[ENGLISH VERSION BELOW] Pada 25 Jun, SIS Forum (Malaysia) melancarkan laporan Autonomi Tubuh Badan di Malaysia: Persepsi dan Pengalaman Wanita Merentasi Peringkat Kehidupan (18–65+) – kajian nasional pertama yang dijalankan dengan meluas dan menggunakan kaedah pelbagai bagi mengkaji autonomi tubuh badan wanita di Malaysia.
Berdasarkan tinjauan yang melibatkan 1,004 wanita dari seluruh negara, serta disokong oleh perbincangan kumpulan fokus dan temu bual mendalam, kajian ini merupakan antara kajian yang paling komprehensif mengenai pengalaman wanita dalam membuat keputusan berkaitan kehidupan mereka.
Kajian ini melihat lima aspek utama, iaitu penjagaan kesihatan dan kesihatan reproduktif, hubungan dan perkahwinan, kebebasan daripada keganasan berasaskan gender, penampilan dan ekspresi diri, serta akses kepada pendidikan dan maklumat.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun pelbagai usaha telah diperkenalkan untuk memperkukuh kesaksamaan gender, ramai wanita masih berdepan pelbagai halangan dalam membuat keputusan yang melibatkan diri mereka.
Halangan ini bukan sahaja berpunca daripada faktor individu, tetapi turut dipengaruhi oleh norma sosial, keadaan ekonomi, capaian kepada maklumat dan perkhidmatan, serta amalan institusi yang memberi kesan kepada kehidupan harian wanita.
Antara dapatan utama kajian ialah:
- Skor autonomi tubuh badan Malaysia berada pada tahap 45% – lebih rendah daripada purata global, iaitu 55% dan purata rantau Asia Timur dan Asia Tenggara, iaitu 76%.
- Hanya 52% wanita menyatakan yang mereka boleh menolak hubungan seksual dengan pasangan atau suami, menjadikan autonomi seksual aspek yang paling mengekang dalam kajian ini.
- Sebanyak 43% wanita pernah mengalami sekurang-kurangnya satu bentuk keganasan atau gangguan seksual; namun hanya 36% daripada mereka yang mengalami keganasan berasaskan gender dalam tempoh 12 bulan lalu membuat laporan kepada pihak berkuasa.
- Kajian ini turut menunjukkan bahawa ketidakadilan berlaku secara berkelompok. Wanita Orang Asli dan masyarakat pribumi, wanita kurang upaya, wanita daripada isi rumah berpendapatan rendah, wanita luar bandar serta komuniti terpinggir yang lain terus menghadapi halangan yang lebih besar dalam pelbagai aspek kehidupan. Halangan ini menjejaskan capaian kepada penjagaan kesihatan, maklumat, pendidikan, perlindungan daripada keganasan serta peluang untuk membuat keputusan berkaitan kehidupan mereka.
- Hampir satu daripada empat wanita melaporkan pernah mengalami pemeriksaan haid semasa di sekolah. Permintaan terhadap pendidikan seksualiti komprehensif amat tinggi, dengan 88% wanita dan 85% lelaki menyokong pelaksanaannya di sekolah-sekolah Malaysia.
Dr Rusaslina Idrus, ketua penyelidik kajian ini, berkata: “Kajian ini mendapati bahawa pengalaman wanita dibentuk bukan sahaja oleh pengalaman peribadi mereka, tetapi juga oleh faktor sosial, ekonomi dan institusi yang lebih luas.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
“Walaupun ramai wanita melaporkan mempunyai autonomi dalam beberapa aspek kehidupan mereka, namun masih ada halangan yang wujud, khususnya bagi wanita yang berhadapan dengan pelbagai bentuk ketidakadilan dan kerentanan yang bertindan.”
Sementara itu, pengarah eksekutif SIS Forum (Malaysia), Rozana Isa, berkata: “Kajian ini mengetengahkan satu realiti penting iaitu walaupun wanita berupaya untuk membuat keputusan mengenai kehidupan mereka, ia masih dipengaruhi bukan sahaja oleh pilihan individu, tetapi juga oleh capaian kepada penjagaan kesihatan, pendidikan, maklumat, jaminan ekonomi serta institusi yang menghormati dan menyokong pilihan tersebut.
“Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun kemajuan telah dicapai dalam beberapa aspek, ramai wanita masih berdepan halangan yang mengehadkan keupayaan mereka untuk mengamalkan autonomi secara praktikal.
“Wanita yang berdepan dengan kesukaran ekonomi, pengasingan geografi, ketidakupayaan atau bentuk peminggiran yang lain sering mengalami pelbagai cabaran dan memberi kesan kepada setiap aspek kehidupan mereka.
“Cabaran yang perlu kita tangani bukan sekadar mengiktiraf hak wanita, tetapi memastikan hak tersebut dapat dinikmati dan dilaksanakan dalam kehidupan seharian.
“Ini memerlukan institusi yang responsif, pelaksanaan dasar yang lebih berkesan, tanggungjawab yang lebih kukuh, dan usaha berterusan untuk memastikan tiada wanita yang tercicir.”
Kajian ini turut mengemukakan beberapa cadangan bagi memperkukuh keupayaan wanita untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat mengenai kehidupan mereka.
Cadangan tersebut merangkumi usaha meningkatkan capaian kepada penjagaan kesihatan dan maklumat, menangani keganasan berasaskan gender, memperkukuh pendidikan dan kesedaran awam, mengurangkan ketidakadilan yang dihadapi oleh komuniti terpinggir, serta meningkatkan tanggungjawab dan keberkesanan pelaksanaan dasar.
Penerbitan ini dilancarkan secara rasmi dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh pembuat dasar, penyelidik, organisasi masyarakat sivil, profesional kesihatan, rakan pembangunan, wakil media dan orang awam.
Majlis tersebut turut membentangkan dapatan utama serta cadangan kajian oleh ketua penyelidik Dr Rusaslina Idrus, diikuti oleh sesi perbincangan panel mengenai masa depan autonomi tubuh badan dan kesaksamaan gender di Malaysia.
Penyelidikan ini mendapat sokongan daripada Kesatuan Eropah (EU). – SIS Forum
English version
New study reveals barriers to women’s decision-making
SIS Forum (Malaysia) today launched Bodily Autonomy in Malaysia: Perceptions and Experiences Across Women’s Life Stages (18–65+), a nationally distributed, mixed-methods study on women’s bodily autonomy in Malaysia.
Drawing on a nationwide survey involving 1,004 women, supported by focus group discussions and in-depth interviews, the study provides one of the most comprehensive assessments to date of women’s bodily autonomy in Malaysia.
The research explores five key dimensions of bodily autonomy: healthcare and reproductive decision-making, relationships and marriage, freedom from gender-based violence, bodily appearance and expression, and access to education and information.
The findings reveal a persistent gap between formal commitments to gender equality and the realities experienced by many women.
While women generally report high levels of participation in healthcare and contraceptive decision-making, barriers remain in areas such as sexual autonomy, freedom from violence, access to information, and institutional practices that affect women’s ability to exercise choice and agency in their daily lives.
Among the study’s key findings:
- Malaysia’s bodily autonomy score stands at 45% – below the global average of 55% the East and Southeast Asian regional average of 76%.
- Only 52% of women reported being able to always refuse sexual activity with a spouse or partner, making sexual autonomy the most constrained dimension of bodily autonomy identified in the study.
- 43% of women reported experiencing at least one form of sexual violence or harassment, while only 36% of those who experienced gender-based violence in the previous 12 months reported the incident to an authority.
- A key finding of the study is that inequality is cumulative. Indigenous women, women with disabilities, women from lower-income households, rural women, and other marginalised communities continue to face disproportionate barriers across multiple aspects of their lives, affecting access to healthcare, information, protection from violence, education and opportunities to make informed decisions about their lives.
- Nearly one in four women reported experiencing period checks during their school years, while support for comprehensive sexuality education is overwhelming, with 88% of women and 85% of men supporting its implementation in Malaysian schools.
Dr Rusaslina Idrus, the lead researcher of the study, said: “The study found that women’s experiences are shaped not only by personal circumstances but also by broader social, economic and institutional factors.
“While many women report autonomy in some areas of their lives, significant barriers remain, particularly for women facing multiple and overlapping forms of disadvantage.”
Speaking at the launch, SIS Forum (Malaysia) executive director Rozana Isa, said: “This study highlights an important reality: women’s ability to make decisions about their lives is influenced not only by individual choice but also by access to healthcare, education, information, economic security, and institutions that respect and support those choices.
“The findings show that while progress has been made, many women continue to face barriers that limit their ability to exercise autonomy in practice.
“Women facing economic hardship, geographical isolation, disability or other forms of marginalisation often experience multiple and overlapping disadvantages that affect every aspect of their lives.
“The challenge before us is not simply recognising women’s rights, but ensuring women are able to exercise those rights in practice. This requires responsive institutions, stronger implementation of policies, greater accountability, and sustained efforts to ensure that no woman is left behind.”
The study puts forward a series of recommendations aimed at strengthening women’s ability to make informed decisions about their lives. These include improving access to healthcare and information, addressing gender-based violence, strengthening education and awareness, reducing inequalities experienced by marginalised communities, and enhancing institutional accountability and implementation.
The publication was officially launched at an event attended by policymakers, researchers, civil society organisations, healthcare professionals, development partners, media representatives and members of the public.
The launch included a presentation of the study’s key findings and recommendations by lead researcher Dr Rusaslina Idrus, followed by a panel discussion exploring the future of women’s bodily autonomy and gender equality in Malaysia.
This research was made possible through the support of the European Union. – SIS Forum
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme


