Liga Mahasiswa Malaysia mengecam dakwaan tindakan pihak Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Kadir, yang membuat laporan polis terhadap seorang mahasiswa berhubung satu hantaran mengenai pertemuan tertutup antara mahasiswa dengan pihaknya, berkaitan isu pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 197 (Auku).
Susulan laporan tersebut, setiausaha Liga Mahasiswa Malaysia, Adam Raiyan, turut dipanggil untuk memberikan keterangan kerana beliau merupakan salah seorang mahasiswa yang hadir dalam pertemuan tersebut.
Kami melihat tindakan ini sebagai sesuatu yang bercanggah dengan kenyataan Zambry sendiri sebelum ini bahawa isu melibatkan mahasiswa harus diselesaikan melalui pendekatan dialog, bukannya tindakan undang-undang, ketika Universiti Malaya berhasrat mengambil tindakan terhadap Liga Mahasiswa UM.
Zambry jangan hipokrit. Tidak wajar kerajaan bercakap tentang dialog apabila berhadapan dengan mahasiswa, tetapi pada masa yang sama menggunakan laporan polis dan undang-undang apabila mahasiswa bersuara.
Sehubungan itu, Liga Mahasiswa Malaysia menuntut:
- Pihak Zambry menarik semula laporan polis yang dibuat terhadap mahasiswa tersebut
- Hentikan sebarang bentuk intimidasi ke atas mana-mana aktivis mahasiswa serta merta
- Kerajaan mempercepatkan proses pemansuhan Auku dan mengumumkan garis masa yang jelas serta boleh dipantau
Jika kerajaan benar-benar serius mahu memansuhkan Auku dan mengembalikan kebebasan mahasiswa, maka mahasiswa tidak seharusnya berdepan tekanan hanya kerana menyuarakan pandangan.
Mahasiswa tidak mahu komitmen pemansuhan Auku sekadar menjadi janji sahaja. Kami mahu melihat tindakan yang jelas untuk melaksanakannya.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
Hentikan penindasan kepada mahasiswa! – Liga Mahasiswa Malaysia, 16 Ogos
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme


