Jaminan diperlu bagi menambahbaik Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Kami ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said yang menjanjikan beberapa perubahan seperti kuota ahli parlimen pembangkang di dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen (MPP), sebagaimana yang diusulkan di dalam kenyataan kami.

Kami juga merakamkan terima kasih kepada semua ahli parlimen yang berbahas dengan mantap, antaranya ahli parlimen Subang, Indera Mahkota, Bangi dan Tasek Gelugor yang memetik kenyataan kami pada 4 Mac dan pada 28 Februari.

Walau bagaimanapun, kami melahirkan kegusaran daripada ucapan oleh PM dan menteri, serta susulan perbahasan yang timbul, bahawa masih terdapat beberapa perkara penting di dalam rang undang-undang ini yang belum dibangkitkan dan ditangani dengan tuntas.

Kami menggesa ahli parlimen yang dijadualkan untuk membahaskan rang undang-undang ini pada 5 Mac supaya membangkitkan empat perkara berikut, dan sekiranya rang undang-undang ini tidak dirujuk kepada jawatankuasa pilihan khas parlimen, sebagaimana cadangan kami, maka Azalina perlu memberi jaminan ini di dalam ucapan penggulungan beliau.

  • Penubuhan jawatankuasa tetap di Dewan Negara dan Dewan Rakyat (jawatankuasa bersama) berhubung pentadbiran dan kewangan Parlimen yang akan menjadi sebagai mekanisme pemantauan kepada MPP. Jawatankuasa bersama ini perlu mempunyai kuasa untuk menyemak peruntukan kepada Parlimen dan mencadangkan jumlah yang berpatutan bagi memastikan peruntukan yang mencukupi kepada perkhidmatan parlimen, termasuk peruntukan pembangunan kawasan kepada ahli parlimen. Penubuhan jawatankuasa ini memerlukan pindaan peraturan mesyuarat sedia ada dan juga Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen
  • Peruntukan berhubung laporan tahunan Parlimen harus dibentangkan di Parlimen bagi menjadikan parlimen yang bertanggungjawab, bebas dan telus. Kandungan laporan tahunan ini haruslah bersifat komprehensif termasuklah berhubung aspek penting dalam fungsi parlimen, pentadbiran, kewangan, prestasi dan tatakelola yang baik. Hal ini termasuk juga aktiviti yang melibatkan Jawatankuasa pilihan khas parlimen (JKPK) dan kumpulan ahli parlimen rentas parti (KRPPM)
  • Peruntukan yang mewajibkan etika kakitangan perkhidmatan parlimen bersifat tidak berpihak dan larangan terhadap nepotisme di dalam Akta Perkhidmatan Parlimen. Hal ini memerlukan semua ahli perkhidmatan parlimen perlu bertindak secara tidak berpihak dan tidak tertakluk kepada tekanan serta campur tangan badan eksekutif, dan memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pelantikan ahli-ahli perkhidmatan parlimen adalah berdasarkan merit, dan bukannya pertimbangan yang lain. Prinsip keadilan juga harus tercermin di dalam Akta Perkhidmatan Parlimen dengan membuang kawalan ketua pentadbir ke atas ahli-ahli perkhidmatan parlimen
READ MORE:  Parliamentary Service Bill: Restoring parliamentary autonomy

Cadangan kami untuk merujuk Akta Perkhidmatan Parlimen kepada jawatankuasa pilihan khas parlimen adalah kerana, secara amnya, ahli parlimen tidak boleh membentangkan pindaan rang undang-undang ini di peringkat jawatankuasa sesebuah majlis tanpa satu hari pemberitahuan (dalam hal ini, hari Isnin) di bawah peraturan mesyuarat 57(2) Dewan Rakyat. Ini menunjukkan ketidakanjalan yang menghalang rang undang-undang kerajaan untuk dipinda dan menjadikan perbahasan mantap di Dewan hanya sekadar aksi untuk media dan orang ramai tanpa ada sebarang kesan terhadap undang-undang.

Sekiranya Rang Undang-undang Perkhidmatan 2025 diluluskan pada 5 Mac, kami menggesa kerajaan untuk menjanjikan libat urus yang penuh dan terbuka bersama anggota masyarakat sivil dan pihak- pihak berkepentingan yang lain dalam memperhalusi kumpulan nukleus dalam tempoh dua tahun akan datang.

Penambahbaikan rang undang-undang daripada input masyarakat sivil seharusnya menjadi langkah pertama, dan bukannya terakhir, ke arah reformasi parlimen yang lebih mendalam.

Kami mengucapkan selamat kepada Dewan Rakyat yang akan menangguhkan sidang ini pada hari Khamis, serta selamat menyambut Ramadan kepada semua ahli parlimen sama ada sebagai seorang Muslim atau dalam rangka merapatkan hubungan dengan pengundi di kawasan masing-masing.

Kami juga mendoakan persidangan Dewan Negara yang sedang berjalan membuahkan hasil dengan input yang lebih bermakna mengenai Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen ini dan Ramadan yang penuh keberkatan untuk semua senator.

Dikeluarkan oleh:

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih)
Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas)
Institut Reformasi Politik dan Demokrasi (Reform)
Projek Kestabilan dan Akauntabiliti untuk Malaysia (Projek Sama)
Rasuah Busters

5 Mac 2025

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments