of occupational gender segregation: women make up 70% of the healthcare workforce worldwide. Notably, in Spain, 72% of the healthcare workers infected with Covid-19 are female, while in Italy, women make up 66% of infected healthcare workers. In Malaysia, women make up 97% of all nurses, meaning that more women are at-risk as a result of their profession.

In addition to more women being nurses, midwives, and community health workers, women also make up the majority of the service staff – from cleaners to caterers – supporting healthcare facilities, adding to their overall risk profile.

For governments to address the unique health risks of women and girls during the pandemic, the UN recommends the targeted dissemination of accessible public health messages to women and girls.

Additionally, governments should implement measures to address the needs of women healthcare workers and those working as support staff at healthcare facilities.

This includes ensuring personal protective equipment such as masks are appropriately sized for women and don’t leave them exposed, as well as stocking adequate hygiene and sanitation items (including sanitary pads and soap) for female health workers, as well as for women and girls in quarantine.

READ MORE:  Women's group proposes priorities for new select committee

Increase of unpaid care work

According to the UN policy brief, “The Covid-19 global crisis has made starkly visible the fact that the world’s formal economies and the maintenance of our daily lives are built on the invisible and unpaid labor of women and girls.”

Prior to the pandemic, women were doing three times as much unpaid care and domestic work as men. Now, with children out of school, more meals to prepare at home, and the intensified care needs of older persons and ill family members, the care burden has increased exponentially.

A 2019 study by the Khazanah Research Institute found that Malaysian women surveyed were shouldering a ‘double burden’, where they spent nearly 64% more time than men on unpaid care work, despite working almost the same number of hours as men in paid employment.

The UN paper also warns that, with current school closures and adolescent girls taking on significantly more domestic work compared to adolescent boys, millions more girls may drop out of school, especially those living in rural areas or in poverty. Previous pandemics have shown girls to be at particular risk of dropping out, even after the crisis has ended.

Among the recommendations that the UN makes to governments to address these inequalities are to:

  • provide inclusive social protection for caregivers to mitigate the effects of their unpaid care burden
  • expand childcare support for working parents – including those in the informal workforce – where schools and childcare services are closed
  • continue school feeding programmes while adapting to the current context by preparing rations for daily delivery or pick-up

Increase in gender-based violence

As governments around the world have implemented critical measures to control the spread of the Covid-19 virus and keep communities safe, there have been many alarming reports of increased violence against women and children, who are isolated at home with their abusers.

WAO has seen an increase of 44% in hotline calls and Whatsapp enquiries between February and March, during which time the movement control order came into effect.

WAO initially reported a 44 % increase in WAO hotline calls and WhatsApp enquiries from February to March 2020, during which time the movement control order came into effect.

Subsequently, we saw an even greater spike: in the first half of April, WAO received 264 calls and WhatsApp enquiries, which is a 111.2% increase compared to 125 calls and WhatsApp enquiries over a 14-day period in February.

Many domestic violence survivors face uncertainty over how to obtain protection during the current period: in some cases, police stations have successfully carried out rescues of survivors from their abusive homes, while in other cases survivors have been turned away and told to come back after the movement control order has ended.

To ensure that survivors of gender-based violence receive the assistance they need during the pandemic, the UN has made several recommendations to governments, including to:

  • designate domestic violence shelters as essential services and increase resources to them, as well as to civil society groups on the front line of response
  • designate safe spaces for women where they can report abuse without alerting perpetrators, eg in grocery stores or pharmacies
  • make critical services available online

The way forward

In addition to the specific recommendations made, the UN policy brief emphasises three cross-cutting priorities for countries in undertaking a gender-sensitive approach to pandemic response.

These priorities are:

  1. ensure women’s equal representation in all Covid-19 response planning and decision-making
  2. drive transformative change for equality by addressing the paid and unpaid care economy
  3. target women and girls in all efforts to address the socioeconomic impact of Covid-19

One thing made clear by the UN paper is that, without tailored and decisive action, pre-existing gender inequalities will be worsened by the pandemic.

Rather than let any strides made towards gender equality vanish, now is the time to take action towards a better and more equitable Malaysia.

Women’s Aid Organisation (WAO)

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments