JIPS PDRM perlu dedah senarai nama anggota yang dihukum

Maklumat berkenaan apa-apa tindakan yang telah diambil terhadap mana-mana anggota polis harus disiarkan sebagai maklumat umum.

File photo: themalaymailonline

Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict) menyambut baik usaha dan tindakan polis dalam mengadili para anggota yang telah berlaku cuai dan alpa ketika menjalankan tugas sehingga menyebabkan seorang gadis bawah umur dirogol di dalam lokap polis di Miri, Sarawak.

Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan polis pada 15 Februari, pihak polis menyatakan seramai 11 orang anggota telah diambil tindakan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dengan sebahagiannya digantung kerja dan sebahagian lagi dipecat.

Dalam kenyataan itu juga menyatakan dua orang anggota polis telah didakwa di mahkamah dibawah Kanun Keseksaan dan Akta Kanak-Kanak kerana menyebabkan gadis itu dirogol semasa berada dibawah jagaan mereka di lokap polis.

Pada masa yang sama kenyataan polis seperti yang dilaporkan media tidak mendedahkan nama-nama anggota yang telah diambil tindakan di dalam kes ini.

Edict dengan ini meminta pihak polis agar mendedahkan nama-nama anggota yang diambil tindakan ke atas mereka. Edict berpendapat bahawa sekiranya pihak polis mendedahkan maklumat tersebut maka keyakinan serta kepercayaan masyarakat ke atas institusi polis akan bertambah baik.  

Edict meminta pihak polis agar tidak teragak-agak untuk mendedahkan senarai nama anggota-anggota yang telah dihukum dan diambil tindakan disiplin* supaya menjadi pengajaran kepada semua anggota polis di masa hadapan.

Sebagai contoh semua nama serta maklumat berkenaan peguam yang telah disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman oleh Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara akan disiarkan di dalam laman web Majlis Peguam bagi meyakinkan masyarakat umum bahawa disiplin serta tatatertib para peguam dipandang serius.

Kini masanya untuk pihak polis untuk turut membuktikan bahawa integriti polis adalah perkara utama dalam memastikan kegemilangan pihak polis dapat dikembalikan dengan menyiarkan semua nama anggota yang telah diambil tindakan di laman web polis.

READ MORE:  Pendedahan ketua polis tentang penglibatan JIPS dalam kartel jenayah bukti kerajaan perlu bertindak segera

Selaku penjawat awam, semua maklumat berkenaan apa-apa tindakan yang telah diambil terhadap mana-mana anggota polis harus disiarkan sebagai maklumat umum.

Edict percaya bahawa semua maklumat berkenaan kes-kes salahlaku anggota polis termasuk nama-nama anggota yang telah diambil tindakan wajib disiarkan dilaman web polis segera.

Kami percaya hanya dengan berbuat demikian keyakinan masyarakat umum terhadap polis sebagai sebuah institusi yang professional dan berwibawa akan berdiri teguh setiap masa. – Edict, 16 February

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments