Juara Anugerah Hak Asasi Manusia: Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR)

The #Lawan movement, organised by SSR

Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) sangat berbesar hati di atas penganugerahan juara pada Anugerah Hak Asasi Manusia, anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

SSR merupakan antara 10 organisasi yang tercalon bagi anugerah berkenaan, yang antaranya telah menggerakkan pelbagai usaha yang bagi memperjuangkan hak asasi manusia di Malaysia.

SSR ingin juga ingin menyatakan bahawa anugerah ini adalah penghargaan kepada semangat perjuangan rakyat dan anak muda yang telah berjuang dalam musim pandemik dan memastikan pengurusan dan politik negara berjalan dengan lebih baik serta mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan kelompok sendiri.

Selain itu juga, kami ingin mengingatkan semula bahawa kejayaan SSR adalah sebenar-benarnya kejayaan gerakan rakyat. Pada awalnya, SSR telah menyenaraikan beberapa tuntutan iaitu:

  • Buka Parlimen
  • Tamat darurat
  • Moratorium automatik untuk semua
  • Laksana Undi 18
  • Mahiaddin Yasin letak jawatan

Berikutan usaha yang digembleng oleh anak semua bangsa, empat daripada lima tuntutan yang pernah dibawa oleh SSR telah dapat diperolehi, sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya. Namun tujuan yang lebih besar, iaitu usaha ke arah merebut ruang demokrasi dalam menentukan masa depan negara, masih jauh.

Pada kita meraikan kejayaan ini, ekonomi rakyat sedang diasak akibat daripada kenaikan harga barang yang bakal menjerut kantong mereka.

Tampok pemerintahan negara yang baharu, serta ahli politik di kedua-dua belah masih lagi khayal dalam permainan merebut kekuasaan. Para koruptor wang rakyat pula dibebaskan.

Malah kerajaan juga masih tidak jelas dalam soal melaksanakan Undi 18 walaupun telah ada perintah mahkamah untuk melaksanakannya sebelum 31 Disember 2021. Hal ini bukan sesuatu yang boleh diraikan, malah sepatutnya menjadi kegusaran, terutama anak-anak muda. [Terbaru: Undi 18 akan dilaksanakan mulai dari 15 Disember 2021.]

READ MORE:  Trade union movement must build bridges with NGOs and political allies

Anak muda perlu terus berjuang untuk memastikan wakil-wakil rakyat – yang dipilih dan dibayar gaji hasil titik peluh wang cukai rakyat – bekerja untuk rakyat dengan memastikan kebajikan rakyat terbela dan institusi negara tidak menjadi pelindung kepada koruptor dalam masyarakat. Kita tidak menolak untuk turun ke jalan sekali lagi bagi mendesak kerajaan.

SSR melihat anugerah ini sebagai suntikan semangat untuk kembali dalam usaha menyusun sebuah gerakan rakyat. Sekali lagi SSR ingin menterjemahkan rasa terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang sama-sama menjayakan sebuah gerakan rakyat.

Kami akan kembali. – SSR



AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments