Intimidasi polis ke atas penggiat seni yang mendesak perubahan dikecam

Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict) memandang serius tindakan polis menyiasat penggiat seni Amin Landak yang merupakan seorang kartunis dan Anna Har daripada Freedom Film Network berkenaan satu tayangan video mengenai penderaan dan kematian dalam tahanan yang diterbitkan oleh Suaram.

Video animasi tersebut memaparkan kisah benar berlandaskan fakta kes dan bukti kejadian yang benar-benar berlaku ketika mangsa-mangsa tersebut berada di dalam tahanan polis.

Edict berpendapat tindakan pihak polis menyiasat para pendesak perubahan yang bercakap mengenai isu ini sebagai satu siasatan yang sia-sia dan membuang masa. Pihak polis sepatutnya memaparkan sikap serius dalam menangani dakwaan penderaan tersebut dan bukannya membuat intimidasi terhadap mereka yang cuba membawa isu tersebut.

Imej dan integriti polis kini semakin hangat dipertikaikan berikutan berlakunya banyak kes kematian dalam lokap polis termasuk dakwaan para tahanan dipukul dan dilayan tidak berperikemanusiaan. Polis perlu menunjukkan sikap yang tegas dengan mengambil tindakan kepada para anggota yang terlibat melakukan penderaan dan melanggar etika serta tugas sebagai seorang anggota polis, bukannya menakut-nakutkan para pengkritik yang menegur salahlaku anggota polis.

Edict dengan itu mendesak agar polis menghentikan siasatan yang berbentuk intimidasi ke atas kedua-dua mereka dalam kes ini dan juga ke atas para pendesak perubahan yang lain yang mengkritik polis berlandaskan fakta dan undang-undang. – Edict

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments