Jawatankuasa pilihan khas parlimen penting untuk memastikan sistem perundangan melindungi hak wanita (Malay/English)

0
57 views
Photograph: Wikimedia Commons

[ENGLISH VERSION BELOW] Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menyarankan agar jawatankuasa Dewan untuk bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa pilihan hhas hal ehwal wanita, kanak-kanak dan pembangunan sosial.

Dalam akhbar yang dikeluarkan oleh The Star, hanya lapan jawatakuasa pilihan khas yang akan ditubuhkan dan jika diluluskan akan berkuat kuasa pada November akan datang. Manakala jawatankuasa pilihan khas hal ehwal wanita, kanak-kanak dan pembangunan sosial sedang dalam pertimbangan.

Langkah ini dilihat sebagai satu langkah yang regresif dalam memastikan hak dan martabat wanita diangkat dan dibela.

Malaysia baru-baru ini bergelut dengan pandemik yang menjejaskan ekonomi secara keseluruhannya. Dan wanita merupakan antara golongan rentan yang terjejas dari pelbagai sudut sama ada ekonomi, sosial dan keselamatan.

Oleh itu, penubuhan jawatankuasa pilihan khas ini amat penting bukan sahaja untuk memastikan hak dan kehidupan wanita di Malaysia selamat dan terjamin, malah untuk membuktikan bahawa kerajaan Malaysia memberikan komitmen yang tinggi dalam usaha untuk mempertingkatkan dan memartabatkan hak wanita melalui undang-undang dan perubahan sistem amat dititiberatkan.

Penubuhan jawatankuasa yang memberi fokus kepada wanita, kanak-kanak dan keluarga wajib diberikan keutamaan dan kami beranggapan bahawa portfolio ini harus dikekalkan.

Kami juga difahamkan bahawa Alice Lau Kiong Yieng (Ahli Parlimen Lanang) telah mencadangkan agar jawatankuasa pilhan khas ini ditubuhkan dan telahpun disokong oleh Yang Di-Pertua Dewan Rakyat.

Oleh itu, diharapkan agar jawatankuasa Dewan yang terdiri daripada enam ahli Parlimen iaitu Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah), Shahidan Kassim (Arau), Abdul Latif Abdul Rahman (Kuala Krai), Tiong King Song (Bintulu), Alice Lau (Lanang) dan Mohd Hatta Md Ramli (Lumut) menyokong penubuhan jawatankuasa pilihan khas hal ehwal wanita, kanak-kanak dan pembangunan sosial.

READ MORE:  Women's group proposes priorities for new select committee

Disokong oleh:
1. Women’s Aid Organisation (WAO)
2. Foreign Spouses Support Group (FSSG)
3. Sisters in Islam (SIS)
4. Our Journey
5. Centre for Independent Journalism (CIJ)
6. Justice for Sisters
7. Engender Consultancy

English version

Special parliamentary select committee crucial to ensure that legal system protects dignity of all women in Malaysia

Women’s Aid Organisation (WAO) urges the House committee to endorse the establishment of the special select committee on women’s affairs, children and social development.

In a news piece published by The Star recently, only eight special select committees will be formed and if passed, will take effect this upcoming November, whereas the special select committee on women’s affairs, children and social development is still up for consideration.

This is seen to be a regressive step away from ensuring that the rights and dignity of women are protected and realised.

Malaysia has recently struggled with a pandemic. The coronavirus pandemic has taken a toll on the overall economy, and women are among the vulnerable groups that are affected in many ways – economically, socially and in terms of their personal security and wellbeing.

Hence, the establishment of this special select committee is not only necessary in securing the rights and wellbeing of women in Malaysia, but also to prove that the Malaysian government is totally committed to improve and uphold the rights of women through legislation and a change in the system.

The establishment of a committee that focuses on women, children and families should be given priority and we affirm that this portfolio be preserved.

READ MORE:  How two Malaysians and their team are nurturing 'young scientists’

We have also been informed that Alice Lau Kiong Yieng (Lanang MP) has proposed the establishment of the special select committee, and this has been endorsed by the Speaker of the House of Representatives.

Thus, we call upon the House committee that consists of six members of Parliament, namely Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah), Shahidan Kassim (Arau), Abdul Latif Abdul Rahman (Kuala Krai), Tiong King Song (Bintulu), Alice Lau and Mohd Hatta Md Ramli (Lumut) to verify and confirm they will push for the establishment of the special select committee on women’s affairs, children and social development.

Endorsed by:
1. Women’s Aid Organisation (WAO)
2. Foreign Spouses Support Group (FSSG)
3. Sisters in Islam (SIS)
4. Our Journey
5. Centre for Independent Journalism (CIJ)
6. Justice for Sisters
7. Engender Consultancy

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments