Kabinet dan Parlimen perlu jamin institusi pendakwa raya yang bebas / Ensure independent public prosecutor

WIKIMAPIA

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Kami ingin menyeru jemaah menteri dan Dewan Rakyat untuk memastikan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No 2) 2026 akan menatijahkan pendakwa raya yang bebas, bertanggungjawab dan berwibawa.

Sebarang kelemahan dalam draf pindaan yang dicadangkan oleh jawatankuasa pilihan khas parlimen bagi meneliti rang undang-undang tersebut – yang masih belum diterbitkan atau dibuka bagi maklum balas umum – perlu diperhalusi dan diteliti dengan sewajarnya sebelum atau semasa sidang Dewan Rakyat yang akan datang.

Latar belakang

Pada 3 Mac, rang undang-undang ini telah dibentangkan di Dewan Rakyat, dan semasa bacaan kedua, rang undang-undang ini telah dirujuk ke jawatankuasa pilihan khas parlimen untuk penelitian lanjut.

Jawatankuasa pilihan khas telah mengadakan beberapa pendengaran dan menerima representasi bertulis dan lisan daripada pihak-pihak berkepentingan, termasuk organisasi masyarakat sivil.

Organisasi ini yang bertandatangan telah mengemukakan cadangan-cadangan kepada jawatankuasa pilihan khas sepanjang pendengaran tersebut. Segala pendirian dan cadangan yang disenaraikan di dalam kenyataan ini adalah konsisten dan mencerminkan representasi yang kami kemukakan kepada jawatankuasa pilihan khas tersebut.

Kami mengambil maklum bahawa jawatankuasa pilihan khas berkenaan telah memuktamadkan dapatan dan kesimpulan mereka di dalam satu laporan, bersama dengan satu set cadangan pindaan kepada rang undang-undang tersebut.

Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, laporan mahupun cadangan-cadangan pindaan jawatankuasa pilihan khas belum dijadikan terbuka kepada umum.

Ketelusan dan masa yang mencukupi untuk penelitian parlimen: Integriti proses parlimen menuntut Ahli-ahli Parlimen untuk mempunyai akses penuh dan masa yang bersesuaian serta mencukupi untuk meneliti laporan jawatankuasa pilihan khas dan cadangan-cadangan pindaan sebelum diminta untuk membahaskan dan mengundi rang undang-undang tersebut.

Sangat tidak munasabah untuk Parlimen membuat pindaan perlembagaan sebesar dan sepenting ini tanpa AP mempunyai peluang yang bermakna dan tulen untuk mengkaji bahan-bahan yang berkaitan.

Justeru, kami menggesa perkara berikut:

  • jawatankuasa pilihan khas perlu segera mengedarkan laporan dan cadangan pindaan kepada semua AP, bagi memberikan mereka masa yang mencukupi untuk meneliti, memahami dan menganalisis dokumen tersebut sebelum apa-apa perbahasan dan pengundian dijalankan
  • Sekiranya yang di-pertua Dewan Rakyat mengambil pendirian bahawa pendedahan awal adalah dilarang di bawah peraturan mesyuarat, maka perbahasan lanjut bagi rang undang-undang ini tidak wajar disegerakan apabila Dewan Rakyat bersidang pada 22 Jun. Sebaliknya, laporan dan cadangan pindaan perlu dibentangkan secara rasmi di Dewan Rakyat, dan sebarang perbahasan rang undang-undang hendaklah ditangguhkan sehingga AP dan orang ramai mempunyai peluang yang mencukupi untuk menyemak dokumen tersebut.

Rang undang-undang perlu memastikan kebertanggungjawaban yang bermakna di dalam pelantikan pendakwa raya: Tujuan rang undang-undang ini adalah untuk menambahbaik, bukannya untuk mengekalkan atau memburukkan proses pelantikan ketua perkhidmatan pendakwaan yang sedia ada.

Pendakwa raya yang bebas hanya boleh dijamin jika proses pelantikannya adalah telus, berakauntabiliti dan bebas daripada risiko pengaruh tidak wajar.

Bagi memastikan pelantikan pendakwa raya dan mana-mana agensi awam utama adalah berwibawa dan bebas, proses pelantikan wajib berakauntabiliti.

Sekiranya kelakuan pendakwa raya menimbulkan kontroversi, mereka yang menilai dan mencadangkan pelantikannya wajib bertanggungjawab kepada orang ramai dan boleh dipertanggungjawabkan secara politik.

Status quo yang meletakkan kuasa mencadangkan pelantikan di tangan perdana menteri adalah bermasalah, bukan disebabkan ianya bersifat politik, tetapi kerana tanggungjawab politik ini dimonopoli oleh satu pihak, iaitu perdana menteri.

Kami amat khuatir bahawa meletakkan tanggungjawab utama pelantikan kepada Agong berisiko mendedahkan institusi raja berperlembagaan kepada kritikan awam sekiranya pendakwa raya yang dilantik kemudiannya didapati tidak sesuai, tidak kompeten atau menyalahgunakan kuasa jawatan tersebut. Keadaan ini amat tidak diingini dan berpotensi mencetuskan krisis perlembagaan.

Bagi melindungi institusi raja berperlembagaan dan menjamin adanya kebertanggungjawaban yang tulen terpadu di dalam proses pelantikan, kami menggesa tiga unsur berikut dimasukkan ke dalam rang undang-undang:

  • Pelantikan atas nasihat: Pindaan perlembagaan perlu secara jelas menyatakan bahawa dalam pelantikan pendakwa paya, Yang di-Pertuan Agong hendaklah atau diwajibkan untuk bertindak atas nasihat sesuatu badan seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP). Di mana Agong secara perlembagaan diperlukan untuk bertindak atas nasihat sesuatu entiti lain, akauntabiliti pelantikan tersebut terletak kepada badan penasihat berbanding raja berperlembagaan. Oleh itu, adalah sangat penting bahawa pindaan tersebut memperjelaskan bahawa pelantikan pendakwa raya oleh Agong mesti dibuat menurut dan tertakluk kepada Perkara 40(1A) Perlembagaan Persekutuan.
  • Peranan Parlimen yang bermakna: Pindaan perlembagaan perlu dengan jelas memberikan Dewan Rakyat peranan yang bermakna dan substantif dalam proses pelantikan, agar Parlimen juga boleh dipertanggungjawabkan atas pelantikan tersebut. Khususnya, Dewan Rakyat hendaklah dimaklumkan secara rasmi mengenai calon-calon yang dicadangkan oleh SPKP melalui pembentangan nama calon-calon di Dewan Rakyat, dan jawatankuasa parlimen hendaklah mempunyai kuasa untuk mencadangkan atau tidak mencadangkan mana-mana calon – semuanya sebelum SPKP memberi nasihat kepada Agong. Peranan parlimen hanya sekadar simbolik semata-mata sangat tidak memadai dan memberi gambaran bahawa Parlimen adalah lemah dan tidak berkuasa.
  • Pendedahan calon-calon kepada umum: Nama-nama calon bagi pelantikan pendakwa raya perlu diterbitkan secara umum apabila nama-nama tersebut dibentangkan di Dewan Rakyat. Ketelusan dan kebertanggungjawaban tidak boleh dipisahkan. Pendedahan umum adalah penting sebagai perlindungan terhadap risiko sekiranya mana-mana majoriti Parlimen atau kumpulan MP yang ingin mempengaruhi secara tak wajar terhadap calon-calon tersebut. Nama-nama calon dan cadangan akhir jawatankuasa parlimen perlu dijadikan terbuka kepada awam.
READ MORE:  How to make Malaysia's prosecution reform work

Kerajaan perlu komited untuk menggubal akta pemberi kuasa: Pindaan perlembagaan sahaja tidak mencukupi untuk mengoperasikan kerangka pelantikan baharu serta fungsi dan tanggungjawab pendakwa raya dan perkhidmatan pendakwaan. Penggubalan akta pemberi kuasa dan pindaan peraturan mesyuarat yang berkaitan adalah diperlukan untuk menterjemahkan peruntukan-peruntukan perlembagaan kepada prosedur dan peraturan yang boleh dilaksanakan.

Kami menggesa kerajaan untuk mendedahkan kepada umum dan mengadakan libat urus bersama pihak-pihak berkepentingan mengenai kandungan akta pemberi kuasa yang diingini serta garis masa yang jelas bagi penggubalannya.

Secara minimum, akta pemberi kuasa perlu merangkumi:

  • Komposisi, mandat dan tatacara operasi SPKP dalam peranannya menasihati pelantikan pendakwa raya
  • Proses di mana nama-nama calon diserahkan, diteliti dan dilaporkan di Dewan Rakyat melalui jawatankuasa pilihan parlimen
  • Kriteria dan kelayakan yang akan digunakan bagi menilai calon-calon bagi jawatan pendakwa raya
  • Mekanisme pendedahan umum calon-calon dan cadangan jawatankuasa pilihan
  • Peranan, kuasa dan fungsi pendakwa raya serta perkhidmatan pendakwaan
  • Mekanisme dan parameter pengawasan parlimen
  • Kod tatalaku dan garis panduan pendakwaan, merangkumi garis panduan pertuduhan dan penghentian pendakwaan, serta prinsip-prinsip etika

Akta pemberi kuasa secara idealnya perlu dibentangkan dan digubal serentak dengan rang undang-undang tersebut, atau selewat-lewatnya dalam kerangka masa yang jelas dan singkat, sebelum pindaan perlembagaan di bawah rang undang-undang ini berkuatkuasa.

Parlimen tidak seharusnya meluluskan pindaan perlembagaan ini tanpa komitmen jelas daripada kerajaan untuk menggubal akta ini.

Laporan tahunan pendakwa raya: Peruntukan perlembagaan perlu dirangka dengan sedemikian rupa supaya laporan tahunan pendakwa raya mestilah dibentangkan (bukan hanya dihantar) dan dibahaskan di Parlimen.

Seruan kami

Kami menggesa agar kabinet yang akan bermesyuarat pada 5 Jun, dan Ahli-ahli Parlimen, apabila rang undang-undang ini dibahaskan dan diundi pada bacaan kedua, untuk memahami bahawa pemisahan peranan peguam negara dan pendakwa raya serta pembentukan jawatan pendakwa raya negara yang bebas, bertanggungjawab dan berwibawa adalah satu reformasi perlembagaan yang sangat penting yang akan menjadi sebuah legasi yang akan dikenang.

Pelantikan pendakwa raya di bawah pindaan baharu ini bakal menjadi satu duluan kepada pelantikan-pelantikan pada masa akan datang, dan perlu dilaksanakan dengan teliti, telus dan inklusif.

Kami menggesa semua AP untuk memanfaatkan sidang Dewan Rakyat yang akan datang sebagai peluang bagi meneliti dengan cermat laporan dan cadangan daripada jawatankuasa pilihan khas, untuk memasukkan penambahbaikan seperti yang digariskan di dalam kenyataan ini, dan untuk bergerak secara selari ke arah penggubalan akta pemberi kuasa dan pindaan peraturan-peraturan mesyuarat yang diperlukan.

Reformasi perlembagaan yang tergesa-gesa dan tidak dibahaskan dengan mencukupi berkemungkinan akan menghasilkan kesan yang tidak dihasratkan, yang berisiko lebih teruk daripada tiada reformasi langsung.

Rakyat Malaysia dan integriti institusi perlembagaan kita berhak mendapat reformasi yang lebih baik.

English version

Cabinet and Parliament must ensure an independent, responsible and credible public prosecutor

We call upon the cabinet and the House of Representatives to ensure that the Constitution (Amendment) Bill (No 2) 2026 will produce an independent, responsible and credible public prosecutor.

Any shortcomings in the draft amendments proposed by the House’s special select committee on the bill – which have not been published or made available for public input – should be closely reviewed and refined before or during the House meeting.

Background

On 3 March, the bill was presented to the House and, upon its second reading, was referred to a parliamentary special select committee for further deliberation.

READ MORE:  Rang undang-undang pemisahan peguam negara dan pendakwa raya dirangka tanpa mekanisme akauntabiliti parlimen

The special select committee conducted several hearings and received written and oral representations from stakeholders, including civil society organisations.

The undersigned civil society organisations submitted our recommendations to the special select committee in the course of its hearings. The positions and recommendations set out in this statement are consistent with and reflect our submissions.

We understand that the special select committee has finalised its findings and conclusions in a report, together with a set of proposed amendments to the bill. As of the date of this statement, neither the report nor the proposed amendments have been made publicly available.

Transparency and adequate time for parliamentary deliberation: The integrity of the parliamentary process demands that MPs have full access to and sufficient time to review the special select committee’s report and the proposed amendments before being asked to debate and vote on them.

It is untenable for Parliament to enact constitutional amendments of this significance without MPs having had a genuine and meaningful opportunity to study the relevant materials.

We therefore call for the following:-

  • The special select committee must immediately share its report and the proposed amendments with all MPs, allowing them sufficient time to review, understand and analyse the materials before any debate or vote is conducted.
  • Should the speaker of the House take the position that early disclosure is prohibited under the standing orders, the continued debate on the bill must not be rushed when the House reconvenes on 22 June 2026. Instead, the report and the proposed amendments should first be formally laid before the House, and any resumed debate on the bill should be deferred to such time when MPs and members of the public have had adequate opportunity to review the papers.

The bill must ensure meaningful accountability in the appointment of the public prosecutor: The purpose of this bill is to improve, not replicate or worsen, the existing arrangements for the appointment of the head of the prosecutorial service.

An independent public prosecutor can only be secured if the appointment process itself is transparent, accountable and free from the risk of undue influence.

For public prosecution and any key public agency to be credibly independent, their appointment must entail accountability. If the public prosecutor’s conduct raises controversy, those who had evaluated and recommended his or her appointment must be answerable to the public and must be able to be held politically accountable.

The status quo of leaving the recommendation power in the hands of the prime minister is flawed, not because it is political, but because this political responsibility is monopolised by one person, the prime minister.

We are particularly concerned that vesting overriding responsibility for the appointment in the king risks exposing the institution of the constitutional monarchy to public criticism should the appointed public prosecutor later prove unsuitable or incompetent or abuse the powers of the office. This would be deeply undesirable, and could precipitate a constitutional crisis.

To safeguard the institution of the constitutional monarch and to ensure that genuine accountability is built into the appointment process, we urge that the following three elements be included in the bill:

  • Appointment on advice: The constitutional amendment must expressly state that in appointing the public prosecutor, the king shall or must act on the advice of a body such as the Judicial and Legal Service Commission (JLSC). Where the king is constitutionally required to act on the advice of another entity, accountability for that appointment rests with the advising body rather than the constitutional monarch. It is therefore essential that the amendments make clear that the appointment of the public prosecutor by the king is made pursuant to and subject to Article 40(1A) of the Federal Constitution.
  • Substantive parliamentary role: The constitutional amendment must expressly confer upon the House a substantive and meaningful role in the appointment process, so that Parliament too can be held answerable and accountable for the outcome. Specifically, the House must be formally informed of the candidates proposed by the JLSC through the laying (tabling) of the names before the House, and a select committee must have the power to recommend or ‘disrecommend’ any of those candidates – all before the JLSC transmits its advice to the king. A parliamentary role that is purely ceremonial would be wholly inadequate and give the appearance that Parliament is weak or powerless.
  • Public disclosure of candidates: The names of the candidates for appointment as public prosecutor must be made public when they are presented to the House. Transparency and accountability are inseparable. Public disclosure is also an important safeguard against the risk of any parliamentary majority or group of MPs seeking to exert undue influence over the candidates. Both the names of the candidates and the final recommendations of the select committee must be disclosed openly.
READ MORE:  Attorney General's Chambers' questionable exercise of discretion and conduct calls for bold reforms

The government must commit to an enabling act: Constitutional amendments alone will be insufficient to operationalise the new appointment framework and the functions and obligations of the new public prosecutor and prosecutorial service.

An enabling act, and corresponding amendments to the standing order (where necessary), will be necessary to translate constitutional provisions into workable rules and procedures.

We call on the government to publicly disclose and consult stakeholders on the intended contents of the enabling act and a clear timeline for its enactment. At minimum, the enabling act should address:

  • The composition, mandate and operating procedures of the JLSC in its role advising on the appointment of the public prosecutor
  • The process by which candidate names are submitted to, reviewed by and reported upon by the House through the parliamentary select committee
  • The criteria and qualifications to be applied in assessing candidates for the office of the public prosecutor
  • The mechanisms for public disclosure of candidates and select committee recommendations
  • The roles, powers and functions of the public prosecutor and prosecutorial service
  • Parliamentary oversight mechanisms and parameters
  • Prosecutorial code of conduct and guidelines, including charging and discontinuance of prosecution guidelines and ethical principles

The enabling act should ideally be tabled and enacted concurrently with the bill, or at the very latest within a clearly defined and short timeframe and before the constitutional amendments under the bill come into effect.

Parliament should not pass the constitutional amendments in the absence of a credible commitment from the government on this.

The annual report of the public prosecutor: The constitutional provision should be worded in such a way that the annual report of the public prosecutor must be laid before (not just sent or transmitted) and debated in Parliament.

Our call

We urge the cabinet and MPs, when the Bill is debated and voted for the second reading, to be mindful that the separation of the roles of the attorney general and public prosecutor and the creation of an independent, responsible and credible office of public prosecutor is a reform of lasting constitutional significance and a legacy for which they will be remembered.

The appointment of the first public prosecutor under the new amendments is likely to serve as a precedent for future appointments, and must be done carefully, transparently and inclusively.

We therefore call on MPs to use the upcoming sitting of the House as an opportunity to carefully review the special select committee’s report and recommendations, to include further improvements as laid down in this statement, and to work in parallel towards the enactment of an enabling act and the necessary amendments to the standing orders.

A constitutional reform that is rushed and inadequately deliberated may bring about grave unintended consequences, and risks being worse than no reform at all.

The people of Malaysia, and the integrity of our constitutional institutions, deserve better. – 29 May

Signed by:

  1. Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih)
  2. Ideas Malaysia
  3. Rasuah Busters
  4. Projek Sama
  5. Center to Combat Corruption and Cronyism (C4)

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted