Jangan politikkan isu dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera

1
47
Patriots

Tunggu siasatan mengenai kepincangan yang didedahkan selesai dan laporan oleh juruodit diterima, ujar Patriot.

Banyak kritikan telah dilemparkan terhadap Kementerian Pertahanan semenjak pengumuman jumlah dividen yang rendah sebanyak 2% yang akan di keluarkan oleh LTAT dari jumlah keuntungan RM221m yang dicapai pada tahun 2018.

Jumlah ini merupakan satu penurunan yang besar sebanyak 51.9 % dari jumlah tahun 2017.

Bekas Perdana Menteri Najib Razak dan bekas Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein dengan lantang telah menyalahkan kerajaan sekarang di atas prestasi yang rendah ini sedangkan punca masalah ini sebenarnya adalah berpunca dari kerajaan sebelum ini.

Najib telah dilaporkan sebagai berkata, “Kerajaan malu untuk mendedahkan sebab sebenar di belakang pemberian dividen 2% tersebut.” Tambahnya, “di bawah pemerintahan kerajaan BN, purata dividen yang dikeluarkan dari tahun 2009 hingga 2017 adalah 14.1%.”

Hishammuddin menyelar kerajaan Pakatan Harapan dalam kelewatan membuat pengumuman jumlah pengeluaran dividen tersebut dan seterusnya mendakwa bahawa “Dua asset yang terbesar LTAT iaitu Boustead Holdings dan Affin Bank telah mengalami kejatuhan harga saham yang banyak selepas GE 14.”

Beliau juga mendakwa bahawa “Boustead telah terpaksa menjual Hotel Bintang Royale Chulan kepada sebuah syarikat Singapura dibawah harga pasaran.”

Dakwaan ini adalah tidak benar kerana lembaga pengurusan LTAT masih belum membuat sebarang keputusan mengenai penjualan ini.

Juruodit LTAT, Ernst & Young, dalam laporan audit untuk jangkamasa dari 31 Disember 2017 dan 31 Disember 2018 telah menjumpai “transaksi yang sebelum ini mengandungi beberapa kecurigaan dan kelemahan dari segi akaunting dan perundangan”.

Terdapat tujuh perkara utama yang telah dikenal pasti dalam hal ini. Antara yang serius adalah terdapatnya dua unsur kecuaian dan ketidak cekapan yang boleh dikaitkan dengan mereka yang bertanggungjawab sebelum ini termasuk bekas perdana menteri dan menteri pertahanan.

READ MORE:  The People v Najib Razak Ep 56: Ring, ring, is it over yet?

Perkara yang pertama ialah mengenai pembayaran dividen yang berlebihan dari tahun kewangan 2014 hingga 2018. Ini telah mengakibatkan ketidak seimbangan jumlah pulangan tersimpan yang sebenar. Jumlah pulangan aset pada tempoh lima tahun ini adalah lebih rendah dari jumlah dividen yang diistihar, dan LTAT telah mengeluarkan dividen melebihi dari jumlah yang sepatutnya dibayar.

Perkara kedua adalah pengistiharan jumlah yang lebih tinggi dari jumlah sebenar aset yang dipegang oleh LTAT diantara tahun 2015 hingga 2017. Ini adalah disebabkan beberapa pelaburan yang gagal yang tidak dibendung atau diperbetulkan.

Akibatnya LTAT telah membuat pernyataan yang menunjukkan asetnya melebihi dari jumlah sebenar yang ada. Dalam hal ini, pertimbangan yang teliti telah tidak diambil oleh LTAT dalam pelaburan yang disertainya.

Patriot menggesa agar segala kepincangan yang telah dikenal pasti oleh juruodit ini dihebahkan kepada seluruh masyarakat supaya keyakinan pihak pencarum dan pelabur terhadap LTAT dapat dikembalikan.

Sekiranya terdapat sebarang unsur penyalahgunaan kuasa atau kepentingan peribadi, maka adalah wajar ahli-ahli lembaga pengurusan yang terlibat diambil tindakan menurut peraturan undang-undang.

Sementara menunggu siasatan mengenai kepincangan yang didedahkan selesai dan laporan oleh juruodit diterima, Patriot berharap agar ahli-ahli politik dari kedua-dua belah pihak dan masyarakat amnya untuk tidak mempolitikkan isu ini.

Brigadier Jeneral (bersara) Dato Mohamed Arshad Raji ialah presiden Persatuan Patriot Kebangsaan.

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

1
Join the conversation

avatar
750
1 Comment threads
0 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
1 Comment authors
Kamal Badri Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Kamal Badri

Aku tengok Patriot ni macam syarikat Cina aje, CEO Melayu, yang lain manager Cina.. Melayu yang jadi bos dilantik sebagai jurucakap… keh keh keh…